Foto sekadar hiasan Hai Mak Tiri Assalamualaikum dan salam sejahtera.
ARTIKEL MENARIK:Aku keja doktor Medical. Dpt Isteri berpurdah. Lps 3 bulan duduk bersama, aku rasa nak report polis atas apa yg isteri aku buat.
Aku menulis dari sudut hati seorang anak. Ayahku disondol perempuan janda anak 2 ketika usia aku 10 tahun.
Kalau ikut logik aku tak mengerti apa apakan? Tapi ibu ibu jangan salah tekaan ya. Aku juga perempuan dan aku mengerti apa yang sedang berlaku.
Ibu tulang belakang ayah. Dari tiada apa apa kepada ada segala galanya. Ibu bekerja. Ada duit. Di awal perkahwinan mereka ibulah yang jadi banker dalam rumah tangga.
Alih alih 12 tahun kemudian ibu dimadukan. Of course hati wanita pasti kecewa, sakit, sedih, marah dan macam macam lagi.
Tapi apakan daya, lelaki memang dayus! Selfish! Kau fikir nfsu kau jer nak menikah lebih. Tapi ada kau fikir kesan dari tindakan kau tu akan memusnahkan banyak hati?
Sejak itu ibu yang lemah lembut jadi lebih garang. Balik jer kerja membebel dekat anak anak, marah dekat anak anak. Kakakku mula memberontak, adik adikku hanya melihat dan aku jadi seorang pendendam dan pembenci!
Aku sumpah betina penyondol hidupnya tak tenang sehinggalah kau datang pada kami dan meminta maaf atas kesalahan kau menyondol!
Ya tidak dapat dinafikan lelaki memang mata keranjang. Suka melihat benda cantik. Sukakan cabaran, suka cipta masalah dalam keluarga.
Lagi mantap bila bertemu dengan penyondol yang selfish, demi nfsu sendiri, demi kebahagiaan sendiri, demi kepuasan sendiri, rela menggoda suami orang, ayah orang sehingga keluarga orang hancur!
Kenapa mesti suami orang, kenapa mesti ayah orang? Dah takde duda atau bujang ke kau nak kacau.
Ke kau nak wanita lain sakit hati sebagaimana kau sakit hati dicerraikan suami dahulu? Atau kau nak anak anak lain rasa hidup derita tanpa ayah macam anak anak kau rasa wahai penyondol?
Sebab kau betina penyondol dan jantan yang pentingkan nfsu, aku, kakak dan adik adik mula bencikan kehidupan ini.
Dunia kami tak seindah dunia anak anak lain. Sejak itu ibu suka membebel, ayah on off ada rumah (yelah gilir kan dah kawen lebih), kakak mula keluar malam, lepak sana sini dan aku cuba cool.
Ibu balik jer kerja asyik nak marah2 membebel. Memang dia akan marah, sebab dia penat. Penat bekerja, balik kena kemas rumah, jaga anak dan memasak.
Ayah aku mana? Sibuk layan bini muda. Sibuk layan anak tiri. Siapa ibu dan kami adik beradik di hati ayah.
Kemain jaga janda, jaga anak tiri tapi isteri dan anak kandung terabai. Itukah yang Islam ajar? Ya ayah mampu dari segi duit tapi ayah tak mampu nak belah cinta dan kasih sayang kepada 2 keluarga apatah lagi kepada kami adik beradik 7 jiwa.
Kesan negatif p0ligami, ibu tidak sebahagia dulu. Marah, benci disalurkan pada anak anak. Ayah mula lepas tangan memimpin. Semuanya harapkan ibu. Dari bangun pagi sampai pagi esok 24 jam lah ibu yang uruskan segala galanya. Ayah? No function!
Kakak mula keluar malam. Asal ayah takde dekat rumah dia berani lawan ibu dan keluar malam. Lepak sana sini. Dia memberontak dengan memusnahkan diri sendiri. Dia buat macam macam hal untuk tarik perhatian ibu ayah. Hari hari kakak gaduh dengan ayah, tengking ibu.
Jiwanya sakit, jiwanya hancur, jiwanya terluka. Dia meluah dengan tindakan yang menyakitkan hati kami. Makin parah dugaan ibu. Dah la ayah buat hal, anak pula penambah rasa. Ibuku murung namun dia memaksa diri untuk kuat.
Aku kesiankan kakakku dan adik adikku. Kakak aku tak mampu lawan rasa memberontak dalam hati. Ibu yang tidak bahagia tidak mampu membahagiakan anak anak.
Kau bayangkan mana nak layan perasaan kecewa, mana nak layan ragam anak anak. Habis perasaan kau sebagai wanita sape nak jaga. Itulah yang ibu aku lalui.
Aku diam dan dengar. Sejak itu, balik jer sekolah aku ambil alih tugas ibu. Aku jemur kain, aku angkat kain, aku basuh pinggan mangkuk gelas, aku kemas rumah dan aku cuba memasak apa apa yang aku pandai.
Ibu balik kerja lihat semuanya perfect kurang sikit dia membebel. Maka amanlah sekejap rumahku.
Hari hari aku buat benda yang sama sehinggakan aku penat. Petang ada aktiviti KO lagi, masa aktiviti KO inilah aku melepaskan beban di hati. Aku join macam macam sukan dan aku buat sehabis baik sambil melemparkan rasa kecewa ke tengah padang sekolah.
Aku kecewa dengan ayah, dengan ibu, dengan kakak. Kenapa mereka tidak melawan rasa di hati masing masing. Ikutkan hati aku, aku pun nak memberontak tapi aku lawan.
Ikutkan hati aku, aku pun nak marah, nak membebel tapi aku lawan. Ikutkan hati aku nak jer cari jantan tempat tagih kasih sayang tapi aku lawan. Cukuplah apa yang jadi ni buatkan aku sakit jiwa dalam diam.
Adik adik, aku ajak mereka masuk bilik aku. Aku beritahu mereka jangan ikut macam kakak buat. Masalah ibu ayah jangan ambil tahu, buat donow jer okeyh..? Aku pantau mandi, makan, kerja sekolah mereka.
Aku cuba alihkan perhatian mereka pada hal hal yang menyeronokkan. Tonton tv, kartun, main game, buat kerja sekolah sama sama dan libatkan mereka dalam kerja rumah. Cukuplah kakakku yang hancur. Aku dan adik adik kena jadi anak yang baik!
Tapi kesedihan tak berkurang seiring masa berjalan. Bila keluar shopping ibulah driver, ibulah yang bayarkan, ibulah yang jaga kami.
Ayah macam tak wujud. Ada suami tapi tiada bila diperlukan. Aku melihat anak anak lain berjalan berpimpingan tangan ibu ayah, aku cemburu. Aku balik aku nangis.
Pusing pusing dunia aku tengok orang lain ayahnya jadi driver. Tapi aku, ibu yang jadi driver. Aku kesian pada ibu. Nak tahan pandangan orang tapi dalam masa yang sama nak gembirakan anak anak bawa keluar jalan jalan.
Sejak ayah kawen lain, kami pulaukan ayah. Dah la takde usaha nak ambil hati kami. Macam makin suka pulak anak anak semakin menjauh.
Kami tak suka duduk makan semeja dengan ayah, kami tak suka keluar dengan ayah, kami tak suka bercakap dengan ayah. Ayah kepalanya serabut layan 2 bini. Kalau kami anak anak buat hal memang kena marah laa jawabnya.
Hari raya ayah boleh bergambar 1 family dengan family baru. Tapi dengan kami nan hadooo. Aku benci kereta ayah, kereta tu laa yang bawa penyondol dan anak anak tirinya.
Aku benci orang lain bahagia di atas derita keluarga aku. Kau memang jahanam. Kerana kau penyondol, kami hilang kasih sayang ayah, cinta seorang ibu dan kecerian seorang kakak.
Waktu kecil kami ditemani nightmare, rasa insecure dengan anak anak yang lain, kecil kecil pun dah pandai rasa apa itu kecewa, sedih, marah, benci. Seolah olah bahagia itu tidak wujud dan tidak layak untuk kami.
Kalau kau penyondol tak pentingkan diri, kalau kau boleh tahan nfsu tak nak berlaki, kalau kau tak menggoda, kalau kau fikir perasaan kami anak anak yang hilang kasih sayang ayah,
Mungkin hari ini kami akan rindukan zaman kanak kanak kami. Dah laa zaman kanak kanak perit, pedih apatah lagi zaman dewasa yang sudah tentu lagi banyak cabaran.
