Fesyen Baju Yang Di Pakai Aina Abdul Semasa Final AJL Jadi Perhatian, “Bunga Telang Nasik Kerabu”

Aina Abdul elak busana AJL 36 jadi parodi

Fesyen Baju Yang Di Pakai Aina Abdul Semasa Final AJL Jadi Perhatian, “Bunga Telang Nasik Kerabu”



Saban tahun fesyen ‘dramatik’ yang ditampilkan penyanyi bervokal mantap ini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) mencetuskan perbualan hangat dalam laman sosial.Untuk edisi ke-36 AJL, penyanyi Aina Abdul yang mempertaruhkan dua lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta, dendangan duet bersama Khai Bahar, enggan busana digayakan sekali lagi menjadi parodi atau perbandingan berbaur negatif.

ARTIKEL MENARIK:Neelofa umum pencen, tapi peminat tetap minta ramalan AJL36, tak sangka lagu ini yang Neelofa teka, paling mengejutkan siapa vokal terbaik

Sebaliknya, Aina berkata, busana yang bakal ditampilkan memberi perlambangan kepada lagu yang mahu didendangkan dan diharap sesuai dengan persembahannya kelak.

“Semestinya saya mahu orang bercakap mengenai pakaian saya. Tetapi kali ini, saya tak mahu busana saya menjadi parodi yang membawa kesan buruk atau perbandingan tidak baik.

“Kali ini, pakaian saya adalah perlambangan kepada lagu saya. Saya fikir orang masih akan bercakap mengenai pakaian saya, tetapi dari sudut baik.

“Sebab baju tiada membawa maksud berbeza daripada lagu saya.

“Saya harap orang ramai suka dengan pakaian saya dan doakan semuanya lancar. Tiada apa yang saya mahu selain persiapan dari kepala hingga ke kaki serta penyampaian vokal sesuai dengan busana.

“Saya harap busana itu juga sesuai dengan pengcahayaan dan elemen lain atas pentas kelak,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Aina tidak sabar beraksi di pentas AJL 36 yang bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 6 Mac depan.

Aina masih membuat persiapan rapi bagi menjayakan dua persembahan pada malam itu.

“Ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan seperti susunan lagu, busana, pencahayaan dan banyak lagi.

“Kalau boleh, saya mahu dua persembahan kelak datang dengan pakej lengkap dan dipersembahkan dengan sehabis baik.

“Saya juga buat persiapan mental. Bagi saya, suara akan ikut mental saya. Kalau mental lemah, suara saya pun boleh jadi lemah.

“Jadi, saya harap semua finalis berada dalam kesihatan yang baik daripada segi fizikal dan mental untuk AJL 36,” katanya.

Sementara itu, bertanya mengenai harapan membawa pulang trofi Vokal Terbaik, Aina berkata, dia hanya mahu memberi persembahan yang menggembirakan dan memuaskan hati sendiri, pasukannya dan peminat.

“Saya fikir semua peserta hanya mahu menyanyikan sesedap mungkin. Jadi, saya tiadalah meletakkan harapan dalam mana-mana kategori pun.

“Saya hanya mahu buat terbaik dan rasa puas. Turun saja dari pentas itu nanti saya mahu yakinkan diri saya, saya gembira dan puas dengan persembahan saya.

“Bukan saya sahaja, sebaliknya, pasukan dan peminat puas mendengar,” katanya.

“Tak Sabarnya Nak Tunggu Baju Aina Di AJL 36!” – Netizen Label Aina Abdul ‘Queen Of Fashion’ & Mula Teruja Dengan Gaya Fesyen Peliknya!

Ramai yang sudah mula teruja menanti penampilannya walaupun fesyen yang digayakan sedikit berbeza!

Seringkali menyarungkan rekaan busana yang serba ‘pelik’ terutamanya di acara karpet merah, baru-baru ini Aina Abdul, 29, sekali lagi menjadi ‘viral’ dengan fesyen yang digayakan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36) yang lepas.


1.jpg

Fesyen Aina Abdul malam Final AJL

Guys! Baju Aina guys! 🌸 #mstar #AJL36 pic.twitter.com/to7KbfrhEu

— mStar Online (@mstaronline) March 6, 2022




Aina Abdul sekali lagi menarik perhatian ramai pada malam final AJL. Busana yang bertemakan seperti pokok sangat menarik dan elegan digayakan oleh Aina.

Rata-rata netizen begitu teruja dengan fesyen baju Aina.

Ahahahhaha..dgn kasut tendang kuda dia…Mcm taman dh baju dia..kawat duri je takde.takut pulak tengok Khai Bahar terpijak bunga yg meleret tu..


Teringat abg askar yg menyorok dlm belukar standby tunggu nak tembak musuh, apapun comel mcm mask singer

aduhaii .. tema ‘pokok bunga hutan’ agaknya pakaian dia mlm ini .. dedaun kering dan kasut zaman batu..


Naseb baik ade aina abdul,pertahankan hutan mlysia yg semakin gondol

love!! sbb fashion yg dibawak Aina Abdul bukan semua majlis boleh bwk.. so be different from others…


Kesian Khai Bahar duet dengan sarang burung tempua . Boleh tengok muka khai tadi macam serba salah nak tengok mana 

Aina Abdul nyanyi x boleh gerak …. betul2 mcm pokok bunga wei …..


Love pale kakek kamu min, kalau pakcik ade situ dh lama pakcik bentes kaki dia dr blkg..

Mcm sek tadika dulu2,,,budak2 dok jadi bunga matahari,bunga rose kan..buat persembahan atas pentas..


Sumber Mstar/RJ viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post