Tular pesawat China Eastern terhmpas, Kini pengguna Twitter dikritik gara gara sebak rakaman terakhir

Tular semalam satu khabar yang sangat tersentuh setelah pesawat China Eastern Airlines jatuh terhempas di salah satu lokasi pedalaman bandar Wuzhou, Guangxi, China.

Tular pesawat China Eastern terhmpas, Kini pengguna Twitter dikritik gara gara sebak rakaman terakhir



Kejadian yang melibatkan pesawat jenis Boeing 737 telahpun mengakibatkan kebkran di hutan kawasannya. Setakat ini, masih belum ada lagi khabar yang melaporkan sebuah kejadian yang tidak diingini berlaku.

ARTIKEL MENARIK:Kisah ayah Tangmo jual kereta dan rumah demi dapat hak jaga anak buat ramai tersentuh


Malah setakat yang dijelaskan, pesawat yang membawa seramai 123 penumpang dan termasuk 9 anak kapal itu sedang menuju ke Guangzhou dari Kunming. Turut berdukacita, ramai yang tampil luahkan rasa simpati dan sebak, lebih-lebih lagi tular rakaman CCTV yang jelas kelihatan sebuah pesawat tersebut jatuh menjunam yang ditularkan di laman media sosial. “Saya tidak rasa ada yang selamat dalam situasi sebegini,” ujar seorang pengguna Twitter. Namun, ada yang mengambil kesempatan untuk meraih perhatian dengan memuat naik rakaman palsu yang dikatakan sebagai rakaman yang dirakam daripada dalam pesawat sebelum terhempas.


“Sebuah pesawat Boeing 737 baru sahaja terhempas di selatan China. Ini merupakan momen terakhir yang dirakam dalam pesawat. Mungkin satu-satunya momen,” tulisnya di Twitter. Begitupun, ramai yang menzahirkan rasa marah ke atas pengguna Twitter berkenaan dan segera berkongsi fakta sebenar di sebalik video tersebut. “Hentikan sebar video palsu. Pesawat (dalam video) tak sama langsung dengan China Eastern. Ia merupakan pandangan sayap Ethiopian Airlines. Dan ia merupakan rakaman flight simulator. Henti sebar video palsu,” tegas seorang warganet. Menerusi tinjauan, laman web China Eastern Airlines tampil tanpa warna sejak berita terhempasnya pesawat Boeing 737 itu dilaporkan media. Sumber, Gempak


Polis mengklasifikasi kes pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth sehingga mengorbankan seorang juruterbang sebagai mati mengejut. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan terperinci berkaitan nahas tersebut bagaimanapun masih dijalankan dan polis akan mengambil keterangan daripada seorang lagi juruterbang yang selamat dalam nahas berkenaan.

“Keterangan daripada juruterbang yang terselamat masih belum diperoleh kerana beliau masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini pada Khamis. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ramli Din.

Dalam kejadian pada malam Selasa, Kapten Mohamad Affendi, 31, pergi buat selamanya apabila pesawat TUDM yang dinaikinya terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Butterworth. Seorang lagi iaitu Mejar Mohd Fareez Omar, 33, mengalami kecederaan dan kini dirawat di SHJ dan dilaporkan stabil. Nahas berlaku kira-kira jam 10.07 malam ketika kedua-dua juruterbang itu sedang melakukan latihan penerbangan (Night Flying). Jasad Allahyarham Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang pada malam Rabu. Sumber, Sinar harian

Pesawat Sriwijaya Air Indonesia dikhuatiri terhempas. Sebuah pesawat Sriwijaya Air Indonesia dikhuatiri terhempas ke laut selepas pesawat Boeing 737 itu terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara di ibu kota Jakarta, dengan data pengesanan penerbangan menunjukkan jet itu menjunam ke laut hanya empat minit selepas berlepas. Tidak jelas berapa ramai penumpang dan anak kapal yang menaiki Boeing 737-500, yang memiliki kapasiti sekitar 130 orang, ketika meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta petang tadi.

Waktu penerbangan yang biasa adalah sekitar 90 minit di Laut Jawa antara pulau Jawa dan Kalimantan, wilayah pulau Borneo di Indonesia. Data dari FlightRadar24 menunjukkan pesawat mencapai ketinggian hampir 11,000 kaki (3,350 meter) sebelum jatuh ke 250 kaki. Ia kemudian terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara. “Penerbangan Sriwijaya Air # SJ182 kehilangan ketinggian lebih dari 10.000 kaki dalam masa kurang dari seminit, kira-kira 4 minit selepas berlepas dari Jakarta,” kata agensi pengesan itu di akaun Twitter rasminya.

Penyiar, Kompas TV memetik nelayan tempatan menyatakan mereka telah menemui serpihan berhampiran pulau-pulau di luar pantai Jakarta, tetapi tidak dapat segera disahkan sebagai milik jet yang hilang. Kementerian pengangkutan Indonesia menyatakan, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu. “Sebuah pesawat (Udara) Sriwijaya dari Jakarta ke Pontianak (di pulau Borneo) dengan tanda panggilan SJY182 telah kehilangan kontak,” kata jurucakap kementerian, Adita Irawati. “Ia kali terakhir menghubungi pada 2:40 pm (0740 GMT).”

