SUSULAN babak panas Zul Ariffin yang tular baru-baru ini, pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf daripada aktor tersebut merupakan jalan terbaik untuk menjernihkan keadaan.
Sebagai rakan selebriti yang rapat, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia mendapat pengajaran daripada isu berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Adegan pan4s: Ini Amaran ker4s Menteri Komunikasi kepada syarikat televisyen
“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalahertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.
“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.
Ruhainies mohon peminat maatkan Zul
“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.
Pada Isnin, Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas teruk dikecam gara-gara membangkitkan kemarahan ramai dengan klip aksi panas.
Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.
Dalam pada itu, Ruhainies beranggapan bahawa tidak adil sekiranya hanya menuding kesilapan kepada satu pihak saja.
Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
Bagaimanapun, Ruhaines menegaskan dia tidak bermaksud untuk pertahankan aktor tersebut kerana apa yang berlaku tetap satu kesalahan.
“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
“Saya percaya, Zul akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.
Hubungan Ruhainies dan Zul dilihat semakin rapat selepas bergandingan menerusi drama bersiri berjudul Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 pada Jun tahun lalu.
Babak panas Zul Ariffin: ‘Salah tetap salah’
Kuala Lumpur: “Salah tetap salah, tetapi tekanan akibat persaingan dengan drama luar membuatkan pengarah drama tempatan terpaksa membuat sesuatu di luar batasan dengan harapan satu hari nanti mungkin penonton akan terima,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin.
Beliau mengulas mengenai kecenderungan pengarah tempatan menghasilkan drama berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta aksi lucah yang melampau.
Sabtu lalu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon terkenal, Zul Ariffin mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video memaparkan beberapa babak panas dalam drama terbaharu lakonannya.
Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa dan antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.
Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.
Berikutan itu, dia menerima kecaman netizen menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad tampil menegur dan mengakui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama Perempuan yang dikongsi pelakon itu yang disifatkan sebagai melampaui batas.
Dr Noor Nirwandy berkata, apa yang dilakukan pengarah drama filem tempatan sekarang adalah membawa unsur ketamadunan dalam karya mereka.
“Bagaimanapun, ia perlu dinilai semula kerana bercanggah dengan nilai sosial dan budaya negara.
“Dalam masa sama kita perlu faham, drama tempatan dalam usaha bersaing dengan produk hiburan barat yang dengan jelas memonopoli hiburan negara.
“Apabila berlaku persaingan sebegini, kecenderungan pengarah sekarang menghasilkan sesuatu karya yang bercanggah dengan nilai murni, agama dan adat kita sebagai sebuah negara Islam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, penggiat seni melihat elemen di luar tabii itu mampu menyaingi industri hiburan dalam negara.
“Ini sesuatu yang harus diperbetulkan, kita tidak mahu industri hiburan negara terperangkap dalam perlumbaan yang salah ini dan menjejaskan identiti negara.
“Peranan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) serta agensi berkepentingan negara lain perlu dalam mencari jalan meningkatkan ketamadunan masyarakat khusus generasi muda menerusi penghasilan drama tempatan bermutu tinggi,” katanya.
Mengulas mengenai penerimaan penonton tempatan mengenai aksi melampau dalam drama luar negara, Dr Noor Nirwandy berkata, apa yang salah tetap salah apabila perkara itu tidak ditegur dan menjadi kebiasaan.
“Ini bahaya, ada bagusnya juga apabila masyarakat tampil menegur dan mengecam apa yang negatif sebelum menjadi barah yang merosakkan industri hiburan negara.
“Dalam masa sama, penonton tempatan juga tidak boleh mengecam semata-mata tetapi dalam masa perlu menyokong drama tempatan yang ada kualiti.
“Kita perlu faham, industri hiburan ini terlampau kompetitif sehingga kita terpaksa mengikut corak hiburan barat, inilah yang perlu diperbetulkan,” katanya.
sumber: mstar Menerusi video terbabit, Zul dilihat melakonkan beberapa babak panas dengan pelakon baru, Siti Hariesa dan antara yang mencuri perhatian adalah ketika Zul merangkul badan Hariesa dan menggendong wanita itu dari depan.
Tidak hanya itu, terdapat juga babak agak mengghairahkan ketika Hariesa menyuapkan ‘whipped cream’ ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.
Berikutan itu, dia menerima kecaman netizen menyebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad tampil menegur dan mengakui kecewa dengan paparan klip video ‘teaser’ drama Perempuan yang dikongsi pelakon itu yang disifatkan sebagai melampaui batas.
Dr Noor Nirwandy berkata, apa yang dilakukan pengarah drama filem tempatan sekarang adalah membawa unsur ketamadunan dalam karya mereka.
“Bagaimanapun, ia perlu dinilai semula kerana bercanggah dengan nilai sosial dan budaya negara.
“Dalam masa sama kita perlu faham, drama tempatan dalam usaha bersaing dengan produk hiburan barat yang dengan jelas memonopoli hiburan negara.
“Apabila berlaku persaingan sebegini, kecenderungan pengarah sekarang menghasilkan sesuatu karya yang bercanggah dengan nilai murni, agama dan adat kita sebagai sebuah negara Islam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Menurutnya, penggiat seni melihat elemen di luar tabii itu mampu menyaingi industri hiburan dalam negara.
“Ini sesuatu yang harus diperbetulkan, kita tidak mahu industri hiburan negara terperangkap dalam perlumbaan yang salah ini dan menjejaskan identiti negara.
“Peranan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) serta agensi berkepentingan negara lain perlu dalam mencari jalan meningkatkan ketamadunan masyarakat khusus generasi muda menerusi penghasilan drama tempatan bermutu tinggi,” katanya.
Mengulas mengenai penerimaan penonton tempatan mengenai aksi melampau dalam drama luar negara, Dr Noor Nirwandy berkata, apa yang salah tetap salah apabila perkara itu tidak ditegur dan menjadi kebiasaan.
“Ini bahaya, ada bagusnya juga apabila masyarakat tampil menegur dan mengecam apa yang negatif sebelum menjadi barah yang merosakkan industri hiburan negara.
“Dalam masa sama, penonton tempatan juga tidak boleh mengecam semata-mata tetapi dalam masa perlu menyokong drama tempatan yang ada kualiti.
“Kita perlu faham, industri hiburan ini terlampau kompetitif sehingga kita terpaksa mengikut corak hiburan barat, inilah yang perlu diperbetulkan,” katanya.
sumber: mstar via
Post a Comment