KUALA Lumpur: Ibu kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyerahkan keputusan kepada Neelofa untuk berkongsi gambar cucunya, Muhammad Bilal kepada umum.
Kartini berkata, sehingga kini dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihan Neelofa.
ARTIKEL MENARIK:Kak KM Jawab Apa Yang Jadi Sbenarnya Isu Ssukan Anak Bila Wrtawan Tnya
“Saya tak pernah sebab keluarga terdekat di Kelantan pun tiada gambar Bilal. Mereka minta pun kami tak bagi. Jika diikutkan setiap hari dia akan mengirimkan gambar Bilal walaupun setiap hari berjumpa mereka. Namun, saya tidak akan ambil gambar atau tanya bila dia mahu kongsi.
“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kita hormat pilihannya. Saya pun kalau ikutkan banyak benda nak tanya tapi tidak diluahkan sebab ini adalah kehidupan dia. Saya percaya sekarang ini pun sudah ramai yang bertanya bila dia mahu dedahkan wajah Bilal, jadi sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di sini, hari ini.
Menurut Kartini, Neelofa tidak berdepan sebarang masalah besar ketika menjaga Bilal.
“Selepas berpantang di hospital dan di rumah saya selama seminggu, Neelofa kini memilih untuk berpantang di rumahnya sendiri kerana lebih memberi keselesaan.
“Namun, setiap hari saya akan luangkan waktu di rumahnya selama beberapa jam. Walaupun dia sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini, tapi menjaga anak sendiri sangat berbeza. Jadi sebagai ibu saya cuba ingatkan mana yang patut. Neelofa seorang yang cepat belajar dan tiada masalah untuk menyesuaikan diri bergelar isteri dan ibu.
“Alhamdulillah Bilal pun mudah sangat untuk dijaga dan tak banyak meragam. Bagi saya yang memiliki anak yang ramai dan melihat keadaan Bilal, saya rasa semua dia mudah untuk diuruskan.” katanya.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.
“Lebatnya Rambut Bilal..” Neelofa kongsi cerita kelahiran cahaya mata
Umum sedia tahun, selebriti terkenal, Noor Neelofa baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari 2022.
Kelahiran putera sulung dari pasangan Neelofa dan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 27 sangat dinantikan ramai memandangkan kedua-duanya merupakan public figure.
Selepas beberapa hari menjalani proses berpantang, Neelofa nampaknya berkelapangan untuk berkongsi momen-momen ketika cahaya mata pertamanya, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris bakal dilahirkan.
Cerita momen sebelum bersalin
Menurutnya, pada awal contraction dirasakan, dia mengandaikan sakitnya seperti senggugut yang biasa dialami sebelum ini. Jadi, setelah suaminya pulang dari kerja, dia terus memaklumkan dan dipendekkan cerita mereka segera menuju ke hospital.
Masih keliru sama ada betul ke dah nak bersalin
Walau bagaimanapun, ketika sudah berada di wad bersalin, dia masih lagi keliru sama ada betul atau tidak yang dirinya bakal bersalin tidak lama lagi.
PU Riz juga mengambil kesempatan untuk solat sebentar sementara isterinya menahan contraction sebelum melahirkan kira-kira 14 jam sebelum selamat bersalin pada 3.44 petang.
Suami sentiasa menemani
Neelofa juga memaklumkan yang dia sering melihat monitor untuk mengetahui kondisi bayi dalam kandungan sementara menunggu bukaan.
Melalui IG story selebriti itu lagi, dia ada berkongsi gambar suaminya setelah bergelar bapa yang duduk di tikar sejadah sambil berzikir.
Menurutnya, sepanjang hampir setahun selepas berkahwin, momen itu adalah yang paling indah sejak bergelar suami isteri.
Terima kasih juga buat doktor
Neelofa juga mengambil peluang memberi penghargaan kepada doktor yang mengambil tanggungjawab membantunya ketika proses bersalin tempoh hari.
Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz telah melangsungkan pernikahan pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka. Setelah beberapa bulan bergelar suami isteri, ada khabar angin mengatakan selebriti tersebut berbadan dua namun tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari mereka.
Namun, setelah memasuki trimester kedua, Neelofa dan Haris sama-sama memohon agar para peminat dapat mendoakan kesejahteraan mereka lebih-lebih lagi apabila melihat perubahan dalam penampilan selebriti berkenaan.
Kredit -
Post a Comment