Syarikat penerbangan tambang rendah itu, yang mempunyai sekitar 19 jet Boeing yang terbang ke destinasi di Indonesia dan Asia Tenggara, menyatakan hanya pihaknya yang menyiasat kehilangan hubungan. Badan mencari dan menyelamat Indonesia dan Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional juga sedang melakukan penyelidikan, kata Irawati. Pada Oktober 2018, 189 orang maut ketika pesawat Lion Air Boeing 737 MAX terhempas di Laut Jawa, kira-kira 12 minit selepas berlepas dari Jakarta dengan penerbangan rutin mengambil masa sejam. Kejadian itu – dan penerbangan pergi buat selamanya seterusnya di Ethiopia – menyaksikan Boeing didenda AS$2.5 bilion (RM10.08 bilion) atas dakwaan ia menipu pengawal selia yang mengawasi model 737 MAX, yang dilarang terbang di seluruh dunia berikutan dua kejadian yang melibatkan nyawa itu. Sumber, Berita harian




Kenapa ‘burung besi’ Indonesia sering terhempas. Tragedi pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Kepulauan Seribu pada Sabtu lalu mengimbau semula memori pahit tentang nahas industri penerbangan di Indonesia. ‘Burung besi’ yang terhempas di sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang itu dikhuatiri mengorbankan kesemua 62 penumpangnya yang terdiri dari 12 anak kapal dan 50 penumpang. Sebelum itu, nahas besar juga menimpa pesawat Lion Air dengan nombor penerbangan JT610 yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang pada 29 Oktober 2018. Lapor Bloomberg dalam artikel bertajuk ‘Jet Crash Adds to Long List of Aviation Disasters in Indonesia’, terdapat dua faktor utama yang menyebabkan pesawat sering terhempas di negara ini. Faktor cuaca buruk. Indonesia merupakan sebuah negara kepulauan paling besar di dunia dengan jumlah pulau yang boleh menyamai jarak dari London ke New York. Selain itu, Indonesia juga merekodkan fenomena kilat dan sambaran petir paling tinggi di Asia Tenggara. Lapor Bloomberg, bandar Bogor pernah mengalami ribut petir selama 322 hari dalam tempoh setahun pada 1988.

“Indonesia juga ‘kaya’ dengan gunung berapi yang masih aktif dan menghamburkan debu panas ke udara, sekali gus boleh menjejaskan enjin pesawat. Sebagai contoh, letusan Gunung Agung di Bali pada 2019 menyebabkan sejumlah penerbangan dilencongkan serta dibatalkan,” menurut laporan tersebut. Dalam kes Sriwijaya Air, pesawat itu juga ditangguhkan jadual penerbangannya selama sejam sebelum berlepas pada hari kejadian susulan hujan lebat.

Faktor komunikasi. Komunikasi menjadi faktor utama kedua mengapa pesawat Indonesia sering terhempas. Contohnya, tragedi yang menimpa pesawat AirAsia pada Disember 2014 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu gagal menangani halangan sistem ‘auto-pilot’ sehingga menyebabkan kapal terbang berkenaan terhempas di lautan. Gabungan faktor. Selain itu, agensi berita AP pula menyebut terdapat beberapa faktor lain yang mendorong nahas penerbangan di negara ini termasuk kombinasi faktor ekonomi, sosial dan geografi. Kemunculan syarikat penerbangan tambang murah bak cendawan tumbuh selepas hujan di Indonesia menjadi antara faktornya. Hal ini kerana, masih banyak wilayah di negara ini yang tidak memiliki infrastruktur penerbangan yang mencapai standard.

“Industri ini mempunyai pengawasan yang tidak menyeluruh ketika industri penerbangan tambang murah mula berkembang di Indonesia,” jelas laporan AP. Sejak 1945, terdapat 104 nahas udara sivil di Indonesia dan merekodkan 2,301 kehilangan iaitu terbanyak di Asia dan pada kedudukan kelapan di dunia. Namun, AP menegaskan bahawa industri penerbangan di Indonesia ketika ini sudah semakin baik. Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA)  mengkategorikan keselamatan industri penerbangan Indonesia sebagai kategori satu pada 2016 yang menunjukkan negara ini mematuhi piawaian keselamatan organisasi penerbangan sivil antarabangsa.

Kesan pandemik CvdI9. Channel News Asia dan New York Times pula mengaitkan pandemik CvdI9 sebagai antara faktor industri penerbangan Indonesia tidak mencapai standard keselamatan antarabangsa. Lebih separuh pesawat milik syarikat itu ‘direhatkan’ dari penerbangan kerana faktor keselamatan, selain kerjasama penerbangan antara Sriwijaya Air  dan Garuda Indonesia sudah berakhir pada 2019. New York Times melaporkan kebanyakan anak kapal dan juruterbang syarikat penerbangan tambang murah termasuk Sriwijaya Air tidak puas hati kerana gaji mereka dipotong dengan jumlah terbang bulanan rendah sepanjang pandemik. Sumber: Utusan Malaysia


Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post