Salah faham di jalan raya sering berlaku antara pemandu yang kadangkala terlalu mementingkan diri ataupon yang sering merasa diri di pihak yang benar.
Samalah dengan satu video tular ini, mengundang perhatian netizen apabila pemandu masing-masing tak mahu mengalah, kekal tidak bergerak.
ARTIKEL MENARIK:Selain Nasi Lemak Anjing, Netizen Kongsi Beberapa ‘Nickname’ Tempat Makan Unik Dan Pelik
“Tak kisah la Long Tiger ke Long kang ke…”
Menerusi perkongsian @cikgap di Tiktok, dia menunjukkan video perbalahan antara dirinya dan seorang pemandu yang dipercayai ‘menyekat’ keretanya dari bergerak dari arah hadapan.
Dalam video, kelihatan lelaki ini meletak kaki pada stereng dengan kata-kata penuh marah, menegaskan dia tak akan mengalah untuk ke tepi dan menganggap kereta hadapan yang perlu beransur jika mereka mahu bergerak.
“Kau dah nampak, aku nak jalan dulu, sekarang kau taknak mengalah.”
“Kau taknak mengalah? kau punya hal. Pergi lantak la korang nak cakap apa. Kalau nak, kau gerak, taknak kau punya hal.”
“Dia mengalah sebab nampak abang pegang stereng pakai kaki…”
Tinjauan ke ruangan komen mendapati ada netizen yang kurang sennag dengan sikap empunya video ini yang tidak mahu mengalah selain sikapnya yang biadap dengan meletakkan kaki pada stereng.
Malahan, mereka menasihatkan agar masing-masing menerapkan lebih sifat timbang rasa agar pergaduhan kecil seperti ini boleh dieelakkan dan tidak berlaku.
“Myvi dengan Myvi bergaduh ibarat peremouan gaduh…”
“No respect.”
“Mana ada dreber dalam tu…”
Tiktok – cikgap. kredit: https://redaksi.com/ Trending Sangat
إرسال تعليق