Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Identiti Driver Dlm Kereta Tarik Perhatian Ramai

Tak dinafikan, sejak kebelakangan ini penampilan isteri pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil langsing dan lebih bergaya.

Keluar Pejabat Agama Sambil Pegang Fail, Identiti Driver Dlm Kereta Tarik Perhatian Ramai



Serra keluar dari pejabat agama?

ARTIKEL MENARIK:“Tangmo…Tangmo Apa? Lantak Dia Dah M4ti!” – Ramai Melenting Bila Ustaz Kazim Elias Tegur Org Kita Suka ‘Lebih-Lebih’


Terbaru, Rossa ada memuat naik video memaparkan dirinya baru sahaja keluar dari sebuah bangunan yang dipercayai merupakan pejabat agama. Menerusi video pendek berlatar belakangkan lagu ‘Bertahan Terluka’ oleh Fabio Asher, kelihatan Serra yang mengenakan jubah berwarna hitam menuruni anak tangga menuju masuk ke sebuah kereta sambil di tangannya memegang sekeping fail.

Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah identiti si pemandu yang menjemput Sera. Ada di antara mereka mendakwa individu tersebut kelihatan seperti Shuk Sahar namun sehingga kini tiada imej yang jelas menguatkan dakwaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen masih tertanya-tanya mengenai status hubungan Serra bersama Shuk Sahar. Malah tidak kurang ada di antara mereka berharap agar Sera diberi kekuatan bagi menempuhi dugaan hidup selain diberi ketabahan dalam membesarkan anak-anak dan mengecapi kebahagiaan dalam hidup. Mereka juga mendakwa menghormati segala keputusan yang dibuat Sera.

Terdahulu, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Sebelum ini, Sera mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Komen netizen

Sera ke mahkamah syariah? Ini jawapan Shuk Sahar

Perkongsian sebuah hantaran oleh isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Sera yang dipercayai berkunjung di sebuah mahkamah syariah menarik perhatian netizen.




Menerusi hantaran video dalam Instagramnya, kelihatan Sera atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menuruni anak tangga sebuah bangunan dipercayai mahkamah dengan memakai pakaian serba hitam sambil membawa sebuah fail.

Dalam video tersebut, Sera turut menyelitkan kata-kata yang dijadikan latar belakang pada video tersebut yang berbunyi: “Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya.”

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan itu memberikan kata-kata semangat dan positif dengan memintanya untuk terus kuat mengharungi dugaan hidup.

Malah, tidak kurang juga terdapat segelintir pengikut menyokong tindakan Sera yang akhirnya memilih mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

“Moga Allah SWT permudahkan segala urusan Sera,” kata seorang pengikutnya.

“Sepatutnya daripada dulu. Tapi kerana masih sayang demi anak-anak. Bila bagi peluang masih tidak berubah. Hati wanita, sekali terguris, dalam lukanya,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Awak wanita yang kuat Sera,” komen seorang netizen.

Sementara itu, Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar sewaktu dihubungi Kosmo! Online untuk bertanyakan tentang perkara tersebut menafikan dakwaan bahawa isterinya telah ke mahkamah.

“Tidak adalah,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap berkelakuan curang dengan isterinya namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya.

Malah, Sera menerusi InstaStorynya sekitar Oktober tahun lalu mengatakan dia tidak kisah andai masyarakat menganggap dirinya meroyan berkenaan krisis rumah tangganya dan bersyukur diberi kekuatan dan bukti yang makin jelas daripada Allah SWT berdepan perkara tersebut.

Sera meluahkan kekecewaan tersebut menerusi media sosial apabila hidupnya masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya yang masih belum berpenghujung.

SHUK menafikan isterinya, Sera hadir ke mahkamah baru-baru ini.

Sumber: Rossa Sera 

viaTrending Sangat

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم