PERMOHONAN maaf Kak Long atau Wan Nor Baizura kerana bersikap kasar nampaknya gagal memberi impak kepada orang apabila dia terus menerima kecaman.
Menerusi temubual dengan mStar, Kak Long bagaimanapun berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan keluarganya.
ARTIKEL MENARIK:Netizen Korek Video Lama Kaklong Marah Kfc. Netizen Tanya Kaklong Taknak Minta Maaf Ke, Ini Jawapan Kaklong
Malah kata Kak Long, dia sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas apa yang terjadi.
Dalam pada itu anak lelaki Kak Long dikenali sebagai Adam yang berusia lapan tahun berkata dia pada mulanya masuk ke kedai serbaneka tersebut untuk membeli air.
Namun tanpa disangka, Adam mendakwa kakitangan kedai berkenaan menuduhnya ingin mencuri mainan serta mengugut untuk membawanya ke balai polis.
Ikuti video yang disediakan bagi mendapatakan gambaran sebenar di pihak Kak Long dan anak lelakinya.
Antara Komen2 Netizen,
Dia punya amuk mengalahkan amuk yeah yeah..macam dia sorang ada anak atas dunia ni. Ironinya, kalau sayang ke anak maka didik anak dengan baik, ajarkan bahasa baik-baik ni tak..anak dengan mak sama naik..oh ya laki pun sekali..ingat sweet ke se family mulut puaka..erm. Dok leh tebing main saye, kene ke saye kekgi saye letok mulut tepi pitu degunggg tutup rapak jik.
Kita ambk lah pengajaran lps2. Kebanyakkan di Malaysia jadi pelakon, jadi penyanyi bukan sbb bakat tap badoh eh bodoh. Ada org kena viralkan diri dia dulu, baru dia dpt apa dia nak. Tp itulah, kalau takde org support takkan ada org bodoh. Kita dok support benda2 ginilah yg ada bks PA bole masuk big stage, ada yg jd pelakon hasil bad marketing (mls sbut nama) dll. Duduk di negara kls 1 jgn harap dpt tmpt dlm industri. Slmt lah duduk Malaysia, bakat belakang kira jnji followers ig melebihi 1J.
PErcaya ckp anak….silap2 20 tahun lgi kuar media anak sembelih ibu pernah viral suatu ketika dlu di 7eleven….syg anak tangan2kan bukan mengajar jdi anak biadap
Kak..ikhlas tak ikhlas minta maaf…atau sbb kena kecam baru minta maaf..ni viral pulak maki staff kfc punca ais batu je kak oii
Puas hati dapat jadi retis? Wartwan dh cari anda..itu impian kamu kan nenek..nanti dah jadi artis..jangan lupe anak pulak,kerana dia anda famous tau.
Orang lain elok je pegi makan kfc beli barang kat 7e , sampai kat ko jer tiber ada masalah ntah pape… hauk la perangai ko kak
cukup2 la….kak long oiii….org lain pun syg ank jgk….selidik dulu bru g serang…..mcm kak long sorang ja ada ank….kak long nk glamor katakn
Mengikut cerita wakil dr 7eleven ,pekerja bkn menuduh tapi kwn Dia yg ckp anak kak Long ni ambik brg ( curi mainan klau xsilap ) so org tu tanyalah Kat anak Dia .Anak kak Long ni plk terus balik bagitau Mak Dia blablabla smpailah terjadinya kejadian mengamuk anak beranak dlm 7eleven tu .Sya rasa anak Dia ni terlebih kuah crta dr isi ke maknye ,Tgk gayapun jns bdk manja tak blh ditegur ,biadap mmberontak
Kak….lagi banyak akak sembang,lagi ramai kecam akak..better akak senyap je kak…orang xsakit hati..akak xsakit hati..org xdpt dosa kecam akak,akak xdpt pahala org kecam akak..penat kak penat…hari ni crita lain..lepas tu esok lusa tulat tulen tubing kluar crita lain…
Netizen Korek Video Lama Kaklong Marah Kfc. Netizen Tanya Kaklong Taknak Minta Maaf Ke, Ini Jawapan Kaklong
MESKIPUN sudah membuat permohonan maaf terhadap staf kedai serbaguna, 7 Eleven kerana ‘mengamuk’ ekoran anaknya dituduh mencuri, namun wanita yang dikenali sebagai Kak Long ini tetap menerima kecaman berterusan daripada warganet.
Terbaharu, ‘meriah’ di laman Twitter dengan komen-komen negatif netizen yang mengecam perangai tidak beradab wanita tersebut gara-gara satu video lamanya yang diviralkan kembali.
Video berkenaan memaparkan wanita tersebut membuat siaran langsung (live) ketika menikmati hidangan di cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bersama keluarganya.
Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, sambil menikmati hidangan, dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kakitangan restoran berkenaan kerana tidak diberikan sudu dan minumannya dihidangkan tanpa ais batu.
“Baik tak payah makan KFC… baik makan tepi jalan saja. Ais batu tak ada, sudu tak ada… kalau orang ramai pun, servis kena terbaik… tip top.
“Kena beritahu… sudahlah masa ambil pesanan, muka tu ‘gelebek’ (masam). Saya ada hak sebab saya customer. Dan customer is always right. Saya bukan orang senang, datang sini bawa RM30 saja.
“Saya nak ais batu, sekarang! Panas hati aku datang makan tak ada ais batu. Kalau tiada, tutup kedai!” katanya sebagaimana di dalam video tersebut.
Di dalam video tersebut juga, kedengaran suara tenang seorang kakitangan restoran yang cuba menerangkan situasi dengan memberitahu ketiadaan sudu dan ais batu adalah kerana jumlah pelanggan yang ramai pada hari berkenaan.
Apa yang membuatkan netizen panas hati, kedengaran suara kanak-kanak lelaki dipercayai anak wanita tersebut turut sama mengherdik kakitangan restoran berkenaan seolah-olah menjadi ‘batu api’ untuk menambahkan lagi kemarahan ibunya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu sebenar rakaman berkenaan.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan suka mencari publisiti murahan dengan melakukan live demi content.
VIDEO KAKLONG MARAH KFC
“Ni memang content dia cari duit ke? Tak faham… memang perangai buruk macam ni ke? Minta maaf berkali-kali pun tak guna… tak percaya.
“Akak ni dengan telefon memang berpisah tiada ke? Ada saja nak merakam, memviralkan diri sendiri lepas itu dah kena kecam, mulalah minta maaf menangis-nangis.
Antara komen netizen terhadap perkongsian video lama ‘Kak Long’.
“Bila aku cakap aku benci budak, budak macam inilah yang aku maksudkan. Kecil-kecil tak beradab, dah besar menyusahkan masyarakat,” demikan antara komen netizen.
Malah ada juga netizen yang tertanya-tanya sama ada majoriti rakyat negeri Pantai Timur bertutur kasar seperti wanita berkenaan.
“Orang pantai timur memang macam…..?” komen seorang netizen.
“Malu aku sebagai orang Ganu (Terengganu). Sorry geng… orang Ganu ni baik-baik je semua kecuali keluarga Kak Long ni,” tulis seorang netizen lain pula.
INI JAWAPAN KAK LONG SELEPAS NETIZEN MINTA DIA MINTA MAAF DENGAN STAFF KFC
Namun tidak kurang juga ada yang menasihatkan wanita berkenaan agar berubah sikap selepas isunya mendapat perhatian ramai. Terdahulu pada Rabu, video wanita berkenaan ‘mengamuk’ di 7 Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial.
Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).
Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadap dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.
Namun kurang daripada 24 jam selepas ‘amukan’ berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.
Pada Khamis, wakil 7 Eleven pula tampil mengeluarkan kenyataan dan menceritakan perkara sebenar, serta meminta masyarakat agar berhenti mengecam wanita berkenaan.
Sumber Mstar/RJ via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Post a Comment