Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Rupanya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!

Tahniah buat Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub yang selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas.

Majlis Kahwin Indah & Penampilan Pengantin Dipuji, Rupanya Menantu USTAZAH NORHAFIZAH MUSA!



Diam tak diam, dah dua orang menantu penceramah motivasi kesayangan ramai ini. Alhamdulillah!

ARTIKEL MENARIK:Kes Tik4m Bayi: Polis Buru Mohammad Hazuarie. Rupanya Ada Benda Tak Elok Dia Dah Buat Kat Gadis Ni


Kira-kira lima bulan melangsungkan pertunangan akhirnya anak lelaki Ustazah Norhafizah dan Ustaz Azahar, Asyraf Murtadha sah bergelar suami kepada Aisyah Zafirah. Terdahulu, kakak kepada Asyraf iaitu Nur Nadratun Naeemah mendirikan rumah tangga pada awal September 2020.


Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian followers Ustazah Norhafizah kerana disambut dalam suasana penuh indah dan tenang walau pun situasi pandemik Covid-19 masih belum berpenghujung.

Hanya menjemput tetamu dalam jumlah terhad, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah meraih pujian ramai.


Antara yang mencuri tumpuan ialah penampilan pengantin perempuan, Aisyah Zafirah. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik dan sedap mata memandang, penampilan Aisyah yang sopan dan melambangkan ciri muslimah sejati membuatkan ramai yang terpesona.

Tidak kurang juga pengantin lelaki yang memiliki rupa paras menarik. Pendek kata, pasangan pengantin ini memang sama cantik, sama padan!

Usai majlis pernikahan pada 2 Februari, pasangan diraikan dalam majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu pada 5 Februari lalu di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur.

Dalam nada penuh syukur, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya. Kongsi Ustazah, “Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah.

Gugusan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.

Kami sayangkan pasangan mempelai kerana Allah. Dengan rendah hati ustazah memohon doa kebaikan dari seluruh sahabat-sahabat, tuan puan budiman untuk raja sehari ini.



Kami memohon maaf kerana tidak dapat menjemput semua kenalan dan guru atas keterbatasan yang harus dijaga. InshaAllah mudah-mudahan pada kenduri yang akan datang boleh dibesarkan lagi skala jemputan.

Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana. Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”

Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.

Beriktu sedikit info mengenai Ustazah Norhafizah Musa

Ustazah Norhafizah Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Pada usia mencecah 43 tahun dan ibu kepada tujuh orang anak ini telah menerima Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam.


loading...


Oktober 2018, Ustazah Norhafizah telah menerima anugerah pengajian PhD, bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.


Ustazah Norhafizah Musa bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata.

Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel tetap slot Usrati di ikim fm, panel program Tanyalah Ustazah TV9, Al-Hidayah TV3, Forum Perdana TV1, dan lain-lain program penerbitan bersifat keagamaan.

Selain aktif di radio dan televisyen Ustazah Norhafizah Musa merupakan master trainer ( pembimbing pelatih ) untuk konsultan Daraini Management Academy dan master trainer untuk Syarikat Airbone Discovery Sdn.Bhd. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita dan korporat.

Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Dr Azahar Yaakub merupakan Pengerusi Dan Penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Gombak. Beliau juga telah mencetuskan rancangan beliau sendiri iaitu Rancangan JomToJannah.

Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Rahsia Nak Dapat Anak Bijak Dunia & Akhirat

Ustazah Norhafizah Musa, penceramah bebas berkongsi kepada ibu bapa rahsia untuk mendapat anak bijak dunia dan akhirat.

Memiliki anak-anak yang bijak dan berakhlak sentiasa menjadi impian di dalam hati setiap yang bergelar ibu bapa. Maka, berusahalah para ibu bapa untuk mengikut segala tips dan panduan yang dikongsikan oleh pakar cerdik pandai dalam bidang keibubapaan.

Segala ilmu dan info yang diperolehi akan dicuba pada anak. Alhamdulillah bagi yang berjaya tapi tak semua ibu bapa akan mendapat hasil yang sama walaupun melakukan amalan yang sama.

Jangan putus asa wahai ibu ayah. Berikut antara rahsia yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa bagaimana nak mendapat anak bijak dunia dan akhirat.

1. Sentiasa jaga hubungan dengan Allah

Kalau kita nak anak baik dan cemerlang, kitalah yang kena memperbaiki hubungan dengan Allah SWT. Ibu ayah hendaklah selalu kembali kepada Allah dengan rajin taubat nasuha. Mengerjakan solat sunat taubat meminta ampun pada Allah.

“Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami, kejahilan, kealpaan dan kecuaian kami terhadap anak-anak, ampunkan tangan-tangan kami yang sering melakukan dosa. Janganlah kesalahan kami jadi tempias kepada anak-anak kami.”

Hanya Allah yang membuka pintu hati anak-anak kita. Dia jua yang menyampaikan aura kita kepada anak-anak. Kita boleh pesan, nasihat dan bebelkan anak-anak tapi yang sampaikan dalam hati mereka adalah Allah SWT.

Kalau kita banyak bergelumang dengan dosa dan buat salah silap, frekuensinya tak akan sama, ia tak sampai dan masuk ke dalam hati anak kerana yang masukkannya adalah Allah SWT. Allah hendak melihat ibu bapa luar biasa mendekatkan dirinya kepada Allah.

2. Buang segala kerunsingan & kerisauan terhadap anak-anak

Berserah diri dengan Allah SWT. Memang hati ibu bapa sentiasa risau memikirkan anak-anak. Tetapi sebaiknya bertawakal kepada Allah untuk menjaga anak-anak kita selepas melakukan yang terbaik untuk mereka.

Semoga dengan sentiasa bertaubat nasuha, memohon keampunan serta berserah kepada Allah, akan bertambah senang dan mudah perjalanan kita untuk mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah.

3. Berdoa sepanjang masa

Bukankah doa ibu ayah terhadap anak adalah doa yang paling mustajab. Gunakan kelebihan ini untuk berdoa sepanjang masa. Tak perlu tunggu waktu lepas solat baru nak berdoa. Sentiasa doakan anak-anak di depan mereka.

Sebut Dengan Jelas Apa Yang Kita Doakan Untuk Anak. “Ya Allah Permudahkanlah Perjalanan Anakku Dalam Menjadi Seorang Tahfiz Satu Hari Nanti. Ya Allah Jaga Anak-Anakku, Lindungilah Mereka Daripada Perkara-Perkara Buruk.”

Dengan berdoa ia akan membuatkan kita rasa tenang dan lapang. Nikmat bercakap dengan Allah membuatkan semua masalah hilang dalam kepala. Segala kerisauan sudah dicabut oleh Allah kerana kita sudah cukup tenang dan bahagia dapat meluahkannya dengan Allah SWT.


Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa, https://www.majalahpama.my/, https://www.fatehteam.com/ viaTrending Sangat


-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم