Kalah Kes Sam4n Dgn Kakak Ipar, Ali Tak Teragak-Agak Ambil Tndakan Mhkamah Kepada Netizan Jika Perkara Ni Terus Berlaku

Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini yang memerintahkannya membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.

Kalah Kes Sam4n Dgn Kakak Ipar, Ali Tak Teragak-Agak Ambil Tndakan Mhkamah Kepada Netizan Jika Perkara Ni Terus Berlaku



Hakim, Zulqarnain Hassan memerintahkan demikian selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Hidayah selaku plaintif terhadap Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan selaku defendan.

ARTIKEL MENARIK:Peny4kit masih misteri, ini yg berlaku bila kaki Ustaz Kazim dibed4h


Ia berhubung hantaran ‘Bile balu arwah Abam berhati binatang!!!’, pada dua tahun lalu.

Ali berkata, dia bagaimanapun akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

-Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tndakan Mhkamah, Klu Ada Panggil Saya Ali Hitam Dan Ejekan Tubuh”- Ali Puteh

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang menghina fizikalnya secara keterlaluan.

“Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ejekan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan

mahkamah. Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Jangan pula kata saya asyik nak saman saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan ‘print screen’ dan ambil tindakan,” katanya.

Ali berkata, dia sudah malas untuk bergaduh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa.

“Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahkamah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila.

“Kalau dia salah dan kena bayar denda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf. Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahkamah,” katanya.

Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos tahun lalu.

Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

loading...


Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak menyamannya dengan tuntutan mencecah RM900,000.

Ali Puteh dah sedia hadap apa saja kecman netizen

Pelawak Ali Puteh bersedia menghadapi sebarang kecaman daripada netizen selepas diperintahkan membayar ganti rugi am RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Ali berkata, dia tiada masalah untuk berdepan dengan netizen yang akan menghentam atau mencemuhnya di laman sosial.

“Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena.

“Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.

Menurut Ali, dia tidak akan menggunakan platform media sosial untuk membuat sebarang luahan atau ketidakpuasan hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

“Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi.

“Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun,” katanya.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat selepas keputusan kes saman fitnah diputuskan hakim, Zulqarnain Hassan semalam.

Pada Mei 2020, Hidayah, 30, memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram yang antara lain menggambarkan dirinya seorang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Kredit: metro viaTrending Sangat




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم