KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh senstiviti agama dan rakyat di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, sekiranya terdapat stesen televisyen yang melanggar garis panduan yang ditetapkan.
ARTIKEL MENARIK:‘Saya Akan Lebih Berhati-Hati’ – Ini Kata2 Zul Ariffin Mengenai Video Babak ‘Panas’
“Di bawah peraturan sekarang, kerajaan memberi kuasa penapisan bagi konten drama di peringkat stesen televisyen, yang mana mereka dikehendaki membuat pengawalan sendiri.
“Sekiranya kita mendapati stesen televisyen tidak menjaga garis panduan tertentu, terutama menyentuh hal agama, budaya, adat resam dan sebagainya, maka saya akan menyemak semula kemudahan itu dan kita akan menarik balik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar Tingkatan Enam dari Parlimen Ketereh, sempena program ‘Back To School’ , di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai video dimuat naik oleh seorang pelakon tempatan di laman sosial Instagramnya, yang memaparkan babak panas dipercayai adegan dalam sebuah drama yang belum disiarkan.
Annuar berkata kemudahan yang disediakan kerajaan di bawah kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), tidak sewajarnya diabaikan oleh syarikat televisyen sehingga tidak mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini.
“Kita memberikan kemudahan atas kepercayaan, semua stesen televisyen yang bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membuat drama terbabit, tetapi perlu wajib mematuhi garis panduan yang telah disiapkan.
“Bagi saya adegan yang tidak Melayu, tidak Islam sifatnya, yang menyinggung perasaan orang Melayu, orang Islam dan sebagainya ini, sebenarnya tidak perlu menunggu pihak kementerian menegur kerana kita perlu faham sendiri batas-batas dalam adegan tersebut, yang tidak bersesuaian,” katanya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau telah meminta pihak yang terlibat dalam drama terbabit, supaya memberi penjelasan secara bertulis sekiranya ia tidak memuaskan, drama itu tidak dibenarkan untuk disiarkan kepada umum.
Penularan video tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menerusi Facebook miliknya turut memaklumkan, akan menghubungi pihak terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara itu boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
Sementara itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan media semalam turut menjelaskan, adegan yang dipaparkan dalam drama itu tidak sesuai disiarkan malah tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen televisyen itu.
ANGKARA sikap gelojoh Zul Ariffin tanpa memikirkan sensitiviti dengan berkongsi video adegan kurang sopan di laman sosial, pelakon dan kru ditegur TV3 atas perbuatan itu.
Menerusi kenyataan kepada mStar, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan drama Perempuan Itu.
Tambahnya, adegan yang dipaparkan itu tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi.
Malah babak panas itu tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Sedutan babak panas Zul Ariffin tular di media sosial.
“Kami juga mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,” ujar kenyataan itu.
Pada malam Jumaat, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan.
Nama Zul Ariffin dan Erma Fatima trending di media sosial.
Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.
Bukan sahaja dikecam netizen, malah video itu turut menarik perhatian pendakwah termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Idris Ahmad yang turut menegur babak panas berkenaan.
Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.
Komen Zul Yahya Kepada TV3 Selepas Kenyataan Dikeluarkan
Selepas pihak TV3 mengeluarkan kenyataan tentang apa yang terjadi. Bekas selebriti, Zul Yahya turut meninggalkan komen di dalam posting TV3 tersebut.
“Dibulan ramadhan lebih baik tayangkan program2 agama dan kisah2 para sahabat r.a . dari tayangkan program hiburan atau drama2 yg banyak melalaikan. Pukul 7 hingga pukul 8 pun duk tayang drama lagi” – Zul Yahya
Semalam Zul Yahya juga ada membuat video untuk menegur Zul Ariffin tentang apa yang terjadi.
Sudah sememangnya apa yang berlaku amat memalukan terutama untuk umat Islam. Ramai netizen mengharapkan agar drama ini dibatalkan atau tanggukan penyiaran dari bulan Ramadhan.
— BERNAMA via
Post a Comment