BELUM reda insiden di kedai serbaneka 7-Eleven mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long ‘mengamuk’ kerana anaknya dituduh mencuri, netizen pantas menularkan kembali videonya memaki hamun pekerja di cawangan restoran makanan segera KFC.
Walaupun telah membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya, wanita berkenaan terus menerima kecaman dan sindiran netizen di media sosial.
ARTIKEL MENARIK:Anak Lelaki Kak Long Cerita Kejadian Sebenar Dalam 7Eleven, Rupa-Rupanya Dituduh Curi Mainan, Dakwa Siap Diugut
Video Berada Di Bawah Artikel
Kisah Kak Long kini dijadikan meme atau bahan gurauan di media sosial, di mana netizen meminta pihak lain berwaspada bagi mengelakkan kejadian ‘amuk’ berulang.
Meme tersebut menunjukkan dua lembaga dengan wajah tengkorak sambil membawa senjata tajam beralih dari dua pintu terbuka yang tertera logo dua premis yang terlibat dengan insiden ‘Kak Long’ ke pintu lain yang bertutup dengan logo sebuah lagi restoran makanan segera.
Tangkap layar video tular Kak Long memaki hamun di sebuah restoran makanan segera.
Terbaharu, pasar raya terkemuka, Mydin tidak terkecuali melakukan meme tersebut dengan penambahan pintu dengan logo premis itu, berserta amaran ‘no entry’ (dilarang masuk).
“Dah letak no entry. Harap tak masuk,” tulis Mydin menerusi ciapannya di laman Twitter, sebagai reaksi kepada perkongsian seorang pengguna, pada Jumaat malam.
Posting di laman Twitter rasmi MydinMalaysia yang diulang kicau lebih 1,000 kali sejak Jumaat malam itu ternyata menghiburkan pengguna Twitter yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang lucu.
Rata-rata mereka turut memberikan emoji ketawa.
“Adeh! Menakutkan betul lah.”
“Elok-elok, nanti buat live kat depan main entrance bising-bising.”
“Pintu belakang jangan lupa kunci juga. Atas bumbung pun tengok, takut-takut boleh tembus ke dalam,” demikian antara komen-komen netizen.
ALIFF SYUKRI BUAT PARODI KAK LONG
Memang ramai yang buat parodi terutama di TIktok menggunakan suara Kak Long Baizura ketika memarahi pekerja 7 Eleven
Tetapi parodi daripada Dato Aliff Syukri yang membuat Kak Long terpaksa komen.
VIDEO :
Menurut Kak Long, sekarang dia dan keluarga dalam keadaan sedih akibat dihentam netizen dengan teruk.
Malah perniagaan dia telah pun terjejas berikutan video 7 eleven dan video KFC baru baru ini.
Terdahulu, video wanita berkenaan ‘mengamuk’ di 7 Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial.
Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).
Namun kurang daripada 24 jam selepas ‘amukan’ berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.
Pada Khamis, wakil 7 Eleven pula tampil mengeluarkan kenyataan dan menceritakan perkara sebenar, serta meminta masyarakat agar berhenti mengecam wanita berkenaan.
Sumber : MSTAR ONLINE
Edited: AwatttSyeikhh Network via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
إرسال تعليق