“Takut. Awak itu menari terkinja-kinja Hindustan..”-Iqram ‘sekolahkan’ Syafie Naswip

Aktor, Iqram Dinzly, tampil memberi reaksi berhubung perkongsian pelakon, Syafie Naswip di Instagram (IG) yang meluahkan rasa kesal dengan perbuatan segelintir pelakon yang mencari publisiti murahan.

“Takut. Awak itu menari terkinja-kinja Hindustan..”-Iqram ‘sekolahkan’ Syafie Naswip



Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu menerusi Instastorynya, baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:“Tangmo tak layan n4fsu lelaki” Pendedahan Kawan Rapat Ini Buat Polis Jangka Tutup Kes Jumaat Ini


Menerusi perkongsian berkenaan, Iqram secara terbuka memetik Instagram pelakon filem Mukhsin itu.

Menurut Iqram, dia meminta agar pelakon itu memahami maksud hormat selain menyatakan seni itu luas.

“Takut. Awak itu menari terkinja-kinja Hindustan tiada pula kami nak peduli sebab hak awakkan wahai sang pengupas?

“Fahami erti hormat dan seni itu luas. Tak faham? Meh (mari) kita kupas!” katanya.

Mengulas lanjut, Iqram memberitahu agar Syafie tidak berkias, sebaliknya berterus terang dengan memetik sahaja namanya.

“Orang yang berilmu tidak semestinya otaknya tidak boleh tepu. Sebab itu dalam Islam lebih kepada Akhlak dan adab dulu bukan biadap.

“Dan berani kerana benar takut otak dah gegar, jiwa dah kena selar. ‘Mention’ lah terus tidak perlu kias-kias sekiaranya berani kerana benar.

“Bagi saya mudah, nak membawang janji dengan kasih sayang. Tetapi sekiranya menjembalang, eloklah jadi jalang,” katanya lagi.

“Bila Dikecam, Salahkan Netizen…,” – Sengaja Cipta Publisiti Murahan Demi ‘Marketing’ Drama, Syafie Naswip Tak Suka

Syafie pada semalam, menerusi IGnya meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir penggiat seni yang sengaja mencipta publisiti murahan di set penggambaran untuk melariskan karya-karya baharu.

Dalam isu berkaitan, insiden ‘cekik’ melibatkan pelakon Mona Allen dan Iqram yang tular di media sosial beberapa hari lalu, disahkan sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka.

Pelakon, Syafie Naswip mengakui berasa agak kurang senang dengan sikap segelintir penggiat seni yang dikatakan sengaja mencipta publisiti murahan di set pengambaran demi melariskan karya-karya terbaru.

Menurut Syafie, tambah menjengkelkan, segelintir pihak ini juga akan bertindak menyalahkan netizen sekiranya mereka mula menerima kecaman.

Katanya lagi, ia seolah-olah sudah menjadi trend bagi kebanyakkan penggiat seni ketika ini.

“Zaman sekarang nak lakukan drama kena up kan pergaduhan dekat set. Kena buat live nangis-nangis macam psycho.

“Lepas tu bila dikecam kata salah netizen dan jawapan takpa aku dapat pahala free,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Mukhsin itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Syafie turut menambah, dia sebenarnya berasa agak ralat kerana kebanyakkan publisiti murahan ini diciptakan oleh pelakon-pelakon berbakat besar.

“Lebih menyakitkan orang yang buat ini adalah orang-orang yang truly talented. Kenapa eh? Tak boleh brain.

“Boleh je nak marketing dengan cara yang lebih sihat dan bermaruah sikit. Cukuplah berlakon dekat set sahaja,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat dihentikan.

“Kudos to you. Sangat talented. Dan tak perlu cheap marketing.

“Tahniah Ayie. Pandangan yang jujur dan tepat pada waktunya.

“Akhirnya ada juga artis yang berani bersuara. Benda macam ni duduk tunggu je. Kami selaku netizen setuju dengan kata-kata ini.

“Ingatkan kitaorang yang sebagai peminat ni je sedar. Rupanya artis yang macam korang pun sedar.

“Setuju sangat. Perhati juga benda ni. Tak perlu pun buat populariti murahan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Syafie telah memulakan kerjayanya sebagai pelakon sewaktu memang watak utama dalam filem Mukhsin arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sepanjang bergelar lelakon, Syafie telah dua kali dinobatkan sebagai pemenang anugerah pelakon pembantu terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 dan ke-25.

Melampau sangat buat gimik cekik! Fazley Yaakob bimbang jadi ikutan budak kecil, minta artis jaga batas

AKSI cekik yang dilakukan pelakon Iqram Dinzly bagi mempromosikan drama mengundang rasa kurang senang penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob.

Malah penyanyi berusia 43 tahun ini menganggap perbuatan tersebut keterlaluan dan tidak sesuai untuk dijadikan perkongsian di laman sosial.




Tidak salah melakukan gimik untuk promosi drama, namun pemilik nama Ahmad Fadzli Yaakob berkata, dia bimbang perbuatan tersebut menjadi ikutan masyarakat.

Fazley berkongsi pendapatnya tanpa menyebut nama di Instagram.

“Kalau ada yang tak suka perkongsian itu, saya tak ada masalah. Gimik tak salah, tetapi gimik seperti mencekik itu agak keterlaluan.

“Kalau betul untuk promosikan drama, tak apa itu cara mereka. Cuma saya kurang setuju dengan perbuatan itu yang boleh menjadi ikutan.

“Bagaimana kalau anak kecil cekik adiknya atau pukul kepala dengan alasan gimik saja? Kalau nak buat gimik, perlu ada kajian.

“Bimbang ia jadi ikutan atau sesuatu yang lebih buruk. Artis ini menjadi ikutan masyarakat, sudah tentu yang tidak baik senang diikut dan yang baik itu susah diikut,” katanya kepada mStar.

Jangan biar spekulasi membunuh imej artis itu

Sebelum ini, pelakon Mona Allen mendakwa dirinya sengaja dicekik oleh Iqram Dinzly ketika menjayakan penggambaran drama lakonan mereka, Hati Yang Dikhianati.

Selepas teruk dikecam netizen, akhirnya Iqram mengakui pertengkaran itu rupa-rupanya hanyalah sekadar content media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka.

Selain Fazley, pelakon Syafie Naswip turut kurang senang dengan tindakan segelintir artis yang mencipta content sensasi di set penggambaran bagi tujuan mempromosikan drama lakonan mereka.

Dalam pada itu, Fazley berpendapat setiap gimik memerlukan batasan supaya tidak wujud spekulasi yang mampu memburukan imej atau pandangan terhadap selebriti tertentu.

Iqram akui aksi dia cekik Mona hanya content untuk laman sosial.

“Macam saya katakan, gimik tak salah… viral marketing lagi bagus. Orang- orang di Malaysia ini memang gemar sesuatu yang viral.

“Andai kata nak buat gimik, kita kena fikir, perlu ada batas. Kalau nak buat gimik, terantuk kepala berdarah tapi rupa-rupanya darah itu air sirap, perlu dinyatakan dengan cepat, jangan biar berhari-hari. Jangan biar spekulasi membunuh imej artis itu.

“Gimik bagus, marketing sangat diperlukan dan pubsliti sangat penting. Namun perlu ada batas supaya tidak menjadi ikutan,” ujarnya.

KreditSumber:UtusanMalaysia viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم