Berang Kepala Botak Isteri Jadikan Lawak, Will Smith T4mpar Chris Rock Ketika Live Oscars Buat Ramai Terkejvt

Nama pelakon antarabangsa, Will Smith dan Chris Rock kini sedang trending di media sosial.

Berang Kepala Botak Isteri Jadikan Lawak, Will Smith T4mpar Chris Rock Ketika Live Oscars Buat Ramai Terkejvt



Menerusi Twitter, tular video menunjukkan insiden yang menyebabkan nama mereka menjadi sebutan. Insiden tersebut berlaku di atas pentas Academy Awards yang sedang berlangsung ketika ini.

ARTIKEL MENARIK:Suami Mahu Cer4i Dengan T4lak Tiga Tapi Dilar4ng M4hkamah! Ini Selebriti Yang Pernah Bercer4i Lebih Sekali


Rakaman menunjukkan Will Smith berjalan ke atas pentas menghampiri Chris Rock dan terus menumbuknya!

Ramai netizen tertanya-tanya sama ada ia merupakan lakonan atau gimik semata-mata atau memang kejadian yang tidak disangka.

Menurut Independent, selepas menumbuk Chris Rock, rakaman turut menunjukkan Will Smith menjerit ke arahnya dari kerusi tempat duduk,

Jangan sebut pasal isteri aku”

Selepas menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik dan ketika itu dia telah membuat jenaka tentang penampilan isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith yang kini botak.

Bagaimanapun, Jada dilaporkan tampil botak bukan kerana fesyen atau suka-suka sebaliknya dia mempunyai masalah ‘alopecia’.

Selebriti lain dan penonton boleh didengari terkejut selepas melihat kejadian itu berlaku di atas sebuah pentas anugerah berprestij di Hollywood.
Will Smith menangis, minta maaf selepas tumbuk Chris Rock

Ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.

Sekalipun tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung, namun, Smith membuat perbandingan dengan karakter lakonannya dalam filem King Richard.

“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).


“Ini bukan soal saya memenangi anugerah,” kata Smith yang menerima penghormatan daripada seluruh penonton yang berdiri sambil bertepuk tangan kepadanya.
Menyambung ucapan, Smith berkata: “Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.




Pada pertengahan acara Oscar 2022 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Ahad malam (Isnin pagi waktu Malaysia), Smith mengejutkan seluruh dunia apabila dia ke pentas itu dan menumbuk selebriti Chris Rock secara tiba-tiba.

Insiden itu berlaku gara-gara Smith berang apabila Rock mempersenda isterinya, Jada Pinkett-Smith yang kini muncul dengan imej botak.

Sejurus selepas melakukan tindakan yang mengejutkan seluruh khalayak penonton, Smith turun dari pentas dan kembali ke tempat duduknya seraya menjerit ke arah Rock dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Bagaimanapun, penonton di rumah tidak berpeluang mendengar apa yang keluar dari mulut Smith berikutan audio disenyapkan.

Sumber: beautifulnara viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم