KUALA LUMPUR: Negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK:Lepas Kena Buang Jadi Pengacara, Azwan Ali Tampil Beritahu Sesuatu, “Ada Benda Kurang Ajar Sudah Berlaku”
“Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang media di Parlimen petang ini.
Ismail Sabri berkata, walaupun memasuki fasa endemik bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.
3 perkara asas sandaran pembukaan semula sempadan negara
Katanya, bagaimanapun, had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.
Negara masuk fasa peralihan endemik mula 1 April
Bermula 1 April, pemakaian penutup muka masih wajib, pendaftaran Mysejahtera masih diwajib, had waktu operasi bagi premis dimansuh.
Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.
Sempadan negara dibuka semula pada 1 April.
Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April.
Had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai dimansuhkan.
Mulai 1 April solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal
Kredit -
إرسال تعليق