Suami Hntar ‘Suprise’ Bunga Serentak Dgn SkandaI, Isteri Tahu Bila Runner Tanya Lokasi. Sekali Lain Pula Tindakan Isterinya

Tular kisah seorang isteri yang dikenali sebagai Nurul Sakinah telah mended4hkan kecvrangan suaminya secara tidak sengaja.

Suami Hntar ‘Suprise’ Bunga Serentak Dgn SkandaI, Isteri Tahu Bila Runner Tanya Lokasi. Sekali Lain Pula Tindakan Isterinya



Nurul Sakinah menerusi akaun TikTok miliknya memberitahu suaminya kant0i kerana telah membuat kejvtan dengan menghantar belon dan coklat serentak kepadanya dan sk4ndal.

ARTIKEL MENARIK:Sepupu Suami Beria Nk Jd Pengasuh Anak Aku. Kat Luar Berniqab Tp Dpn Suami Macam Ni Dia Pakai


Ia gara-gara selepas penghantar atau ‘runner’yang sepatutnya membuat kejvtan istimewa itu mended4hkan suaminya ada menghantar satu lagi tempahan kepada seseorang bernama ‘Aida Farhani’.

Pun begitu Sakinah memberitahu ia petvnjuk yang Allah kirimkan.
“B0doh kau tu simpan sikit…Bila Allah tu nak tunjuk sekejap je,” katanya.

Menerusi video TikTok tersebut, Sakinah memuat naik paparan skrin dari runner berkenaan serta bertindak membuang pemberian semuanya ke dalam tong sampah.

Meninjau ke ruangan komen, netlzen meluahkan rasa ger4m terhadap lelaki yang did4kwa cu.rang terbabit.

Selain itu, mereka turut memuji t1ndakan ‘runner’ yang tidak mahu bersvbahat men1pu isteri.

“Seller bijak, dia tak nak bersvbahat, jadi dia buat-buat tanya,” kata s4lah seorang netlzen.

“Bini cantik pun masih cari perempuan lain,” m4rah salah seorang netlzen.

“Sebijik macam drama, kenapalah lelaki susah nak setia?” soal seorang lagi netlzen.

Melihat kepada perkembangan terkini di akaun laman sosial tersebut, Sakinah memberi bayangan dia kini kembali solo.

“Being a single parent made me stronger than before,” tulisnya

Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik fotonya bersama seorang anak lelaki.

Kekuatan hadapi pasangan curang

PERKAHWINAN adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam. Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar untuk berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.

Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggung­jawab.

Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Ada yang mendapat perhatian media, tidak kurang juga yang sekadar berlaku dalam kalangan keluarga mahupun teman.

Walau apapun situasinya, kisah kecurangan pasa­ngan bukanlah isu enteng. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini.

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama, mengandung dan melahirkan zuriat buat suami tercinta, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa.




Ada yang mengetahui hubungan sulit suami menerusi panggilan telefon rakan dan kenalan, menemui bukti mereka keluar bersama, mengesyaki perubahan mendadak serta paling mengecewakan apabila menjadi saksi kedua-duanya bermadu asmara.

Justeru ramai isteri jadi bingung, hilang punca dan tertekan. Tambahan di mata keluarga, mereka selalu nampak serasi, jarang bertelingkah mahupun berselisih faham.

Menurut Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah, kebanyakan yang tergamak berlaku curang dalam perkahwinan adalah kaum suami. Fakta itu dijelaskan menerusi purata 10 kes kaunseling rumah tangga yang pernah dirujuk kepadanya.

“Kita boleh lihat lapan daripada 10 kes membabitkan kecurangan suami. Hanya dua kes yang menyebut mengenai kecurangan isteri. Hal ini lazimnya berlaku berikutan lemahnya pegangan agama dan pengaruh nafsu.

 

“Sebagai wanita, janganlah kita mudah lemah apabila berdepan situasi begini. Ada banyak langkah dan proses yang boleh dijadikan panduan demi menyelamatkan rumah tangga. Jika sekiranya hati tidak lagi berpaut kepada suami, wanita juga harus terus kuat menjalani kehidupan dengan penuh semangat dan keyakinan,” katanya.

TANYA DIRI

Apabila suami atau isteri sah berlaku curang di belakang pasangan, kumpul kekuatan untuk berdepan dengannya secara bijaksana. Ketepikan emosi dan cuba bersikap rasional.

Tanyakan kepada pasangan sama ada anda dan dirinya masih sesuai atau serasi bersama. Berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun pasangan. Lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau perlu mengalah saja.

Segelintir wanita atau lelaki sukar berbaik semula berikutan pasangan sudah menjalin hubungan sulit hingga tidur bersama. Apabila kecurangan melangkaui batas, eloklah bertemu pakar untuk mendapatkan kaunseling.

JALANI KAUNSELING

Ada isteri nekad berpisah. Tetapi masih ada juga yang bermurah hati menerima kesilapan suami demi anak-anak. Apabila anda berhasrat meneruskan hubungan, berjumpalah dengan pakar kaunseling untuk berbincang secara terbuka dan mendapatkan pandangan.

Menerusi kaunseling, anda boleh menganalisis, mengenal kelemahan, kekuatan dan kemampuan masing-masing. Dari situ, anda boleh melihat bahagian mana dalam diri dan hubu­ngan suami isteri yang boleh dibaiki.

Lazimnya, kes kecura­ngan berlaku kerana pegangan agama yang lemah, hidup yang sudah jauh daripada Maha Pencipta. Ketahuilah bahawa reda Allah SWT itu sangat penting dalam membina perkahwinan bahagia.

KONGSI MASALAH DENGAN IBU BAPA

Sebagai anak, ibu bapa adalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan meraih kembali sokongan sebelum bangkit semula. Nilai nasihat yang mereka beri sebaiknya. Ibu bapa yang bijaksana akan bersikap neutral. Mereka tidak akan mengapi-apikan hubungan anak-anak, sebaliknya memberi nasihat membina.

PERGI BERCUTI

Tenangkan fikiran dan cari semula kekuatan diri. Jika berkemampuan, pergilah mengerjakan ibadah umrah. Di sana anda boleh mengadu kepada Allah SWT sepuasnya, memohon keampunan-Nya, bermuhasabah diri, memikirkan kembali keputusan yang bakal diambil dan mencari ketenangan berharga.

Dalam tempoh ini juga, fikirkan kembali niat sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau berpisah. Jika hati nekad mahu bercerai, ambil tahu proses yang perlu dilalui sehingga semua selesai. Ambil kira hasil perceraian itu nanti termasuk emosi anak, kehidupannya dan perbelanjaan yang wajib dilunaskan mengikut persetujuan mahkamah.

Bagaimanapun jika bajet kecil, pergilah ke mana-mana destinasi dekat supaya anda boleh bertenang dan berfikir panjang. Di negara kita sendiri ada banyak masjid cantik yang menyediakan ruang solat Muslimat yang selesa untuk anda menyendiri dalam suasana selamat dan menenangkan.

KEMBALI KEPADA ALLAH SWT

Mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, menjalankan tanggungjawab dan suruhan Allah SWT serta berusaha meninggalkan larangan-Nya, pasti tidak terasa terlalu terbeban dengan mainan emosi.

Berbeza dengan suami atau isteri yang jauh dan lalai, mereka mungkin mengambil sedikit masa untuk kembali berikutan adanya pengaruh emosi dan nafsu. Namun, jika Allah SWT membimbing semula hati yang lalai ini, pastinya ia kembali menjadi baik.

Begitu juga apabila diri kembali sedar dengan kesilapan yang dilakukan, barulah mereka boleh membetulkan kembali persepsi terhadap perkahwinan, keluarga, isteri dan anak-anak.

Jelas Dr Robiah, memandangkan kes kecurangan banyak membabitkan kaum suami, adalah difahami bahawa perceraian selalunya ditimbulkan pihak isteri.

“Suami jarang menyebut soal cerai kerana mereka punya pilihan untuk berkahwin lagi dan menjalani hidup berpoligami. Ada lelaki yang memang sengaja mengelak daripada memulakan isu perceraian kerana tidak mahu dianggap jahat.

“Berbeza dengan wanita, mereka lazimnya mendesak perceraian kerana emosi. Kalau itu adalah keputusan yang terbaik, tidak mengapa. Tetapi harus diketahui bahawa ada banyak proses yang perlu diambil kira sebelum bercerai.

“Kita harap semua proses ini boleh membantu pasangan untuk bermuhasabah diri dan melihat perkara yang perlu diberi keutamaan, umpamanya anak. Jika anak rapat dengan bapa atau ibunya dan masih kecil, tak usahlah bercerai.

“Isteri yang menjadi mangsa pula perlu mendapatkan nasihat, pandangan dan bimbingan daripada pakar supaya tidak menghadapi tekanan yang akhirnya membawa kepada kemurungan,” katanya.

Tambahnya, selagi ada ruang untuk mencari nasihat, berbincang dan bertukar pandangan, pasangan digalakkan supaya mendapatkan bantuan sewajarnya.

“Emak ayah jangan mengungkit atau mencari kesilapan anak mahupun menantu. Beri nasihat yang boleh membantu perkahwinan anak, bukannya merosakkan hubungan mereka,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber/Kredit : Gempak / hiburan myr news viaTrending Sangat


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post