Terkedu suami bila kantoi tak setia dengan istri, rupanya isteri boleh dapat gambar wanita itu dari kameraa yang ada di lebuhraya

AES atau Automated Enforcement System adalah satu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua cuaca. AES juga beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalan raya, lebuh raya dan persimpangan lampu isyarat.

Terkedu suami bila kantoi tak setia dengan istri, rupanya isteri boleh dapat gambar wanita itu dari kameraa yang ada di lebuhraya



Kamera akan bertindak menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES dan kemudian jabatan pengangkutan akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemiliknya.

ARTIKEL MENARIK:Setiap Kali Raya Mak Mesti Lama Dlm Bilik, Satu Hari Tu Aku Intai Diam2, Terkejut Ak Lihat Mak Buat Macam Tu, Bila Ak Cuba Masuk, Lain Pula Yg Mak Ceritakan


Namun lain kejadian yang terjadi di Jerman ini apabila surat saman si suami memaparkan gambar wanita lain! Punyalah terkejut si isteri, surat saman had laju AES tersebut telah bongkarkan ketidak setiaan sang suami. Surat saman dan gambar bukti yang disertakan mempamerkan seorang wanita sedang memandu kereta BMW milik syarikat yang digunakan suaminya. Menurut peguam isteri, Fatma Poyraz-Devrim berkata wanita itu berasa pelik dan janggal kerana dia tidak memandu pada tarikh dan hari yang ditulis pada surat saman tersebut. Ujarnya, dalam gambar berkenaan, anak guamnya melihat terdapat seorang wanita yang memandu kereta itu dan dia mula berasa gementar kerana dia tidak mempunyai lesen memandu. Malah, dia mahukan jawapan berkenaan gambar itu dan akhirnya suaminya mengaku wanita itu adalah teman wanitanya. Sumber, MailOnline Via SinarPlus

Kakak Ipar Lsak Tapi Bila Dah Kenal Perangai Sebenar Buat Adik Iparnya Terkedu, Bila Ditanya Ini Jawapan Abang Kenapa Pilih Wanita Tersebut. Salam. Tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar. Abgku yg ke5 berkahwin. Dalam ramai2 abg aku, dia la yg paling hensem. Tapi isterinya bagi aku biasa2 saja. Tak cantik, kulit agak gelap. Dr mula bertunang lagi, aku mcm frust jugak la. Ingtkn kakak ipar ni cantik lawa la sampai abg aku tu beriya2 suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi. Kawan2 aku excited nk tgk gmbr kakak ipar aku, tp aku malu sbb kakak ipar aku biasa2 je. Abg aku jumpa dia dua kali je lepas tu terus pinang. Bertunang dalam 3 bulan mcm tu terus nikah. Lepas kawin, kakak ipar aku ni, kakna duduk dgn kami. Gayanya agak kasar, dan dia mmg lasak mcm jantan. Aku sendiri kadang hairan knp abg aku syg sgt dekat dia.

Pernah sekali, aku nampak dia pnjat tangga, tukar lampu dapur sorang2. Pokok rambutan belakang rumah aku pn selamba sahaja dipanjatnya. Masa tu aku ingat lagi, aku geleng kepala dan ckp kt ummi, kakna dh serupa bervk. Dia xdela pandai sgt masak, tp dia selalu tolong ummi kt dapur. Kdg2 dia tlg ambil adik aku kt asrama, adik aku bgtau kakna bawak kereta mcm org g1la, laju mcm bwak ferrari. Tp kakna dlm kasar2 dia, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak2 saudara aku dtg, dia mmg suka melayan baca buku cerita, main colour2 dan lukis,smpai kadang ada yg taknak balik, nk tido dgn kakna. Kakna pandai layan kerenah budak2.

Kakna ni jenis yg happy go lucky jgk la. Kalau tengok tv sorang2 pn dia boleh gelak mcm langsuir. Tak pernah aku tengok dia ada masalah. kdg2 kalau org tanya dh berisi ke belum, air mukanya berubah jugak, tp lepas tu kakna sengeh saja. Ada sekali tu aku baru balik rumah dgn abg aku, tengok kakna tgh pnjat bumbung. Punya la cuak aku menjerit kakna dh g1la ke apa. Masa tu abg aku pn melaung sama marahkn dia. Rupanya dia nk ambik anak kucing kt atas bumbung, katanya kesian dr td mengiau xreti trun. Abg aku marah2 smpai menangis kakna. Itulah pertama kali aku lihat dia menangis. Tapi dlm sedu tangisan sempat dia jawab, abg ingat ana boleh tido ke kalau kucing ni m.t1 sbb jatuh dr bumbung? Baru2 ni, ummi aku sakit trgelincir dlm blik air. Kakna la siang mlm jaga ummi.

