Suami Dituduh Scammer, Vicha Sedih Dengan Persepsi Terhadap Orang Berkulit, Rupanya Keluarga Suami Vicha Bukan Biasa2 Orangya

Pelawak yang berasal dari Indonesia, Vicha Saywho akui sedih apabila menerima persepsi yang kurang enak dari orang sekeliling terhadap suaminya yang merupakan warganegara Nigeria.

Suami Dituduh Scammer, Vicha Sedih Dengan Persepsi Terhadap Orang Berkulit, Rupanya Keluarga Suami Vicha Bukan Biasa2 Orangya



Kata Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 34, selepas memperkenalkan suaminya dikenali sebagai Johnson kepada umum suaminya dituduh penjenayah atau scammer.

ARTIKEL MENARIK:Kata Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 34, selepas memperkenalkan suaminya dikenali sebagai Johnson kepada umum suaminya dituduh penjenayah atau scammer.


“Saya sedih bila banyak komen-komen netizen kata ala suami dia tu mesti scammer dan sebagainya, sedangkan keluarga suami saya itu semuanya bekerja sebagai polis.

“Selain keluarga dia di sana bagaimana pula dengan perasaan anak kami bila dah besar nanti pasti akan sedih bila terlihat di internet mengenai bapanya didakwa scammer atau pengedar dadah oleh netizen.

“Komen-komen yang saya terima itu sangat sakit hanya Tuhan sahaja tahu macam mana kami lalui dugaan berat ini,” katanya sambil mengalirkan air mata kepada Gempak.

Akhirnya Suami Munculkan Diri! Sweetnya! Sama Cantik Sama Padan!"- Netizen Teruja Vicha Kongsi Gambar Suami! - Hijabista

Pelakon yang pernah membintangi 10 Tips Tipu Bini itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta kepada produk Jols Luxe Fabrics.

Vicha mengulas mengenai perkara tersebut selepas terkilan dengan penulisan blogger yang mendakwa dia menolak cinta lelaki Melayu menyebabkannya menerima pelbagai komen negatif dan kecaman.

Hasil perkahwinannya dengan lelaki berkulit hitam selama hampir 4 tahun itu mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Berkahwin Dengan Jejaka Nigeria, Vicha Tak Ada Niat Sorok Perkahwinan Kedua | Gempak

Menerima pelbagai pandangan buruk dari masyarakat menyebabkan Vicha sebelum ini merahsiakan perkahwinannya selama tiga tahun.

“Takut dengan persepsi negatif orang juga adalah salah satu sebab mengapa saya tidak terbuka berkongsi mengenai suami saya.

“Saya tak tahu kenapa saya rasa seolah-olah orang di sini kurang menerima orang seperti dia tapi kalau di Indonesia ia sama macam orang Malaysia lihat mat salih sahaja. Jadi penerimaan itu berbeza.

“Bayangkan sampai saya pernah ditanya sama ada tidak takut jika nanti saya dijadikan keldai dadah. Saya bukan orang yang bodoh sampai nak terjerumus ke dalam kencah najis itu,” luahnya lagi.

Pun begitu Vicha berharap dengan pendedahan yang dibuat itu menutup segala spekulasi sekali gus mengelak daripada difitnah.

Sekadar info, Vicha turut mempunyai tiga orang anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil daripada perkahwinan terdahulu iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Lelaki Nigeria lebih penyayang, Vicha tolak cinta jejaka Melayu

f387624df552cea2f369918c5e1e12bc.jpg

TRAUMA dengan kegagalan rumah tangga pertama menjadi punca pelawak Vicha merahsiakan perkahwinan keduanya sejak tiga tahun lalu.

Vicha, 34, yang berkahwin dengan jejaka Nigeria menganggap hal rumah tangga bukan sesuatu yang menarik untuk dikongsi kepada umum.

“Ketika kami bernikah pada Ogos 2018 ada kawan-kawan yang hadir.

“Malah kalau ada terserempak dan bertanya pun saya akan mengaku dia suami saya. Tiada niat untuk sorokkan perkahwinan.

“Cuma bagi saya, kanapa perlu kongsi di media sosial? Ada ke orang yang nak ambil tahu? Jadi saya biarkan sahaja,” jelas Vicha kepada mStar.

Sebelum ini, pelawak asal Indonesia ini mendedahkan sudah berkahwin kali kedua dengan lelaki yang mahu dikenali sebagai Johnson, 32, pada Ogos 2018.

Vicha 2

Vicha rahsia perkahwinan kerana trauma kegagalan rumah tangga pertama.




Pasangan ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Michael Trevor Ayomide yang berusia dua tahun.

Berkongsi lanjut tentang perkahwinan itu, Vicha berkata dia sudah mengenali lelaki tersebut sejak tujuh tahun sebelum mereka mengambil keputusan berkahwin.

Tambahnya, dia mengenali Johnson ketika bertemu dalam sebuah majlis anjuran rakannya.

Pasangan ini dinikahkan oleh seorang ustaz warga Indonesia yang memiliki sebuah madrasah di Lembah Klang.

Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu.

“Syukur Tuhan permudahkan segala urusan dia memeluk Islam dam pernikahan kami.

“Pada awalnya kami rancang untuk adakan majlis ketika itu, namun faktor kewangan tidak mengizinkan. Jadi kami lakukan yang wajib sahaja. Ada perancangan akan mengadakan majlis nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Vicha mengakui suaminya seorang yang penyayang dan sentiasa memberikan sokongan.

Malah, kata Vicha dia juga pernah menolak cinta lelaki Melayu gara-gara ditipu dan tidak setia.

Vicha 3

Vicha akui lelaki Nigeria lebih prihatin.

“Ketika mula jumpa dulu dia agak sombong dan tidak banyak cakap. Saya yang mula mendekati dia kerana ada ciri-ciri lelaki pilihan yang saya mahukan.

“Rasanya lebih lima lelaki Melayu yang cuba mendekati saya sebelum ini. Namun semuanya penipu, ada yang kantoi sudah punya pasangan.

“Belajar dari pengalaman perkahwinan sebelum ini, jika lelaki menipu saya akan tinggalkan terus.

“Dengan Johnson, saya rasa berbeza. Dia berikan saya perhatian dan kasih sayang seorang lelaki yang tidak pernah saya dapat selama ini,” katanya yang belum bersedia mendedahkan wajah suaminya itu.

Sumber Gempak/Mstar viatwo.e-kesah


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post