Di laman Twitter ketika ini hangat memperkatakan mengenai seorang pelakon baru lelaki yang didakwa telah mencetuskan kontroversi melibatkan seorang wanita.
Mahu Pelakon Bertanggungjawab
ARTIKEL MENARIK:Termasuk Gangguan Seksual! Ebit Lew Didakwa Ke Mahkamah Atas 11 Pertuduhan
Menurut wanita tersebut yang turut meletakkan nama pelakon yang dimaksudkan, dia menuntut agar lelaki itu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan sebelum ini. Malah, dia turut meminta pelakon tersebut yang juga finalis sebuah program realiti untuk berhenti berselindung kerana terdapat ramai mangsa yang tertekan kerana perilakunya itu.
“Bila anda akan bertanggungjawab dengan kesilapan anda? Lari dari masalah tidak akan menjadikan anda lelaki yang lebih baik
“Berhenti bersembunyi di sebalik tirai. Anda membuat ramai orang menderita kerana anda. Sila bertanggungjawab” ciap wanita itu
Kelab Peminat Tetap Nyatakan Sokongan
Bagaimanapun, wanita tersebut enggan menceritakan dengan lebih lanjut mengenainya meski didesak oleh ramai netizen yang lain. Menjengah ke sebuah hantaran akaun kelab peminatnya, mereka tetap menyatakan sokongan dan akan bersama dengan pelakon itu walau apa pun yang terjadi. Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang maklum balas atau kenyataan dari pelakon itu mengenai dakwaan tersebut.
Kredit -Murai MY.
إرسال تعليق