Tapi Allah itu Maha Adil. Dulu kau penyondol seronok menyondol kebahagian orang, hari ini kau derita. Kami tidak membalas dendam cukuplah doa kami waktu kecil Tuhan makbulkan. Hari ini aku dengar kau sakit. Sakit sana sini, sampai nak masak pun tak boleh.
Anak anak kau takde sorang pun masuk universiti, kau try hard untuk ambil hati family ayah, anak kau sakit berubat sana sini. Ayah aku hidup dengan kau berpuluh ribu duit habis, emak aku siap dapat beli kumpul hartanya sendiri tanpa sesen pun duit ayah.
Lihatlah ayah, isteri mana yang lebih baik antara isteri isterimu, lihatlah juga anak ibu mana yang lebih baik dari isteri isteri yang kau miliki. Syukur pada Allah, Dia yang jaga kami.
Hari ini kami sudah dewasa, berpuluh tahun hidup dalam derita. Semoga perjalanan kedewasaan kami penuh dengan kebahagiaan sehingga hujung nyawa. Amen3 ya Allah.
Wahai penyondol fikirlah seribu kali sebelum kau rampas kebahagiaan anak anak lain. Kau fikir anak 10 tahun tidak mengerti. Tapi kau silap.
Doa anak 10 tahun lebih makbul dari doa kau. Hati2.
Wahai lelaki, kenapa kau memilih untuk curang? Aku tidak mengerti. Sekian, Kasturi.
Reaksi Warganet
Rizal Rodzuan –
Spesis ayah yang masa muda, sihat Dan berduit abaikan anak dengan isteri. Tapi bila dah tua, sakit sakit Dan tak berharta baru nak cari anak tu nak minta maaf, kasih sayang dan jagaan mereka.
Bila mereka abaikan terus ayah tu meroyan cakap anak Dan isteri derhaka dan netizen kecam..
Kloe Kloey –
P0ligami hak lelaki. Tapi hak isteri juga perlu dituntut sebelum berp0ligami.
Perempuan2 semua sila baca baru baru ni menteri nak berp0ligami, isteri pertamanya tu dapat hak hak dia. Itu contoh macamana hak isteri terlaksana. Gi baca sana dan pandai pandailah tiru ye…
Bila cakap pasal hak, dua dua pun ada hak masing masing. Ini bukan pasal lelaki atau perempuan. Hak perempuan (isteri) yang tak diberikan juga menindas kaum lelaki juga ye, sebab anak isteri tertindas tu ada lelaki dan juga perempuan.
Noya Za –
Saya lebih suka membaca dari segi pandangan anak anak. Sebab tak ramai anak anak yang ingin berkongsi emosi yang mereka lalui akibat dari p0ligami atau percerraian. Maka rujukan ibubapa kurang.
Terima kasih atas perkongsian ini, semoga menjadi tauladan kepada bapa bapa yang ada niat berp0ligami.
Walaupun in reality lelaki tak gemar/akan membaca bahan bahan berunsur nasihat tapi perkongsian ini “counts”.
Yang rugi adalah si bapa. Kalau anak anak membenci maka hilang la dia 1 dari 3 perkara yang di bawa mati (DOA anak anak yang soleh/solehah).
Jue Ahmad –
Syabas Tt, TT memang anak yang baik. Sangat memahami apa yang dilalui oleh ibu dan bertimbang rasa.
Syukur alhamdulillah tt ambil jalan untuk bantu ibu dan selamatkan adik adik. Saya pasti itu bukan perkara yang mudah, namun TT sangat matang dalam usia yang muda.
Saya ingin kongsikan sedikit, apa yang berlaku dengan aruwah kawan saya. Beliau hadapi masalah rumahtangga. Suaminya hampir langsung tak muncul muncul dalam hidup beliau dan anak anak sebab ada isteri kedua. Aruwahlah yang berhempas pulas membesarkan anak anak.
Syukurlah beliau sempat tuntut fasakh sebelum meninggal. Sekurang kurangnya pencen dan harta yang dimilikki beliau diturunkan kepada anak anak.
Jika tidak bercerrai, sudah pasti pencen beliau diperolehi oleh suami yang tak bertanggungjawab. Dari segi harta juga anak anak yang dapat.
Jika masih status berkahwin, sudah pasti anak anak aruwah hadapi masalah untuk meneruskan persekolahan sebab duit pencen dan harta akan diambil oleh ayah mereka. Waullahualam…………
Sumber – Kasturi (Bukan nama sebenar) via IIUMC via
Post a Comment