Kuala Lumpur – Siapa tidak kenal dengan selebriti yang juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi.
Beliau adalah inspirasi dan ikon kebajikan rentetan semangat ji.hadnya yang kuat dalam memperjuangkan nasib insan m.alang di seluruh dunia. Penglibatannya dengan misi kemanusiaan sememangnya tidak lagi asing di pengetahuan ramai.
ARTIKEL MENARIK:Ibu Sendiri Dedahkan Aktiviti Sebenar Sajat di Australia Sampai Rezeki Dia Lebih Melimpah
Memilih tarikh istimewa 1.1.2022 tepat jam 11.11 pagi, berita pernikahan penyanyi, Heliza Helmi dengan pasangan pilihan hatinya, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan peminat.
Kejutan itu walaubagaimanapun diiringi dengan doa dan rasa kesyukuran, memandangkan wanita kesayangan ramai ini akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 36 tahun.
Pilihan Heliza juga bukan calang-calang orang. Dato’ Sri Mahadi merupakan seorang usahawan dan perunding kewangan terkemuka iaitu Presiden AUF MBZ Consortium syarikat perkhidmatan pelaburan kewangan berusia 39 tahun serta sangat disegani kerana kewarakannya.
Menyifatkan perasaan cinta hanya datang sebaik suaminya sah melafazkan nikah, Heliza turut memohon doa semua agar perkahwinan mereka sentiasa dikurniakan mawaddah warahmah. Bahagia dunia akhirat.
Suami Restu Helmi Heliza
Penyanyi dan pelakon, Datin Seri Heliza Helmi mendapat sokongan dan restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman untuk menjalani penggambaran filem Road to H.eaven yang akan berlangsung di G.aza dan Tebing Barat, P.alestin.
Heliza ketika ditemui berkata, dia akan ke P.alestin pada Jun ini dan sekiranya ada rezeki, suami turut serta ke sana.
“Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan untuk filem ini diadakan, dia turut ada sama.
“Insya-Allah, saya akan ke sana pada Jun akan datang. Mana tahu, kalau ada rezeki dan kalau ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi, kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya,” katanya.
Ditanya mengenai perancangannya untuk menjalani penggambaran sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dan hamil, Heliza masih tidak terfikir mengenai perkara itu.
“Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekarang, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir,” katanya.
Selain Heliza, filem Road to H.eaven juga bakal membariskan beberapa pelakon lain antaranya adik Heliza sendiri yang juga penyanyi, Hazwani Helmi dan Josiah Lim.
Heliza dan Mahadi berkahwin pada 1 Januari lalu dan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Kredit : HM
Kredit -
Post a Comment