PENTAS Big Stage 2022 yang membuka tirai pada malam Ahad menyaksikan pelbagai kejutan khususnya dengan kemunculan usahawan Ahmad lqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta.
Nama lqbal, 28, sebelum ini dirahsiakan oleh pihak Astro dan divar-uarkan sebagai kejutan dan dia akhirnya muncul menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara pada konsert minggu pertama.
ARTIKEL MENARIK:Kereta Myvi Shuk Sahar ‘T3rjun’ P4rit
Persembahan pengenalan lqbal mendapat komen panas daripada barisan juri.
Ajai memberi markah sebanyak lima markah dan menganggap nyanyian lqbal kurang memuaskan.
lqbal membawakan lagu Biar Bulan Bicara
“Saya bagi lima markah kerana dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin tak dapat.
“Ada setengah orang tidak boleh menyanyi tetapi orang suka. Mungkin dia adalah begitu,” demikian komen Ajai.
Sementara itu Datuk Siti Nurhaliza seakan tidak percaya kemunculan lqbal sebagai seorang peserta tambahan. Beliau memberi markah sebanyak 25 markah. “Saya harap dia dapat beri kejutan pada minggu akan datang,” komen Datuk Siti. Pembukaan minggu pertama dengan terra Game On dimulakan dengan pengenalan Aliff Aziz yang bertindak sebagai Juri Juara.
Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka ada terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua di saluran Astro. Sementara itu Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta.
Manakala Datuk Seri Vida pula bertindak sebagai Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung. Juri tetap BS22 ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai. Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar.
Antara Komen Artis Juga Netlzen
Program diminati ramai, Big Stage kembali tahun ini dengan menampilkan 11 bintang berentap dalam musim baharu yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Antara yang memeriahkan pentas Big Stage musim ini termasuk Aisha Retno, Megat Rahim, Elica Paujin, Ajoi Zainal, Lia Aziz, Danial Chuer, Yazmin Aziz, Tuah Adzmi dan Sofia Marieylia.
Dua peserta luar negara turut diketengahkan antaranya Syafiq Abdilah dari Brunei serta Tegar Septian (Indonesia).
Big Stage kali menampilkan semula penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin serta penyanyi dan komposer terkenal, Ajai sebagai juri.
Selain itu, program ini juga mengekalkan pelakon dan pengacara Sherry Al Hadad dan Alif Satar sebagai pengacara.
Rangkaian program ini akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan boleh juga disaksikan menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Konsert mingguan pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 6 Febuari 2022.
Sumber Utusan via
Post a Comment