Wanita dakwa dirasuk roh Tangmo Nida, mer4ung kesejukan bawah jambatan

RAKAMAN video seorang wanita menangis sambil meminta tolong didakwa dirasuk roh mendiang Tangmo Nida menjadi tular di aplikasi TikTok.

Wanita dakwa dirasuk roh Tangmo Nida, mer4ung kesejukan bawah jambatan



Menerusi akaun Rawangtan, video berdurasi seminit itu memaparkan seorang wanita meraung sambil memberikan petunjuk lokasi mayat Tangmo.

ARTIKEL MENARIK:Tak sangka ibu Tangmo Nida sanggup maafkan dua suspek selepas terima wang. Jumlah yang diterima buat ramai terkedu


Video itu dimuat naik di aplikasi berkenaan sehari sebelum penemuan mayat aktres berusia 38 tahun itu pada Sabtu lalu.

Dalam klip berkenaan, wanita berkenaan yang tidak dapat dipastikan identiti itu memberitahu dia sudah lemas dan kesejukan di bawah jambatan.

Wanita dirasuk roh Tangmo Nida.

“Tolong saya sejuk. Saya dah tak larat. Saya ada di jambatan. Saya lemas dalam air. Betul-betul saya sejuk!

“Sesiapa sahaja tolong saya. Mereka tangkap saya dan tenggelamkan saya. Mereka tak bagi saya naik atas. Saya dah mati.Tolong saya, saya dah tak larat. Emak dan ayah tolong, Phi Baht (nama seseorang yang tak dikenali).

Wajah terakhir Tangmo sebelum jatuh bot dan ditemui lemas.




“Phi Baht duduk dekat bot sahaja, tak tolong saya pun. Phi Baht tak nampak ke? Kenapa bodoh? Kenapa tak buat apa-apa? Tak cari saya pun,” kata wanita yang dirasuk itu.

Video dirasuk roh Tangmo itu menerima lebih 12 juta tontonan dan hampir 800,000 tanda suka.

TONTON VIDEO WANITA DIRASUK INI!

 

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم