TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan pelawak Shuib.
Mengakui terkejut mendengar gosip berkenaan, Hazwani atau nama sebenar Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, berkata khabar angin itu adalah tidak benar.
ARTIKEL MENARIK:M0ga Diprmudahkan. Ssuatu Trjadi Dekat Heliza Helmi Sdangkan Baru Je Berkahwin “Suami sentiasa menyokong dan doakan saya”
“Terkejut macam mana wujud gosip itu… memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.
“Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram… tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejut tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul.
“Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi,” katanya kepada mStar.
Hazwani dan Heliza terkejut apabila mengetahui gosip berkenaan di media sosial.
Hazwani ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.
Menerusi laporan media pada Januari lalu, nama Hazwani tiba-tiba menjadi sebutan netizen apabila dikatakan sedang mengenali bapa tunggal anak empat itu.
Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu
Tampil menafikan gosip berkenaan, Shuib mengakui terkejut apabila mengetahui khabar angin tersebut dan memberitahu tidak mengenali Hazwani secara peribadi.
“Saya tidak pernah berjumpanya (Hazwani). Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?” komen Shuib.
Hazwani (kiri) dan Heliza bakal membintangi filem Road To Heaven.
Sementara itu, Hazwani yang juga merupakan aktivis kemanusiaan ini meminta netizen menapis terlebih dahulu sebarang berita yang diterima di media sosial.
“Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu.
“Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah sibuk dengan pengajian sarjana muda. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak,” ujar penuntut bidang psikologi di sebuah universiti awam ini.
Dalam perkembangan lain, Hazwani bersama Heliza bakal membintangi filem Road To Heaven yang bakal menjalani penggambaran di Palestin pada Jun depan.
Hazwani Helmi Kongsi Detik Sebelum Kakak Kesayangan Dilamar
Berita perkahwinan penyanyi, pelakon, dan juga aktivis kemanusia Heliza Helmi, bersama usahawan perniagaan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengejutkan orang ramai.
Menurut Berita Harian, masjid akad nikah kedua pasangan ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022 (Sabtu) lalu.
Kongsi Detik Sebelum Dilamar
Adik kepada selebriti terkenal Hazwani Helmi yang juga seorang penyanyi dan aktivis kemanusiaan, berkongsi video detik sebelum kakak kesayangannya sah bergelar isteri di akaun Instagram nya sambil berkongsi kapsyen yang cukup istimewa buat pasangan raja sehari itu.
“Beberapa detik sebelum sah menjadi isteri
Selalu dok dengar orang yang nak berkahwin kata “betul ke ni akan kahwin, sebab tak sangka bakal mendirikan rumah tangga”
Kali ni kak ja pulak yang cakap
Barakallahulakuma @nurhelizahelmi dan abang dee @mahadibz welcome to The Helmis Clan
Nanti kita share video-video gambar ya, Tak sempat nak godek-godek lagi gallery. Ni pakai ambil je dulu
Al maklum hari ni adik bongsu on duty! Nanti ika baca dm dan reply ws satu-satu ya
Apa-apa pun doakan moga Allah merahmati hubungan mereka hingga Jannah yang boleh membawa mereka dapat bersama Allah dan Rasul
By the way… Korang!! Doa kita semua dah maqbul!!! Alhamdulillah #hnmtilljannah” tulisnya
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Kredit -
Post a Comment