Neelofa umum pencen, tapi peminat tetap minta ramalan AJL36, tak sangka lagu ini yang Neelofa teka, paling mengejutkan siapa vokal terbaik

PETALING JAYA – Masih lagi dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulung, Muhammad Bilal hujung Januari lalu, selebriti dan usahawan jelita, Neelofa tetap setia memberikan ramalan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang bakal berlangsung malam ini.

Neelofa umum pencen, tapi peminat tetap minta ramalan AJL36, tak sangka lagu ini yang Neelofa teka, paling mengejutkan siapa vokal terbaik



Apa yang mencuri tumpuan dan membuatkan orang ramai tertawa adalah ramalan pemilik nama lengkap, Noor Neelofa Mohd. Noor untuk kategori vokal terbaik.

ARTIKEL MENARIK:Tiga Hari Bergelar Suami, Safwan Nazri Rasa Janggal Serumah Dengan Isteri, “Rasa Pelik Juga Sekarang Ini Ada Isteri Apabila Bangun Tidur“



“Vokal terbaik, Tangisan Bilal (sambil menyertakan emoji wajah dengan air mata kegembiraan),” seloroh Neelofa, 33 menerusi Twitter.


Menerusi ciapan sama, bekas pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun dengan serius meramalkan bahawa kejutan akan dilakukan Marsha menerusi lagu Cinta ciptaan pasangan suami isteri, Stacy Anam (Bunga Cantik) dan Akim Ahmad (Hang Nadim) untuk kategori vokal terbaik.

Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu turut meramalkan dua lagu berpotensi besar untuk merangkul kemenangan malam ini iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa dendangan Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah.


Tahun lalu, Neelofa meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul sebagai juara AJL ke-35 namun lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi itu hanya sekadar menduduki tempat naib juara.

Pada edisi ke-34, ramalan Neelofa mengena apabila lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel diangkat sebagai juara keseluruhan.

Malam ini, 12 buah karya terbaik negara akan berentap untuk AJL36 iaitu Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Salahku (Yonnyboii), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha).


Sementara itu, Aina Abdul turut bertanding menerusi dua buah lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta (duet bersama Khai Bahar).

Antara komen2 netizen,

InsyaAllah juara @AJL36, #mimpi @HaqiemRusli . Lagu ni ada extra magic feeling. Lagu special sebegini bukan selalu wujud. Inilah ketikanya lagu yg tepat terpilih. Harap segalanya berjln lancar dan dipermudahkanNya. Aamiin.


Waduh waduh, gigih pergi seacrh tangisan bilal tu lagu apa. Kelakar laa.


Apabila kak lofa berprediction..haha. sy pon rasa pelukan angkasa akn menang xpun no2/3..






Hahaha confirm bilal menang ni.. kalau abah yang masuk AJL lagu markaz tijaari tu abah pun menang.


 

loading jap lagu ape eh kat ajl tangisan bilal,lepas 10 saat bru faham.


Sumber Mstar. viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post