Menepati ramalan, lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, malam tadi.
Kemenangan tersebut membolehkan kumpulan SOG, Raja Nazrin Syah dan Fazleena Hishamuddin selaku penulis lirik membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.
ARTIKEL MENARIK:“Nampak Jelas Dia Dit0lak..” Akhirnya Terb0ngkar, Pengurus Sendiri Mengaku Slepas Teng0k Cctv
Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim dan nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli ciptaannya bersama Datuk A Aida sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Aina, dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik yang menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence bersama trofi.
Selain itu, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret dimenangi oleh Aina Abdul dan Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan trofi.
AJL36 yang disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara bersama manakala Sissy Iman dan Sean Lee sebagai hos karpet merah.
Mengetengahkan tema Ini Rentak Kita, malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Mas Idayu dengan lagu berjudul Bolehlah Boleh, Datuk Jamal Abdillah dengan lagu berjudul Samrah Mentari ,Ayda Jebat menerusi lagu Pencuri Hati dan kumpulan Cassia.
Dayang Nurfaizah juga membuat kemunculan istimewa di pentas AJL36 kali ini dengan membawakan lagu khas Noir yang menjadi penaja utama acara pada malam tadi.
Segmen interlude menyaksikan persembahan yang bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings menerusi lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan, Opera Hidup
Edisi ke-35 telah diadili oleh barisan juri Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.
Siapa sebenarnya kumpulan SOG
RAMAI yang pelik apabila mendengar lagu Pelukan Angkasa dendangan Shila Amzah bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) diumumkan menjadi finalis Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini.
Kebanyakannya bertanya siapakah SOG sedangkan kumpulan itu sebenarnya sudah hampir 17 tahun dalam industri seni tempatan dan cukup berpengalaman dalam dunia seni.
Ditanya sama ada mereka berkecil hati kerana masih belum cukup dikenali sehingga kini, pemain dram SOG, Nazmin berkata, mereka tidak kisah mengenai perkara itu kerana mempunyai prinsip yang tersendiri.
“Memang tidak kisah kerana ini adalah jalan yang dipilih untuk memperjuangkan nilai seni kami sendiri tanpa perlu tunduk kepada kehendak komersial.
“Ada yang komen macam-macam apabila mendengar cara vokalis kami menjerit. Namun kami hormati pendapat masing-masing, mungkin mereka tidak biasa. Elemen jeritan itu adalah ekspresi berbeza dalam menyampaikan sesebuah lagu,” katanya.
Selain persediaan untuk AJL36, Nazmin berkata, SOG juga sedang menunggu masa yang sesuai untuk melakukan konsert di dalam dan luar negara yang terbatas ekoran pandemik Covid-19.
“Selain persediaan final AJL36, kami tidak sabar menunggu sempadan dibuka untuk melakukan persembahan jelajah dalam dan luar negara.
“Sepatutnya kami buat jelajah di seluruh Asia dan beberapa negara Eropah serta Amerika bagi mempromosikan album terbaharu namun Covid-19 melanda. Kali ini memang kami sasarkan pasaran antarabangsa,” katanya.
Selain Nazmin, SOG turut dianggotai lima lagi anggota lain iaitu Raja Nazrin Shah (vokalis dan gitar), Amsyar (gitar), Qayyum (bass), Riko Agus (vokalis) dan MK Ridzuan (seruling).
Terbaharu, mereka muncul dengan dengan album ketiga yang dihasilkan di Perancis.
Menurut Nazrin, mereka memilih Alias Studio yang bertaraf antarabangsa untuk menghasilkan album Second Voyage bagi mendapatkan kualiti rakaman terbaik buat peminat mereka.
“Selama sebulan di Paris, kami berjaya merakamkan sebanyak 10 buah lagu. Pengalaman di sana sungguh berbeza, dari segi peralatan rakaman yang ‘high-end’, etika kerja yang hebat dan kemahiran penerbitan.
“Kami amat berpuas hati dengan hasilnya yang mungkin susah untuk dapat di studio rakaman tempatan.
“SOG pernah berkongsi pentas dengan kumpulan rock terkenal Perancis, Chunk! No, Captain Chunk! yang juga merupakan pemilik studio rakaman tersebut dan mereka suka dengan apa yang kami bawakan lalu menawar untuk bekerjasama dengan mereka.
“Bukan senang mendapat peluang dan pengiktirafan pemuzik antarabangsa,” ujarnya.
Info mengenai kumpulan SOG
Sekumpulan Orang Gila (SOG) adalah sebuah kumpulan muzik bebas (independent) tempatan daripada Batu Caves, Selangor. Mereka memilih untuk membawa rentak Post-Hardcore sebagai konsep utama untuk penghasilan melodi lagu mereka. SOG dibarisi 6 anak muda – Riko, Amsyar, Nazrin, Nazmin, Qayyum dan MK Ridzuan.
