Hati ibu mana yang tidak risau apabila anak kesayangan tiba-tiba jatuh sakit terutama di kala pandemik CvdI9. Itu yang sedang dirasai pelakon jelita, Anzalna Nasir apabila anak lelakinya, Mohamad Eidrees terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta.
Musim anak kecil sakit
ARTIKEL MENARIK:Zarina Zainuddin dedah madu hadiahkan set gelang berlian. Tapi ada sesuatu yang buatkan Zarina takut nak pakai.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Anzalna, 34, berkongsi keadaan kesihatan Eidrees yang kini sedang menerima rawatan. Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, anak lelakinya itu tiba-tiba jatuh sakit dan mereka sekeluarga terpaksa bermalam di hospital sejak hari Selasa.
Dugaan kecil buat kami sempena cuti Tahun Baru Cina. Eidrees secara tiba-tiba tak sihat. Doktor cakap sekarang ini banyak kes yang serupa macam Eidrees. Keluar rumah atau duduk rumah kalau nak kena, kena juga!
Dia seorang anak lelaki yang kuat walaupun tak sihat tetap gembira. Nampaknya kena berkampung lama juga di hospital. Tolong doakan Eidrees cepat sembuh. Bagaimanapun, pelakon drama Memori Cinta Suraya tidak mendedahkan jenis sakit yang sedang dialami Eidrees.
Ramai doa kesembuhan Eidrees
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Eidrees cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa. Di samping itu, ada juga segelintir ibu bapa yang berkongsi pengalaman selepas anak mereka turut sama sakit. Terdahulu, Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun. Sumber: Instagram @anzalnanasir88
Anzalna Nasir Sanggup Tolak Semua Tawaran Tudung Kecuali Loveta. Sekali Ini Sebab Sebenar Keputusannya.
Pelakon Anzalna Nasir sanggup menolak tawaran menjadi duta produk tudung jenama lain demi terlibat dengan kempen Loveta X Anzalna yang sebelum ini diusahakan oleh Allahyarham Siti Sarah. Menurut Anzalna, semasa hayat masih ada, Siti Sarah pernah beberapa kali mahu melamarnya untuk bekerjasama dengan produk kosmetik keluarannya. Namun, hasrat berkenaan tidak kesampaian sehinggalah penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempat Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus CvdI9.
“Arwh Siti Sarah pernah beberapa kali memberi tawaran untuk bekerjasama, tetapi tidak berkesempatan kerana setiap kali tawaran dibuat saya mesti ada kontrak dengan produk kosmetik lain. Tawaran kali ini memang saya tidak boleh tolak, meskipun saya sebenarnya telah menerima tawaran daripada produk tudung jenama lain saya terpaksa menolak tawaran tersebut demi menjadi sebahagian daripada Loveta,” kongsi Anzalna.
Tambah Anzalna, hatinya terbuka untuk bekerjasama dengan kempen Loveta X Anzalna kerana mahu membantu mengembangkan legasi yang ditinggalkan oleh arwh Siti Sarah. Sungguhpun begitu, Anzalna mengambil masa dan berbincang dengan suaminya, Hanif Zaki terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menerima tawaran berkenaan kerana sedar akan tanggungjawab besar yang digalas bagi menggantikan arwh Siti Sarah yang sebelum ini merupakan pemilik serta wajah kepada produk Loveta.
“Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini. Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwh Siti Sarah. Arwh tinggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau. Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat. Saya berharap kehadiran saya akan membawa jenama Loveta ke peringkat yang lebih tinggi,” tutur Anzalna.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn. Bhd., Siti Fatimah Suberi yang juga ibu tiri Siti Sarah mendedahkan, pihaknya hanya meneruskan hasrat arwh yang mahukan Anzalna sebagai wajah jenama berkenaan. “Ketika mengadakan perbincangan memang ada beberapa nama artis lain, namun Anzalna adalah pilihan pertama dan saya terus bertanya kepadanya tanpa pergi kepada artis yang lain terlebih dahulu. Selain meneruskan hasrat arwh, pemilihan Anzalna ialah hasil persetujuan semua pihak dalam syarikat dan dialah orang yang tepat untuk kempen terbaharu ini,” ujar Siti Fatimah. Menerusi kempen Loveta X Anzalna, Loveta memperkenalkan Anzalna Shawl yang merupakan shawl semi instant tampil dengan 11 koleksi warna menarik. Sumber – K! ONLINE
Anzalna Dedah Tak Dapat Turun Beri Bantuan Gara Gara Kesihatan Tak Mengizinkan. Sekali Warganet Teka Anzalna Nasir Berbadan Dua.
