Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.30 petang tadi.
ARTIKEL MENARIK:“Ombak Dan Angin Terlalu Kuat Secara Tiba-Tiba..” Pantai Pulau Perhentian Buat Ramai Jadi Gerun
“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 35 tahun adalah seorang pegawai polis yang sedang berkhidmat di IPD Dang Wangi.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menembak dirinya sendiri di bahagian kepala menggunakan sepucuk pistol,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Eng Lai berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa jam 3.59 petang.
“Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
“Punca kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan polis. Kes ini diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut (SDR),” katanya.
Beliau berkata, pihak Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberi keterangan.
“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Foo Keat How di talian 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 untuk tindakan lanjut,” katanya.
Pegawai polis m4ut tmbak diri sendiri miliki prestasi kerja baik
Pegawai polis yang maut selepas dipercayai menembak kepalanya di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini, semalam, disifatkan sebagai pegawai berintegriti tinggi, mempunyai prestasi kerja yang baik dan disenangi rakan.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pegawai berusia 35 tahun itu pernah mendapat pujian daripada kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia dan menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara kerana menolak suapan.
“Pegawai polis berkenaan pernah ditawarkan RM10,000 bagi cubaan membebaskan seorang OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, pada Ogos tahun lalu.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan pegawai berkenaan tiada masalah berkaitan kerja dan sebelum ini dia ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul sebagai pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan kemudian ditukarkan ke IPD Dang Wangi tiga bulan lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani dokumen penerimaan semula pondok polis yang dibaik pulih oleh MRT Corp di Pondok Polis Batu 3, di sini.
Menurutnya, proses bedah siasat pegawai polis berkenaan akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Beh berkata, pegawai itu yang mempunyai seorang isteri dan dua anak, ditemui mati di rumah kawannya.
“Saksi adalah kawan kepada pegawai polis berkenaan, ketika kejadian ada kawan lelaki dan kawan perempuan dalam rumah yang didiami beberapa orang itu,” katanya.
Beh dilaporkan berkata, kejadian itu dimaklumkan pihaknya selepas Pusat Kawalan Ibu IPD Sentul menerima panggilan daripada sistem MERS 999 pada kira-kira 3.30 petang.
Semalam, seorang pegawai polis berpangkat Inspektor maut dipercayai menembak kepalanya dengan pistol dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini.
Sementara itu, Beh berkata, pondok polis yang diterima pihaknya itu akan beroperasi semula pada hari ini setelah tiga tahun ditinggalkan akibat pembinaan projek MRT.
Sumber: metro via
Post a Comment