Kakna aku ni ada lulusan ijazah nurse,walaupn x kerja tp skill dia cukup mantap bg aku yg xpernah jaga org sakit ni. Mandi, tukar lampin, suap makan,semua kakna buat. Sampaikan aku sendiri segan dgn dia. Aku sendiri ni pn rasa agak kekok nk uruskn ummi, mujur ada kakna. Pernah aku slow talk ngn ummi, mintak maaf sbb xdpt jaga ummi sepenuh masa. Ummi ckp xpe, kakna ada. Ummi tau aku xsuka kakna, ummi ckp jgn nilai org luaran sahaja. Tengok dlm ramai2 kakak ipar kamu yg lawa2 tu, ada ke diorg sanggup tggu ummi kt hospital dlu. Aku rasa bersalah sgt kt kakna. Teringat dlu pernah aku ckp2 belakang pasal kakna. Jahatnya aku. Skrg ummi dh boleh bjalan balik, guna tongkat. Kakna masih duduk dgn kami, walaupn abgku dh beli rumah lain. Kata kakna, nk jaga ummi dlu. Rumah tu xpe, xlari pun. Hubungan aku dgn kakna pn semakin baik.

Beberapa hari yg lalu aku sempat tanya abgku, knp syg sgt dgn kakna? Abg aku jawab, mula2 jatuh cinta dgr suara. Lepas tu abg uji sikit2, alhamdulillah abg yakin dgn pilihan abg. Aku tnye la, abg xrasa ke kakna tu kasar sikit? Abg aku jawab, dalam bilik lain. Hahahahaha. Bongok gak abg aku ni. Kesimpulan. Pengajaran yang kita dapat daripada kisah ini ialah jangan mudah menilai orang daripada luaran. Kenal dulu hati budi baru kita tahu siapa dia. Biasalah manusia,mana ada yang sempurna, kekurangan pasti ada dalam setiap diri manusia. Kongsikan.Semoga bermanfaat. Sumber IIUM




Pelik Bila Lepas Nikah Isteri Tiba Tiba Berubah. Satu Hari Tu Suami Dalam Diam Tengok Hp Isteri Terkejut Bila Buka Terbongkar Semuanya. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Man, asal KL tapi bekerja di Perak. Kerja syarikat swasta. Umur hujung 20 an. Cuma nak kongsi kisah ringkas buat pengajaran untuk pembaca semua. Aku sudah berkahwin hampir 2 tahun, belum dikurniakan cahaya mata. Perkahwinan kami asasnya suka sama suka, tapi sangat jarang berhubung dalam tempoh bertunang, jadi boleh katakan kami hanya bercinta selepas nikah.

Dalam tempoh bertunang alhamdulillah tiada apa apa halangan berlaku. Namun ujian aku berbeza, aku diuji selepas berkahwin. Awal perkahwinan kami amat bahagia, kami sempat berbulan madu, berjalan jalan, orang kata kentut masih wangi. Tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hubungan kami terasa dingin dan makin dingin, aku tak tahu di mana punca. Aku mula bersangka buruk pada isteri tiap waktu, untuk makluman semua dah 2 tahun aku ber “PJJ” dengan isteri. Isteri aku seorang guru mengajar subjek agama berlainan negeri, sebab dapat tawaran kat sana, jadi sangat jarang berjumpa. Sebulan mungkin sekali atau 2 kali je berjumpa. Isteri duduk dirumah ibu bapanya. Asalnya ikut aku di Perak, tapi lepas dapat tawaran dia dapat balik negeri dia dan sekolah tak jauh dari rumah keluarga dia.

Makin lama kami kurang bertegur sama ada call atau mesej. Semua bermula dari aku dulu, kalau aku tak tanya, isteri memang takde nak mesej. Kerja aku pun sibuk, ada shift, kadang tak sempat nak call atau mesej, tapi bagi aku saling bertanyalah, baru adil. Maaf agak peribadi, secara jujur dalam tempoh perkahwinan aku belum pernah bersama dengan isteri. Aku tak tahu nak cerita kat siapa, boleh bayang macam mana ketahanan aku? Isteri depan mata boleh tengok je. Asal berjumpa tengah ‘cuti’, asal nak cakap penat, cakap ngantok. Sebab tu belum ada anak. Ada yang pernah cakap kenapa tak ikut isteri pindah sekali kan lagi mudah kawalan. Aku bukan taknak, tapi alhamdulillah rezeki aku kerja kat sini gaji hampir 5k.

Kalau ikutkan dia tak payah kerja pun boleh, cukup sangat nak sara. Aku bukan tak pernah applykan sekolah area sini, dapat dah pun, tapi isteri yang taknak. Yelah sana dekat dengan rumah dia. Cerita ni berlarutan sampailah beberapa bulan lepas aku balik, Allah nak tunjuk dekat aku, isteri aku lupa log out fb dia kat laptop. Aku buka dan sangat terkejut, aku ambik jugak hp dia (waktu dia tidur) dan aku buka (mujur aku pernah nampak dia taip password), dalam tu bukti semua kekusutan aku terjawab. Rupanya isteri aku ni sngsng, Allah.. aku sangat terkejut, mengucap panjang aku, aku tengkok gambar, video, whatsapp, sangat menjijikkan.

Aku tak sangka dia macam tu. Dan aku check balik kat fb dia, sebenarnya benda ni dah berlarutan 2,3 tahun sebelum aku kawin dengan dia lagi. Aku terfikir, adakah dia berkahwin sebab dia nak tutup aib, atau keluarga paksa sebab dah tahu rahsia anak, tapi sasaranya siapa ?AKU. Positifnya aku fikir Allah nak uji aku, tapi ujian sangat berat, dalam syarikat aku sebagai eksekutif ramai kenalan, aku ada keluarga besar, aku fikirkan apakah kesan selepas ni. Aku pegang hp dia, memang ikutkan aku langsung tak pernah pegang hp dia, sebab dia tak bagi, kalau tidur dia letak bawah bantal. Tapi malam tu, dia cas hp dan letak sebelah laptop dekat ruang tamu, aku cuba kawal marah, waktu tu ibu dan ayah dia dah tidur, aku seorang diri dekat ruang tamu, isteri aku dah tidur kat bilik.

Esok paginya lepas sarapan, aku panggil dia masuk bilik dan sekali lagi aku cuba kawal marah supaya ibu dan ayah dia tak dengar, aku mintak penjelasan dia, Hampir 2 jam aku dengar dan membalas. Selama ni yang aku anggap isteri yang baik, solat malam tak tinggal, tapi ini perbuatan dia belakang aku. Pagi tulah terbongkar semua. Dia dah mula tinggi suara, marahkan aku, salahkan aku, seolah aku membuka aib dan pekong dia. Tapi aku tak tahu macam mana, aku tak marah kat dia, aku bagi peluang kat dia. Dengan harapan isteri aku berubah dan menyesal perbuatan dia tu. Cikgu agama apakah begitu ? Silap hari bulan anak murid jadi sasaran. Aku walaupun bukan ustaz tapi aku tahu basic agama, aku tahu mana haram mana halal. Patutlah isteri makin tak bertanggungjawab, selama ni fokus dia dekat kawan dia tu, dan lagi sadis, kawan dia pun baru berkahwin. Kesian suami dia sama macam aku nanti.

Dan aku ada terbaca, golongan macam ni terutamanya perempuan ada lah yang paling susah sekali nak kesan, elok berjubah, elok bertudung labuh, tapi disebalik tu kita tak tahu, Mungkin ni ujian aku, sekarang aku buntu tak tahu nak buat apa. Lepas kisah tu, aku buat biasa depan family dia. Aku balik ke Perak semula pun macam biasa, family dia dan family aku belum tahu kisah ni. Aku yang rasa tertekan, stress, kerja aku tak boleh nak fokus. Dah 2 bulan aku tak balik, aku duduk tak berurus dekat rumah sewa. Dalam 2 bulan ni dekat 7 hari aku dah cuti. Tapi aku tengok kehidupan dia normal, macam langsung tak bersalah. Aku follow je status whatsapp dia, fb dia, macam takde apa apa yang berlaku.

Tapi beberapa hari lepas, dia whatsapp aku, mintak aku lepaskan dia. Lagi bertambah stress aku. Memang aku rasa dia langsung takde perasaan dekat aku selama ni. Aku fikirkan majlis dia yang lalu, majlis aku yang lalu, usaha ibu ayah dia, mak ayah aku, aku rasa kalau keluarga masing masing tahu agaknya aku yang dipersalahkan. Tapi bukti ada aku simpan, sempat aku snap mana yang penting dekat hp aku. Dan kalau takde bukti, aku tak rasa keluarga dia boleh terima. Sebab dia keluarga yang baik-baik, kebanyakan adik beradik dia mengajar agama, jadi kalau aku balik hujung bulan ni, akan ada konflik terbesar yang akan jadi. Aku tak tahu apa perlu buat sekarang, nak berhadapan dengan keluarga, kawan kawan, staff syarikat,

kalau jadi berpisah, aku rasa macam aku buat satu kesalahan paling besar dalam hidup, track record aku dah buruk, aku menyumbang angka perpisahan. Aku rasa tu dulu cerita aku, tak mampu nak taip dalam sedih ni, suami menangis. Kalau rasa kahwin boleh datang mudharat pada diri dan orang lain, lebih baik jangan berkahwin, sudahnya masing masing dalam kesusahan. Sumber: krt PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.


Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم