Setiap pasangan yang berkahwin pasti impi dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga.
Ada yang cepat dikurniakan zuriat, namun ada yang perlu menunggu bertahun lamanya untuk menantikan kehadiran cahaya mata.
ARTIKEL MENARIK:Kak Long Muncul Di Sogo, Individu Ini Tampil Ceritakan Apa Yg Anak Dia Buat
Sebut saja nama Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri pasti ramai mengenali usahawan kosmetik itu yang sememangnya cukup jelita.
Bagaimanapun, baru-baru ini Madammu menerima kecaman apabila ada yang menggelarnya mandul.
Malah, Madammu berkata menerusi DM Instagram, makcik bawang berkenaan turut menegurnya supaya jangan makan timun kerana kononnya sayuran itu punca sukar untuk mendapat zuriat.
Meskipun dihina sehingga digelar mandul, Madammu tetap tenang menjawab kecaman netizen itu serta sempat berseloroh apabila bercakap tentang pregnant fish.
Diruangan komen video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen memuji cara Madammu berdepan kecaman serta ramai mendoakan agar usahawan segera dikurniakan zuriat.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan duda anak tiga yang kematian isteri iaitu Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun.
Biodata Madammu (Eriyca Baiduri), Pengasas Noir, Penaja Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 (2022)
Siapa Madammu? Pemilik nama penuh Eriyca Baiduri Abd Rashid ini adalah pengasas kepada produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty.
Biodata
Nama sebenar: Eriyca Baiduri Abd Rashid
Nama komersial: Madammu
Umur: 32 tahun (2022)
Tarikh lahir: 19 September
Asal / Tempat lahir: Terengganu, Malaysia
Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik
Pendidikan: Diploma bidang Penjagaan Diri dan Ijazah Sarjana Muda jurusan Komunikasi Massa (universiti tempatan)
Kerjaya: Usahawan kosmetik
Instagram (IG): @eriyca.baiduri
Latar Belakang
1. Dibesarkan dalam kehidupan yang kurang berada oleh Normah Dollah, seorang ibu tunggal yang bergiat sebagai usahawan.
2. Ibunya adalah pejuang kanser limfoma tahap 4.
3. Kakaknya, Datin Dahlia Baiduri Abd Rashid, manakala adiknya, Dayana Baiduri Abd Rashid.
4. Berkahwin di usia muda dengan Muhammad Azri Che Noh dan kehidupan dengan suaminya itu dilengkapi tiga orang anak tiri.
5. Kini dikenali sebagai founder produk kosmetik, Noir Health & Beauty yang mula dipasarkan pada tahun 2017.
Fakta Menarik
1. Terkenal di media sosial kerana sering mengadakan sesi lintas langsung atau ‘live’.
2. Gemar berkomunikasi dalam loghat Pantai Timur.
3. Asalnya mengimpikan kerjaya sebagai seorang pembaca berita.
4. Dulu pernah bekerja dalam bidang perdagangan dan mengusahakan perniagaan restoran yang bertapak di Kuala Lumpur.
Fakta Noir Health & Beauty Sdn Bhd
1. Noir Health & Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berasaskan kecantikan halal dan premium, paling dikenali menerusi jenama Noir Beauty Essense.
2. Perniagaan ini bermula kecil-kecilan dengan hanya beroperasi dari rumah sewaktu peringkat awal.
3. Tidak hanya terhad kepada produk kosmetik, malah juga meliputi produk berbentuk kesihatan.
4. Pernah mendapat pengiktirafan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. Juga penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori Cosmetic and Skin Care Solution.
5. Memegang peranan sebagai penaja utama acara hiburan, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 pada 2022.
6. Madammu bergelar jutawan selepas tiga tahun mengusahakan bisnes ini.
kredit: rotikaya, https://iluminasi.com/ via
إرسال تعليق