SIASATAN berkaitan kes kematian membabitkan pelakon Thailand, Tangmo Nida terus dijalankan oleh pihak berkuasa.
Insiden kematian tragis pelakon berusia 38 tahun itu menjadi perhatian dan menyebabkan ramai tersentuh.
ARTIKEL MENARIK:Video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit arah sesuatu
Lebih-lebih lagi apabila melihat ibunya, Panida Siriyudthayothin yang seolah tidak dapat menerima kenyataan anaknya sudah tiada lagi.
Pilu dengan apa yang terjadi, wanita itu dilaporkan jatuh pengsan tatkala jasad anaknya ditemui pasukan penyelamat Sabtu lalu.
Baca juga: Maut Terjatuh Dari Bot, Ibu Sangsi Kematian Tangmo Nida
Dalam pada itu timbul pelbagai teori dan spekulasi berkaitan kejadian. Berikut adalah kronologi kejadian dan penemuan bukti oleh polis:
Ketika kejadian, Tangmo dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan dan telah terjatuh di bahagian belakang bot.
Pengurusnya, Idsarin Gatick dan saksi, Surattanawee Suviporn telah membuat laporan polis di Balai Polis Muang Nonthaburi pada tengah malam.
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan bermula tidak lama kemudian. Bagaimanapun, sehingga petang Jumaat dia masih hilang.
Penyiasat yang memeriksa bot berkenaan dan menemui kaca dengan kesan wain merah. Manakala tandas bot berkenaan rosak.
Ketua polis tempatan, Kol Pol Chaturon Anurakbandit, berkata lima rakan bot Tangmo telah menghubungi penyiasat dan akan membuat kenyataan.
Sabtu, 26 Februari
Pelakon berusia 37 tahun itu masih ditemui terapung di sungai sekitar jam 1.10 tengah hari kira-kira 38 jam selepas dilaporkan terjatuh.
Luka sepanjang 30 sentimeter (cm) dikesan pada paha.
Jasadnya dibawa ke jeti tempat ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin, 67, sedang menunggu, bersama teman lelaki dan rakan pelakon itu.
Siriyudthayothin berkata dia cuba menghubungi pengurus anak perempuannya, Idsarin Gatick pada hari Jumaat tetapi panggilan telefonnya tidak dijawab.
Ahad, 27 Februari
Siriyudthayothin berkata kepada Bangkok Post dia sangsi akan kematian anak perempuannya yang dikatakan terjatuh secara tidak sengaja.
Dia ingin tahu siapa yang mengatur sesi fotografi Tang Mo. Malah katanya tidak masuk akal memikirkan mereka semua di dalam bot itu hanya untuk menjamu selera kerana melalui foto, semuanya berpakaian cantik.
Melalui perkongsian gambar Tangmo yang muram, si ibu mengesyaki sesuatu telah yang berlaku.
Rakan Tangmo, Wisapat berkata pada hari dia sedang melihat telefon bimbit ketika pelakon itu memegang kakinya di bahagian belakang bot sebelum tergelincir ke dalam sungai.
Isnin, 28 Februari
Pemandu bot didakwa atas kematian Tangmo. Tanupat Por Lerttaweewit dan pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun yang ditahan di bawah waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Nonthaburi atas dua pertuduhan iaitu pertama mengendalikan bot tanpa lesen dan kedua atas kecuaian yang menyebabkan kematian.
Bagaimanapun kedua-duanya dibenarkan ikat jamin pada Ahad.
Selasa, 1 Mac
Polis bercadang untuk menggunakan alat pengesan penipuan ke atas kelima-lima rakan bot Tangmo.
“Setiap jawapan daripada rakan-rakan Tangmo mesti disokong dengan alasan. Polis akan melihat siapa mereka hubungi selepas kejadian itu dan kemungkinan sebarang serangan fizikal.
“Kami akan memeriksa jika terdapat sebarang pertikaian atau kemungkinan insurans nyawa terlibat,” kata Ketua Polis Thailand, Jeneral Suwat Jangyodsuk.
Ketika itu, keputusan bedah siasat, ujian darah dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperolehi.
Rabu, 2 Mac
Polis telah menemui luka pada paha Tangmo tetapi masih belum mengesahkan sama ada ia datang dari kipas bot. Terdapat juga calar kecil di kaki kirinya.
Kecederaan juga dikesan pada lengan dan bahu rakan bot pelakon itu, Nitas Kiratisoothisathorn. Kesan calar pada lengan lebih besar daripada saiz kuku manakala dan lebam pada bahu pula disebabkan oleh hentakan dengan objek keras.
Urin pada bahagian belakang bot dan pakaian Tangmo cuba dikesan. Polis menyatakan kelima-lima rakan bot pelakon itu kemudian disifatkan sebagai saksi dan bukannya suspek.
Keputusan ujian DNA masih belum diperolehi.
Melalui data telefon, seorang lelaki yang menaiki bot terbabit menelefon beberapa individu untuk mendapatkan nasihat dan mengaku memandu hingga menyebabkan bot itu hilang kawalan di dalam air.
