Ungkit ‘Masa Lalu’, Suami Simbah Isteri Dengan Air Panas Sebelum Tikam Perut Sendiri

Kejadian di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Sabah pada Ahad lalu, sepasang suami isteri telah bergaduh kerana wang ringgit dan mengungkit masa lalu sehingga menyebabkan kecederaan berlaku.

Ungkit ‘Masa Lalu’, Suami Simbah Isteri Dengan Air Panas Sebelum Tikam Perut Sendiri





ARTIKEL MENARIK:“Minum Petrol Sebelum Keluar Rumah” – Rupanya Lelaki Dijilat Api Cuba Bakar Diri Sendiri?


Bertengkar sebab ada masalah kewangan




Superintendan George Abd Rakman, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu menyatakan orang awam telah membuat laporan mengenai pasangan suami isteri tersebut dan telah menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth I.

Punca kedua-kedua mangsa bergaduh kerana mengalami masalah kewangan sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera.



loading...


Ketika kejadian, mangsa sedang menjerang air di dapur dan berlaku pertengkaran antara keduanya.

Pertengkaran semakin buruk apabila mangsa mengungkit perkara lalu dan disebabkan gagal mengawal emosi, suspek mengambil cerek air berkenaan dan menyimbah ke arah mangsa sehingga terkena pada bahagian bahu dan tangan kiri mangsa.

Si suami kemudian mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan menikam perutnya sendiri.

Mangsa dikatakan baru sahaja berkahwin dengan suspek beberapa bulan lalu dan tidak memiliki anak. Namun, sebelum berkahwin dengan suspek, mangsa memiliki dua orang anak hasil dari perkahwinan pertamanya.

Sering ditendang dan ditampar

Pasangan suami isteri ini selalu bertengkar kerana memiliki masalah kewangan selepas suspek hilang pekerjaan.

Sepangjang berkahwin, suspek dikatakan sering ditendang dan ditampar oleh mangsa apabila bergaduh mengenai kewangan.

Kedua-duanya kini berada dalam keadaan stabil dan masih dalam rawatan.

Kredit: Awani viaOh! Media



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

أحدث أقدم