Tahun-tahun terawal (2005-2009)
SOG bermula pada pertengahan tahun 2005 di mana mereka hanya terdiri daripada tiga orang ahli iaitu Nazmin, Nazrin, dan Razali yang pada masa itu benar-benar bersemangat untuk membentuk sebuah band. Lalu mereka memutuskan untuk membentuk sebuah band rock dengan nama ‘Sound Of Genocide’. Dan mereka menjadikan System Of A Down sebagai influence terbesar mereka pada waktu itu.
Mereka mula bermain dengan lebih serius ketika awal tahun 2008 dan ketika itu jugalah Mel, Sam dan Acap turut menyertai untuk memantapkan lagi band ini. Setelah berbincang sesama mereka, mereka telah bersetuju untuk menukar nama demi kebaikan sendiri untuk terus berkarya dengan lebih bebas.Tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mengekalkan akronim ‘SOG’, maka terbentuklah ‘Sekumpulan Orang Gila’ hasil idea daripada Nazmin.
Civilization Is On Trial (2013)
Album ini telah meledakkan nama Sekumpulan Orang Gila sebagai sebuah kumpulan post-hardcore yang terkenal di Malaysia. Album tersebut diterbitkan pada awal tahun 2013. Album ini telah memuatkan 8 buah lagu, 2 lagu instrumental, 4 lagu bahasa Inggeris, dan 2 lagu bahasa Melayu. Dan salah sebuah lagu di dalam album ini, Satu Melayu telah menjadi perhatian pengkritik muzik tanah air. Tetapi kerana lagu ini jugalah nama mereka mula diketahui ramai.
Bahtera (2014)
Mungkin mereka ‘gila’ menghasilkan muzik lain daripada yang lain. Pastinya kreativiti menjadi keutamaan SOG. Selepas hampir 10 tahun ditubuhkan dan semakin dikenali dalam kalangan peminat dan penggiat muzik tanah air, SOG tampil dengan album penuh sulung yang berjudul ‘Bahtera’. Bicara mengenai muzik, mereka memilih bunyian ‘Post Hardcore’ sebagai tunjang muzik mereka. Akan tetapi SOG tidak terikat dengan satu genre.
SOG mengetengahkan kepelbagaian dalam album ini termasuklah mencampur aduk bunyian muzik metal bersama muzik tradisional Melayu, hinggakan disebut ramai sebagai ‘Nusantara-Core’. Sebaliknya ia diadun dan digubah dengan pelbagai gaya dari segi teknik vokal dan gaya muziknya. Dalam sesetengah lagu, Riko dan Nazrin menampilkan vokal ‘growling’ tetapi diadun dengan muzik metal moden.
Pada masa sama, SOG tidak meninggalkan elemen muzik tradisional Melayu dengan bunyian biola dan gendang seperti dalam lagu Restu. Malah, kebanyakan lirik lagunya juga berunsur kemelayuan.
Malah, mereka turut berkerjasama dengan Dato’ M.Nasir sebagai penulis lirik untuk lagu Sumpah Pendekar.
Selain Restu dan Sumpah Pendekar, album ini turut memuatkan lagu seperti Garisan Sartan, Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus, Mati, Hantu, Kitalah Juara, Kau Sempurna, Misteri Bertari, Warta Lama, Sebelum Pergi Aku Ingin Kembali, Saudara Sahabat, Hentikan dan Bahtera. Dalam tempoh penghayatan album ini, SOG melakukan siri jelajah mereka hingga ke negara jiran.
Mereka memulakan siri ini dengan nama ‘Jelajah Bahtera’ pada penghujung tahun 2014, di 9 bandar besar di Semenanjung Malaysia. Pada tahun 2015, mereka mula memberanikan diri dengan melakukan siri ‘Kembara Indonesia’ sebanyak 6 kota (Pulau Jawa & Sumatera). Pada tahun 2016, album Bahtera telah dinobatkan sebagai Kulit Album Terbaik oleh Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM).
Selepas hampir 4 tahun selesa tanpa rilisan fizikal segar, Sekumpulan Orang Gila kembali dengan album terbaru, ‘Dermaga’. SOG terkenal dengan dua sisi bunyi muzik mereka iaitu keras dan lembut.
Album ini menunjukkan sisi mereka yang lebih keras dan jika di album Bahtera, sudah biasa dengan lagu Hentikan dan Mati, Dermaga merupakan gabungan kedua-dua lagu tersebut dengan sedikit penambahbaikkan.
Dari segi instrumental, ia seakan-akan mengandungi riff metalcore yang dimainkan di latar belakang lagu yang mempunyai bait bait bunyi Architects. Walau bagaimanapun, bunyi metalcore itu tidaklah mempengaruhi genre utama SOG iaitu Post-Hardcore. Unsur metalcore tersebut hanyalah sebagai penambah perisa kepada lagu ini. Album Dermaga lebih mengetengahkan jeritan Riko, juga Nazrin di bahagian korus yang kedengaran agak kasar serta raspy menjadikan lagu ini sangat heavy dan raw.
Sumber Mstar/WIKI via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
إرسال تعليق