Wanita yang tular dengan panggilan Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengejek orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.
Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.
ARTIKEL MENARIK:Kepala Anak Cedera Hari Pertama Tadika, Bapa Terkilan Cikgu Hanya Minta Maaf, Tak Tanya Khabar
“Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.
“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.
“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.
Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.
“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia.
“Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.
“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.
Justeru, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.
“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.
“Kaklong nak berehat seketika. Korang, Kaklong doakan semoga sihat- sihat selalu. Lupakanlah Kaklong. Kita bukan siapa- siapa,” coretnya.
Status Terakhir Kak Long Sebelum Hilang Dari Radar
Kisah Kak Long yang turut mengusahakan perniagaan kosmetik di Dungun, Terengganu itu mula menjadi sorotan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.
Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.
Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan-akan cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.
Seorang jurutera mekanikal membuat laporan polis berhubung t.indakan seorang wanita merakam video membuat mimik muka seolah-olah memperl.ekehkan orang kurang upaya OKU.
Pengadu, Khairull Hafiz Ismail, 42, berkata, dia melihat video itu ketika berada di rumahnya di Taman Puchong Utama, Puchong, di sini, pada 11.30 malam tadi.
“Beberapa bulan lalu, Senator Ras Adiba Radzi ada membuat laporan polis terhadap dua individu yang mengh.ina OKU, namun masih ada segelintir individu tidak mengendahkan perkara ini.
“Sebagai individu tergolong dalam kumpulan OKU, saya merasa tidak puas hati dengan ti.ndakan wanita itu kerana ia adalah satu penghi.naan kepada OKU.
“Disebabkan itu, saya membuat laporan polis sebagai satu peringatan kepada kita semua supaya saling menghormati dan tidak mengh.ina bukan sahaja terhadap golongan OKU, tetapi antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.
“Kami menerima laporan daripada pengadu yang terkesan dengan satu hantaran video dimuat naik pemilik akaun Facebook bernama Hafiz Shukri berkaitan seorang wanita, Wan Noor Baizura atau dikenali sebagai Kak Long Dungun.
“Dalam video itu, wanita terbabit membuat mimik muka serta berperwatakan seperti OKU seolah-olah memperl.ekehkan golongan berkenaan.
“Menurut pengadu yang juga OKU fi.zikal, dia tidak berpuas hati dengan hantaran berkenaan dan membuat laporan polis untuk rujukan pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tiada Ucapan Menghin4
Abd Khalid berkata, pihaknya sedang menjalankan s.iasatan berhubung perkara itu untuk meneliti dengan lebih terperinci.
Beliau berkata, setakat ini, tiada ucapan menghi.na dibuat wanita terbabit, cuma mimik muka sahaja dan semakan akan dilakukan di semua daerah sekiranya terdapat laporan sama diterima
Sumber: FB Wan Noor Baizura via
Post a Comment