Netizen Dakwa Susu Diberi Percuma Hampir Tamat Tempoh, Rupanya Ini Cerita Sebenar

Sejak semalam tular di media sosial mengenai perkongsian selebriti terkenal Neelofa yang berkongsi rezeki dengan memberikan susu durian secara percuma kepada orang ramai.

Netizen Dakwa Susu Diberi Percuma Hampir Tamat Tempoh, Rupanya Ini Cerita Sebenar



Susulan pengumuman tersebut, tular hantaran memaparkan barisan panjang di salah sebuah gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang.

ARTIKEL MENARIK:Video terakhir Tangmo Nida ada petunjuk baharu, dengar suara lelaki menjerit arah sesuatu


Bagaimanapun, ada netizen mendakwa susu durian yang diberikan secara percuma itu sudah hampir tampat tarikh luput.

Memetik portal The Vocket, sumber terdekat Nilofa memberitahu susu berkenaan sebenarnya memang untuk diberikan kepada orang ramai.

Kata sumber itu lagi, jika susu itu diambil dalam bilangan yang sedikit ia tidak akan menjadi masalah kerana boleh diminum sebelum tarikh luput.

Aku pun dapat susu nilofa ni. Aku rasa susu nilofa ni tak laku, manufacturing date 2020, expiry date 09/03/2022. Sebab tu dia sedekah je lah.

Jujurnya, bila aku rasa susu perisa durian ni, tak rasa durian langsung. Rasa durian sintetik je. Susu perisa pisang dia pun out. pic.twitter.com/4PfjTdyA5S

— ZaYeD ZulFikLi (@ZZulfikli) March 3, 2022

Bagaimanapun, apa yang menjadi masalah apabila ada yang mengambil dengan jumlah yang banyak kemudian menjadikan perkara itu sebagai isu.

Difahamkan lagi, susu tersebut sebenarnya sepatutnya dihantar ke China tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, ada barang dagangan yang tidak boleh dihantar ke sana.




Tidak mahu membazirkan susu berkenaan, Nilofa mencadangkan susu tersebut diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Terdahulu, Neelofa berkata ini adalah kempen terbesar dalam sejarah Nilofa memberikan susu kepada orang ramai secara percuma.

Produk Nilofa ini menggunakan susu segar premium dari Australia dan bahan semula jadi untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat serta tanpa bahan pengawet tambahan atau pewarna tiruan.

SUMBER: The Vocket viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post