Zarina Zainuddin dedah madu hadiahkan set gelang berlian. Tapi ada sesuatu yang buatkan Zarina takut nak pakai.

Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan bahawa madunya terlalu baik kerana menghadiahkan set gelang bertatahkan berlian sempena hari kelahirannya pada dua tahun yang lalu.

Zarina Zainuddin dedah madu hadiahkan set gelang berlian. Tapi ada sesuatu yang buatkan Zarina takut nak pakai.



Dapat hadiah set gelang berlian


ARTIKEL MENARIK:Aishah menangis dapat kirirman WhatsApp pada 25 December




Menurut pelakon berusia 51 tahun ini, dia berterima kasih kepada madunya kerana memberi hadiah yang sangat bermakna buat dirinya dan berasa sayang untuk memotong gelang berkenaan. Dalam pada itu, Zarina turut menyatakan bahawa lebihan daripada potongan gelang tersebut telah jadikan sebagai cincin.

Terima kasih maduku Datin Sri Noorhasimah bagi hadiah set berlian. Sebenarnya gelang ni dah lama dah saya dapat masa birthday saya 2 tahun lepas. Saya sayang nak potong. Saya simpan lama-lama, suami saya kata tak baik simpan lama-lama kakak dah bagi tu pakailah. Ujarnya lagi, dia tidak gemar untuk memakai barang kemas serta lebih memilih untuk memakai jam tangan kerana berasa rimas dan hanya memakai barang-barang kemas tersebut jika ada majlis yang perlu dihadiri olehnya.

Saya ni bukan jenis suka barang kemas. Saya rimas lagipun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan. Saya pakai bila semalam ada function tu je. Kalau jam saya suka. Terima kasih Datin Sri barang mahal-mahal ni takut nak pakai. Madu saya cantik kulit putih melepak pakai barang kemas pun nampak manis. Saya bila pakai syok sendiri je. Sumber : zarinazainuddin_ & Oh bulan

Gara Gara Rakam Video Senaman Sambil Melompat. Kini Zarina Zainuddin Dedah Ditegur Oleh Suami.

Pelakon, Zarina Zainuddin mended4hkan dia ada menerima tergvran dari suami susulan satu video yang dikongsi di Instagram. Menurut Zarina, tegvran tersebut berkaitan dengan r4kaman video dia sedang bersenam sambil melompat bersama anak lelakinya, Azal.


“Assalamualaikum Selamat pagi Khamis. Semuga Allah permudahkan segalanya dalam hidup kita semua. amin. Semalam saya dapat tegvran dari suami tentang video saya excersize lompat lompat dalam bilik dengan azal. Suami cakap kita hidup dalam masyarakat, semua nak kena jaga. Akaun IG saya dipntau oleh suami dan anak-anak termasuk anak buah saya. Mereka ada id IG saya kalau dirasa tak sesuai dorang terus deIete,” tulisnya.

“Saya hidup dikelilingi anak-anak lelaki dan anak buah saya pun lelaki, ramai betul bodyguard saya ni. Tak tercapai akal saya untuk berfikir sejauh mereka walaupun saya dah tua tq,” tulisnya lagi.

Komen Warganet:



Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun. Sumber:MH

Mempersoalkan Cara Jaga Anak Istemewa.Pelakon Zarina Zainuddin Meluahkan Rasa Kecewa.

KUALA LUMPUR : Pelakon, Zarina Zainuddin,51, meluahkan rasa kecewa kerana sehingga sekarang masih ada kalangan warganet yang mempersoalkan caranya menjaga anak-anak istimewanya yang menghidap autisme.

Menurut Zarina, dia berpendirian bahawa setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam membentuk, mendidik dan menjaga anak dan urusan itu tidak seharusnya perlu dilakukan dengan cuma menuruti kata orang.

“Anak saya, sayalah jaga. Saya lebih kenal anak sendiri. Makan minumnya saya jaga dari kecil, didik dia, setiap orang itu berbeza cara hidupnya. Kenapa nak suruh saya kena buat macam itu, buat macam ini?

“Cara saya, sayalah jaga. Cara kita tak sama. Saya tak nak hidup sebab nak tunjuk pada orang yang diri ini baik. Semua Allah SWT yang nilai, bukan manusia. Zahir saja manusia nampak, baik buruknya kita sendiri yang tahu,”katanya.


loading...


Zarina berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagram (IG) hari ini.

Terdahulu, Zarina berkongsi sebuah video ringkas di IG dengan memaparkan anaknya, Azil dan usaha untuk membawanya ke kedai gunting rambut hari ini bagi merapikan diri.

“Azil sudah 25 tahun dan sudah dewasa. Selalu saya cakap padanya, Allah SWT sayang Azil. Dia tiada dosa dan tak boleh berkata. Azil tak boleh berfikiran macam orang lain selain tiada nafsu macam orang lain.

“Selalu orang cakap jangan cium anak itu, dia pun ada nafsu. Tapi Azil tak ada pun macam itu. Kadangkala dia mandi pakai tuala depan tutup, belakang nampak. Belakang tutup, kadang depan nampak. Kalau dia sedang mengamuk, dia buka saja.

“Orang gaji saya pun sudah berhenti. Apa pun alasan dia berhenti, saya terima seadanya,”katanya.

Dalam pada itu, Zarina juga berpendapat dia lebih selesa untuk menjadi diri sendiri selain bimbang untuk bergaul dengan orang yang mula menilai dirinya.

Sebagai seorang manusia, kata Zarina, dia tentunya sentiasa mencuba memperbaiki diri dan kelemahan diri perlahan-lahan.

“Namun saya berterima kasih kepada semua yang memberi teguran. Cuma jangan tegur saya di IG, saya akan padam dan sekat. Nak tegur sila mesej di ruangan peribadi atau DM, saya akan cuba perbaiki.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang semua,”katanya.

Untuk rekod, Zarina adalah ibu kepada pasangan kembar autisme, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal). Sumber: Utusan Malaysia

Dulu Tengok Muka Dia Pun Tidak Sanggup Nak Terima. Kini Ibu Anggap Anak Istimewa Anugerah Terindah.

VIDEO keletah anak syurga yang berusia setahun tiga bulan ini sering dikongsi oleh ibunya menerusi aplikasi TikTok.

Selain telah mengumpul hampir 200,000 pengikut, video-video mereka turut meraih jutaan tontonan di platform berkenaan.Menurut Azmanina Azihan atau Chibby, 23, anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu.

Imbas Chibby, dia menerima perkhabaran bahawa bayi sulungnya itu menghidap slndrom d0wn ketika kandungan berusia tujuh bulan.

Biarpun sukar menerima hakikat pada awalnya, Chibby reda dengan ketentuan takdir dan menganggap si comel yang mesra disapa Hessa itu sebagai anugerah terindah dalam hidupnya.

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D) ketika kandungan berusia tujuh bulan. Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom slndrom d0wn, jantungnya juga ada masalah.

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap slndrom d0wn. Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.

Video: Tiktok @yawhessaaa


Hessa kini berusia setahun tiga bulan.

“Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia. Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,” ujarnya kepada mStar.


Anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki.

Bercerita lanjut, Chibby bersyukur apabila dia meraih banyak sokongan netizen sejak berkongsi video keletah anaknya menerusi TikTok.

Selain itu, ramai ibu muda termasuklah yang mempunyai anak slndrom d0wn turut menghantar mesej dan bertanya pelbagai soalan kepadanya.

Dalam pada itu kata Chibby, dia turut berdepan situasi yang mana ada segelintir individu yang ‘bercakap-cakap’ mengenai keadaan anaknya itu.


Chibby bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

“Di TikTok, ramai yang mesej minta pendapat dan kata-kata semangat dengan saya kerana mereka tengok saya positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu. Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.

“Awal-awal dulu ada yang cari pasal, sekarang makin berkurang. Saya tak tahu sekiranya mereka tak takut kalau kata-kata tu berbalik semula kepada mereka,” ujarnya lagi.

Berkongsi khabar gembira, Chibby kini sedang hamil tujuh bulan dan bakal menerima cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Video pasangan ibu dan anak ini sering tular di TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, Chibby sudah empat tahun menjalankan perniagaan pakaian.

Ujarnya, dia tiada masalah menguruskan anak dan bisnes serentak serta berharap ibu di luar sana juga mampu melakukan perkara yang sama.

“Saya dah empat tahun jual baju, sejak belum kahwin lagi. Dari bujang sehinggalah dah ada anak. Memang susah nak handle dua-dua. Tapi kita kena cari duit lebih pada musim pandemik.

“Alhamdulillah, masih ada permintaan walaupun Covid-19 sedang melanda. Kalau ada ibu-ibu yang nak buat bisnes, anak bukan alasan. Ia merupakan kehendak sendiri. Yang penting kena pandai urus,” ujarnya yang turut memiliki saluran youtube sendiri. Sumber: Mstar viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post