Assalamualaikum. Admin tolong up luahan hati dari insan bernama isteri. Assalamualaikum, saje nak meluah.Aku sorang istri. Ibu sorang anak berusia setahun. Seorang suri rumah..Aku nak kerja tapi tak sampai hati nak bagi anak untuk orang jaga. Kecik lagi memang aku sayang sangat anak aku. Sapa tak sayang anak kan. Menjadi suri rumah bukan mudah walaupon anak baru satu.
ARTIKEL MENARIK:“Hari lahir anak, talak 1 melalui wasap”. Demi janda penggoda, aku ditalakkan. Aku cuba rayu, tp begini reaksi suami
Semua kerja dari A to Z aku buat. Tak harap suami Karna aku tau suami memang tak kan tolong pon. Pernah satu hari aku rasa teramat letih,Bukan letih badan letih hati, tetiba rasa nak nangis sebak kat dada, Aku tak basuh kain, tak lipat kain, ku biar dapor bersepa, Tapi tak de orang buat kerja-kerja tu atau nak tolong buat.. semua menjadi lebih sukar Karna kerja semakin banyak akibat merajuk aku.
Dan akhirnya aku sendiri yang kemas yang settle semua. Suami aku baik,Hal dapor, rumah bil2 semua dia tanggung. alhamdulillah, Bab makan aku tak pernah kebulur. Alhamdulillah selalu ada barang untuk masak. Aku tak fikir nak cari apa kat kedai. Sebab suami aku yang beli semua barang, Ya suami aku tak bagi duit untuk beli barang atau bayar ini itu.
Semua dia yang settle. Aku cuma tau apa yg dia beli itu aku masak. Ye hanya bahan makanan je.. untuk aku, untuk aku tak ade. bila aku cakap nak ini itu nak makan ini itu. dengar tu ya, tapi tak akan di beli. Bukan nak benda mahal.. barang tak sampai rm5 pon tak akan beli bila itu permintaan untuk aku sendiri.. tapi bila aku minta bawang ke cili memang akan beli.
Aku kadang pon ada keinginan nak makan sesuatu tapi apa daya.. hanya mampu pendam je la. Suami aku. Bila ada duit lebih dia akan beli macam2 barang untuk dia. Kasut, jam, baju, seluar, untuk dia. Ya hanya untuk dia. bulan lepas birthday aku.
Masa birthday aku tu aku cuba kacau dia tanya tak nak belikan hadiah ke sebab aku tau dia tengah berduit tapi dia jawab bil2 banyak tak bayar. Dalam masa sama dia melayan Lazada. (Sebab dia layan Lazada la aku berani kacau2 tanya ada nak beli hadiah tak) dia tak de niat sebiji zara pon nak belikan aku hadiah walaupun pin tudung raga rm2.50 tapi dia boleh. Beli baju dan kasut beli topi untuk diri sendiri..
Bila aku minta cakap banyak bil belum di jelaskan. sedih. Kami menikah dah 3 thun.. dulu aku kerja kilang. Masa ngadung pon aku masih kerja. Dah sarat baru tak kerja.. 3 kali raya bersama memang tak rasa dia beli baju untuk aku.
Raya tahun pertama aku beria beli sendiri ( yela baru kan nak tunjuk sedondon sangat aku kluar duit sendiri).Raya tahun kedua aku dah tak kerja.. berharap ada la baju raya di beli.. tapi tak de.. alasan baju tahun lepas muat lagi
Raya tahun ke tiga. Raya dlm pkp. Bila aku tanya tak beli baju je.. dia jawab nak pegi mana time pkp(ok yg ni aku fhm) tp takat beli tudung rm10 pon tak de ke. Dan Hidup aku hanya di dalam rumah. Kluar mungkin sebulan sekali itu pun kalau ada.. itu pun pergi teman suami cari barang dapur pergi Tesco je.. aku tak rasa pon jalan2 macam orang2 tiap hunjung minggu, aku tak rasa jalan2 petang roud2 kawasan.. hidup aku dari pagi ke malam hingga pagi lagi hanya di rumah.. di dalam rumah.
Suami aku baik bukan kaki pukul.
Ye suami aku memang pikul 100% tanggungjawab.. tapi untuk aku untuk aku hanya makan percuma je.. lain2 tak de… Kadang aku fikir makan tu upah aku masak kot. Tapi.. aku ada niaga online walau tak banyak dapat kadang sebulan rm10 pon jadi la untuk aku sendiri.. untuk beli apa ku nak. Semoga rezeki halal ku luas seluas lautan.
