Video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit arah sesuatu

VIEDO terakhir Tangmo Nida yang dirakam pengurusnya, Kratik menjadi petunjuk baharu bagi merungkai kematian aktres Thailand itu.

Video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit arah sesuatu



Menurut laporan Thethaiger, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memperlihatkan Tangmo sedang memegang gelas minuman sambil menyanyikan lagu dan mengusap rambutnya.

ARTIKEL MENARIK:Rakan Dakwa Tangmo Ambil Insurans Kemalangan 1 Juta, Tapi Yang Menjadi Misteri Waris Untuk Insurans Tersebut Sebenarnya


Meskipun video itu diiringi dengan bunyi muzik latar, namun netizen dapat mendengar suara lelaki misteri di sebalik rakaman berkenaan.

Suara itu seakan-akan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

Punca kematian Tangmo terus menjadi misteri.

“Bawa kawan awak datang ke sini! Bawa kawan awak datang ke sini,” kata seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.

Difahamkan pihak polis kini sedang menyiasat video terakhir Tangmo itu selepas ramai netizen mendakwa mendengar perbualan mencurigakan itu.

Dalam pada itu, salah seorang nelayan di kawasan berkenaan turut mendakwa telah melihat bot tersebut dipandu laju dan membelok tajam di kawasan tengah sungai berkenaan.

Foto mayat Tangmo tular di laman sosial.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi, pihak polis memaklumkan akan menyiasat dakwaan itu dengan lebih lanjut.

Dalam perkembangan lain, Polis Thailand memberi amaran dan melarang orang ramai berkongsi foto mayat Tangmo di media sosial.

Polis siasat lima sahabat yang turut berada di atas bos sama.

Menurut wakil polis Yingyot Thepchamnong, penyebaran foto ‘ngeri’ itu boleh memberi kesan kepada keluarga mendiang dan menganggu siasatan pihak berkuasa.

Justeru itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

 

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.



Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis juga kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.

Penuh FYP TikTok Dengan Spekulasi Kematian Tangmo Nida! Katanya Mendiang Mati Dibunuh Bukan Kemalangan…Betul Ke?

Di laman sosial TikTok, netizen dari Thailand, Indonesia termasuk Malaysia, mula ‘menyiasat’ tentang kematian aktres tersebut yang dikatakan sudah dirancang, berdasarkan beberapa perkembangan kes yang dikongsi.

Rata-rata pengguna TikTok, mahu punca kematian Tangmo disiasat seadil-adilnya jika benar aktres tersebut dibunuh.

Lebih menyayat hati apabila foto-foto mendiang yang sudah tidak bernyawa dan dalam keadaan mengerikan turut disebar menerusi aplikasi Telegram.

Keadaan mayat Tangmo yang mengerikan itu turut menyebabkan ibu mendiang bersedih dan tidak dapat menerima pemergiaan tragis anak kesayangannya itu.

Ibu Tangmo, Panida Sirayutthayothi menerusi perkongsian netizen di TikTok, berkata anaknya sudah tidak cantik seperti selalu.

Di laman sosial TikTok, ramai mula berkongsi kronologi kematian Tangmo yang dianggap mencurigakan itu.

Sehingga kini, FYP menggunakan tanda pagar #tangmonida di TikTok telah pun ditonton lebih 210 juta kali dan menjadi perhatian dunia.

Pada Sabtu lalu, mayat Tangmo ditemui terapung di sungai selepas 38 jam dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot laju.

Mayat mendiang ditemui 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Aktres yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

Menurut laporan media tempatan, Tangmo atau nama sebenarnya Nida Patcharaveerapong tidak memakai jaket keselamatan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.




Kredit -Trending Sangat

Post a Comment

Previous Post Next Post