Polis memanggil kelima-limanya rakan bot Tangmo yang bersamanya di dalam bot untuk menghadapi pertuduhan kecuaian yang membawa kepada kematian serta memberi kenyataan palsu.
Khamis, 3 Mac
Kipas bot hilang di Sungai Chao Phraya semasa lakonan semula bagaimanapun ditemui semula selepas 20 minit pencarian.
Bagaimanapun analisis sistem navigasi satelit (GPS) mengesahkan pelakon itu jatuh ke dalam sungai antara jam 10.29 malam hingga 10.34 malam.
Sementara itu,polis meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar mayat Tangmo sebagai menghormati keluarga mendiang.
Polis tidak menolak sebarang kemungkinan kematian Tangmo disebabkan oleh pengabaian lima rakan botnya yang lain.
Jumaat, 4 Mac
Bangkok Post melaporkan pengurus dan rakan rapat pelakon itu memutar belit fakta kejadian. Ia susulan kenyataan salah seorang saksi, Surattanawee Suviporn yang juga rakan baik mereka berdua. Surattanawee percaya fakta tragedi telah diputar belit pengurus Tangmo itu.
Difahamkan, setakat ini seramai 29 saksi termasuk empat daripada rakan bot Tangmo telah disoal siasat.
Dalam pada itu, ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin memaafkan dua rakan bot iaitu dua daripanya iaitu iaitu Tanupat Por Lerttaweewit dan pemilik bot; Phaiboon Robert Trikanjananun yang dikatakan secara konsisten menghubunginya.
Ibu mendiang menafikan memaafkan suspek kerana pampasan yang akan diterima.
Bagaimanapun, dia enggan memaafkan pengurus Tangmo kerana beranggapan wanita itu menjadi punca kematian. Malah Gatick juga difahamkan tidak menghubungi Siriyudthayothin sehingga tiga hari selepas kejadian
Ibu Tangmo Nida dakwa diugut, terima buku pelik tulisan mantera… Polis larang sebar foto ngeri may4t
Menerusi temubual bersama media, Panida memberitahu dia menjumpai sebuah buku ‘Metallica’ dengan setiap muka surat dipenuhi perkataan dan contengan yang tidak difahami.
Kata Panida, buku tersebut dihantar di hadapan rumahnya dan dipercayai merupakan satu bentuk ugutan untuk dia tidak bercakap lebih lanjut mengenai kematian Tangmo.
“Buku dengan tulisan tidak difahami ini diletakkan di depan apartment saya. Saya percaya ni ugutan untuk saya tak dedahkan banyak info,” katanya kepada portal Madamemount.
Sebelum ini, Panida meluahkan rasa sangsi dan tidak percaya bahawa kematian anak kesayangannya itu akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot seperti yang dilaporkan media tempatan.
Panida mempercayai kematian anaknya itu ada kaitan dengan unsur jenayah.
Buku berkenaan dipenuhi contengan tidak difahami.
Kelima-lima sahabat yang berada di bot tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Panida di atas kematian anaknya itu.
Panida bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf daripada pengurus Tangmo yang dikenali sebagai Kratik.
“Saya maafkan Por dan Robert. Tapi untuk Kratik, saya tidak akan dapat memaafkannya. Ada dua orang lagi (Job dan San), saya tidak tahu nak buat apa,” katanya.
Sementara itu, netizen pula menganggap buku yang dihantar itu bukanlah ugutan, sebaliknya ia daripada individu luar yang mahu memberikan petunjuk terhadap misteri kematian Tangmo Nida yang hangat diperkatakan.
Dalam perkembangan lain, Polis Thailand memberi amaran dan melarang orang ramai berkongsi foto mayat Tangmo di media sosial.
Menurut wakil polis Yingyot Thepchamnong, penyebaran foto ‘ngeri’ itu boleh memberi kesan kepada keluarga mendiang dan menganggu siasatan pihak berkuasa.
Justeru itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
Ibu tak terima punca kematian anak kerana lemas.
“Kepada sesiapa sahaja yang melakukan ini (kongsi foto mayat) agar ingat keluarga, orang tercinta yang kehilangan seseorang mereka kini sedang mengalami kesan emosi cukup mendalam.
“Berkongsi gambar, video atau apa-apa berkaitan dianggap tidak menghormati hak si mati, membuatkan keluarga rasa lebih kehilangan, kesedihan dan beri kesan kepada keluarga,” katanya seperti dilapor Kompas.
Pada Khamis, tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat Tangmo selepas ditemui pihak berkuasa.
Tubuh Tangmo ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mengalami beberapa kecederaan teruk pada bahagian paha.
Lebih menyayat hati, wajah Tangmo juga membengkak hitam dan hampir tidak dapat dikenal pasti jika dipandang secara luaran.
Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.
Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.
Pihak polis juga kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.
Nampaknya kes ini menjadi semakin rumit. Moga punca kejadian dapat dirungkai segera.
sumber: mstar, sinar harian via trendingsangat
- Foto Mayat Tangmo Nida Ketika Ditemui Tersebar Di Media Sosial, Memang Mengerikan
إرسال تعليق