Sumber: Kisahrumahtangga.
Ingatkan dah tamat. Rupanya rumah tangga Shuk Sahar kembali bergolak. Terkejut bila isteri dedahkan ada orang hantar benda dekat rumah dia.
Ingatkan sudah tamat dan boleh menarik nafas lega, rupanya rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih diganggu individu bernama Fara. Dalam kemas kini terbaru di Instagramnya, Rossa memuat naik video mendakwa ada individu cuba menghantar sntau.
“Ada empat talinya, satu sudah terlepas. Tinggal talinya saja. “Untuk si pembuat yang buat mcm ni, aku tak tuduh sesiapa. Semoga cepat bertaubat. Jangan buat syrik nak hantar sntau ampai rumah bagai!” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata warganet bagaimanapun mendakwa perbuatan syrik itu dilakukan Fara yang masih membuat onar. Malah, sebelum itu Rossa berkongsi tangkap layar perbualan dengan Fara yang mengugut mahu terjun bangunan kediamannya dan menikam diri sendiri kerana Shuk seperti tidak mempedulikan perasaannya yang kesepian.
Dia juga berkongsi video Fara berblah dengan Shuk di dalam kereta dalam keadaan tidak keruan seperti kerasukan mahu mengoyak baju dan memkul diri sendiri. Kata Rossa, dia sudah memberi izin untuk berkahwin dengan Shuk, tetapi Fara yang tidak dapat menerima keluarga dan anak-anaknya.
Dah kacau rumah tangga orang, nak bolot semua seorang pula dia. Kurang setahun berbaik dan dilihat cuba memulihkan keadaan, rumah tangga pelawak popular Shuk Shahar kembali menjadi bualan hangat warganet selepas pendedahan terbaharu isterinya, Rossa tentang perbuatan sntau dan ugtan yang diterima daripada seseorang.
Malam tadi, Rossa memuat naik tangkap layar mesej dan gambar berbaur ugtan yang dihantar seorang wanita dipercayai kekasih Shuk. Dalam sekeping foto, wanita tersebut dilihat menghantar gambar sebilah pisau seperti mengugut mahu membahayakan diri. Rossa bagaimanapun dilihat telah memadam semua hantaran tersebut pada pagi ini.
Rossa atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut membayangkan kesediaannya untuk hidup bermadu dengan syarat Shuk dan terbabit menerima diri dan anak-anaknya, bukan dengan cara menghancurkan apa yang telah sedia ada.
“Sudah cakap, jika hendak bermadu perlu terima keluarga dan anak-anak saya. Bukannya dengan hancurkan keluarga saya. “Tolong berubah, bukan dengan cara ugut sana sini kerana saya dan anak-anak tidak salah,” tulisnya.
Sementara, dalam ruangan kapsyen, Rossa yang juga peniaga barangan penjagaan kesihatan itu turut mendedahkan kesediaannya seperti cuba dihalang oleh pihak lain. Dia bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci sama ada Shuk masih menjalin hubungan dengan wanita berkenaan atau tidak.
“Kalau nak kahwin silakan, rasanya mereka sudah pun berbincang tetapi memang tidak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak. “Saya sudah izinkan, suami juga bukan budak-budak lagi dan percaya dia juga ada alasan sendiri.
“Tetapi rasanya keluarga belah sana tidak izikan, apapun semoga urusan antara kamu selesai,” tulisnya lagi. Tambahnya, persoalan mengapa suaminya tidak tinggalkan wanita tersebut akan dijawab tidak lama lagi.
TANGKAP layar pendedahan isteri Shuk, Rossa.
Malah, dia juga memberi bayangan terdapat video yang dijadikan sebagai bahan ugtan. “Kenapa Shuk tak tinggal? Akan dijawab nanti. Kalau ada yang muat naiklah benda itu. “Sebab benda itu pun sudah lama dan saya dapat tahu ketika diugut tempoh hari. Apapun, rezeki semuanya daripada Allah SWT bukannya manusia, faham ya semua,” katanya lagi.
Dalam pada itu, menerusi InstaStorynya, Rossa turut memuat naik sebuah video yang mendakwa terdapat individu yang menghantar benda syrik kepadanya. Kelihatan empat bungkusan yang diikat dengan tali berwarna hijau.
“Saya tidak tujukan video ini kepada sesiapa tetapi siapa yang sanggup lakukan begini? Semoga cepat taubat dan jangan buat perkara syrik nak hantar santau di rumah orang,” tulisnya lagi. Hasil tinjauan Kosmo! Online, Shuk turut dilihat memuat naik kenyataan ringkas berhubung perkara tersebut dalam Instagramnya,
“Saya ada di rumah, harap maklum sebelum komen,” tulisnya. ANTARA objek pelik dipercayai sntau yang diterima oleh Rossa. Untuk rekod, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, pernah berdepan kes serupa dengan wanita sama sekitar Julai tahun lalu.
Bagaimanapun, saat ketidak setiaan Shuk terbongkar, Rossa sendiri dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita terbabit. Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku ketidak setiaan serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.
Namun, pada Januari lalu rumah tangga Shuk yang ketika itu bertugas sebagai penyampai radio HotFM itu kembali bergolak selepas dia sekali lagi ditangkap tidak setia oleh Rossa. Hubungan pasangan itu kembali jernih selepas Shuk mengakui kesilapan dirinya selepas didakwa tidak setia dengan seorang wanita.
Difahamkan, wanita yang sedang menjalin hubungan Shuk itu pernah terlibat dalam kontroversi dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan
dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. Akibat kontroversi rumah tangga yang dianggap mencemarkan imej karier, Shuk menerima padah apabila dipecat daripada terus menjadi penyampai Hot FM
Shuk Sahar serik, janji tak ulang lagi – “Duit simpanan habis ubah suai rumah… tawaran program TV pun ditarik semula”
EPISOD kes tak setia Shuk Sahar cukup memberi kesan kepada kehidupan pelawak itu apabila namanya kini seakan hilang daripada ‘radar’ dunia hiburan. Gara-gara kontroversi tersebut, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar mengakui pendapatan utamanya terjejas selepas kontrak di stesen radio Hot FM ditamatkan dua tahun lebih awal.
Menganggap apa yang berlaku sebagai ‘harga yang perlu dibayar’, Shuk tetap bersyukur kerana hubungan dia dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah serta ahli keluarga yang lain kembali rapat.
“Ya, sudah tentu saya tak akan melakukan perkara sama (tidak setia). Apa yang berlaku itu benar-benar memberi kesan kepada kehidupan saya. Sejujurnya, saya jatuh terduduk… boleh dikatakan saya hilang gaji setahun selepas diberhentikan daripada stesen radio.
“Kebetulan pula, duit simpanan saya sudah habiskan untuk ubah suai rumah sebab ingatkan kontrak dengan radio akan tamat 2023. Bukan sahaja saya hilang kerja di radio, tapi beberapa tawaran untuk program TV pun ditarik semula.
“Tapi saya tetap bersyukur sebab selepas apa yang terjadi, hubungan dengan isteri semakin rapat. Saya juga dapat semula keluarga. Saya anggap kehilangan beberapa tawaran kerja adalah harga yang perlu saya bayar,” katanya kepad mStar.
Jika kena pada batang hidung sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak. Pelawak berusia 35 tahun itu ditemui ketika majlis pembukaan cawangan pertama kafe air minuman dan manisan, Semooth di Wangsa Maju pada Isnin.
Krisis rumah tangga dan isu tidak setia melibatkan Shuk akhirnya memakan diri apabila siasatan dalaman pihak pengurusan stesen itu mendapati dia bersalah dan ditamatkan kontrak serta-merta pada 18 Februari lalu.
Sebelum ini, isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah atau mesra disapa sebagai Sera mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Pada 8 Februari lalu, pelawak kumpulan Masyuk ini berjaya memujuk isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.
Dalam pada itu, Shuk mengakui isterinya seorang wanita yang kuat biarpun berdepan dengan pelbagai kritikan daripada warganet selepas kontroversi tersebut. “Apa yang boleh saya katakan, Sera seorang wanita yang kuat dan saya tak pernah salahkan dia atau sesiapa dengan apa yang berlaku. Malah saya letak semua kesalahan atas diri saya.
“Jika kena pada batang hidung sendiri, saya tak tahu dapat jadi sekuat dia atau tidak. Tapi seperti yang semua tahu, Allah SWT hanya akan uji seseorang itu mengikut kemampuannya,” ujarnya. Shuk mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Sumber:Kosmo,mstar via erakini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Post a Comment