Selepas negara dilanda benc4na b4njir kilat baru-baru ini, ramai selebriti tanah air turun padang menghulurkan bantuan kepada mgsaaa terjejas. Rata-rata mereka menyalurkan bantuan dengan memberi barangan keperluan dan terlibat dalam proses pembersihan kediaman yang terjejas. Turut memerah keringat ialah Anzalna Nasir. Katanya, dia seb4k dan sayu melihat keadaan semasa rumah m4ngsa.
“Kebanyakan mgsaaa tinggal sehelai sepinggang. Saya bersyukur dapat sertai misi bantuan mgsaaa b4njir kerana derma duit sahaja tidak puas. Selepas ini tidak dibenarkan turun padang disebabkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan,” tulisnya. Selain rasa tidak puas menderma, ayat terakhir Anzalna turut mengundang tanda tanya sehingga ada yang mengandaikan pelakon itu sedang berbadan dua dan dihujani dengan ucapan tahniah.
“Allhamdullillah, Eidrees nak dapat adik ke tu?” soal seorang warganet. Jika benar andaian warganet, tahniahlah diucapkan dan jangan lupa berkongsi kepada peminat. Sumber : kosmo
Sampaikan Termimpi Arwh. Anzalna Kongsi Rakaman Shooting Loveta Kali Ni Sangat Menyentuh Hatinya.
Pelakon Anzalna Nasir dipilih sebagai wajah kepada koleksi terbaharu jenama tudung milik Allahyarhamah Siti Sarah, Loveta. Perkara tersebut terjawab apabila bekas finalis Dewi Remaja 2020 itu berkongsi mengenai hal berkenaan di Instagram, pada Rabu. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia ada menerima tawaran sama sejak mengenakan tudung pada September lalu, namun jenama Loveta memberi pengertian tersendiri kepada dirinya.
“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna. Selain dari material/design tudung yang mudah disarung, Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah @sitisarahraissuddin iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga,” tulisnya. Anzalna turut mendedahkan, dia pada awal turut bertanya mengenai pelawaan tersebut kepada suaminya, Hanif Zaki.
“Masa team @lovetahq text dan tanya untuk kerjasama ni Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah @sitisarahraissuddin. Banyak kali Anzalna tanya pendapat @hanif_zaki. Anyway ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwh. Al- fatihah buat arwh,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Anzalna turut menukilkan dedikasi mengenai penggambaran video yang dimuat naik. “Mungkin terlalu banyak kali repeat tengok video shooting @lovetahq dengan alunan lagu dari arwh @sitisarahraissuddin sampai termimpi arwh. Al-fatihah. Tapi sekejap saja dia muncul. Satu tugas yang agak besar tetapi Anzalna percaya harini tolong orang semoga di waktu Anzalna susah ada yang datang tolong Anzalna. InsyaAllah,” tulisnya.
Dia turut menyifatkan satu-satunya anak perempuan arwh, Dzahira Talita Zahra atau sinonim disapa Dekta sebagai kanak-kanak yang manja. “Dekta anak yang cantik, sangat manja, kelakar dan sangat kuat tetapi ada masa dia akan termenung. Had such a great time with her. Love you Dekta!,” jelas Anzalna. Difahamkan, video penuh kerjasama berkenaan akan dilancarkan 5 Januari depan. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini. Sumber : Media Hiburan via
Post a Comment