Nampaknya isu harga nasi arab Chef Ammar yang viral belum sampai ke penghujung lagi. Setiap hari, masih ada isu dari segi aduan, pertikaian dan rasa tak puas hati netizen terhadap apa yang berlaku.
Terbaru, seorang lelaki mengamuk apabila mendapati harga nasi arab yang sepatutnya RM50 menjadi RM65 gara-gara membeli dari runner buat ramai geram!.
ARTIKEL MENARIK:Petani dilayan macam penj3nay@h.” – D@kwa t3ngking orang awam, netizen melu4t tengok sikap petugas ‘kerek
“Aku kena game ke! Mula2 beli harga RM60, tiba2 naik RM65 pula…”
Perkongsian @ezzuchang di Tiktok mengundang kecaman ramai yang menyifatkan lelaki ini hanya sekadar inginkan publisiti ketika dia menularkan pertikaian harga di mana umum mengetahui akan kebenarannya.
Dalam video, lelaki ini siap meminta penjelasan dari Chef Ammar sendiri untuk menerangkan tentang ‘markup’ harga yang menjadi punca kemarahannya.
“Pakai orang tengah memang laaa…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluat dan geram dengan luahan empunya video yang disifatkan tidak memahami maksud harga ‘markup’ yang ditetapkan oleh runner.
Malahan, mereka menyarankan untuk lelaki ini membeli sendiri dengan beratur panjang selama berjam-jam untuk merasai sendiri pengalaman ‘manis’ membeli dengan hasil titik peluh snediri.
“Beli sendiri senang banyak bunyi pulak…”
“Sesuai la tu rm15 untuk orang malas…”
“Sebelum proceed dah tahu kan harga…”
Risau beratur lama tak dapat, wanita ini sanggup beli nasi Chef Ammar dari “Reseller”
Walaupun harga nasi arab mandy dari chef itu ma’hal, ia semakin mendapat sambutan ramai sehinggakan ramai orang sanggup beratur panjang dan lama untuk membelinya.
Sekali lagi, i’su berkaitan Chef Ammar mendapat perhatian iaitu terdapat segelintir individu sanggup menjadi reseller kepada nasi arab itu.
Walaupun harga agak ma’hal (RM65) dari harga yang dijual dari Chef Ammar (RM50), dengan perbezaan RM15, ia tetap mendapat sambutan
Risau beratur lama tapi tak dapat
Selain itu, terdapat juga pelanggan yang ri’sau jika tidak dapat membeli nasi arab, selepas penat lelah beratur panjang.
Makan tidak hairanlah mereka sanggup beli pada harga yang lebih ma’hal sedikit asalkan dapat merasa air tangan chef itu.
Video perkongsian jual beli nasi arab itu berjaya meraih tontonan sebanyak 679.1K, 30.4K dan hampir 1k komen.
Respon netizen
Video yang dikongsikan ini turut mendapat respon dari netizen yang beranggapan tindakan individu tersebut bukanlah satu perkara yang tidak baik kerana mereka tidak memotong barisan orang lain.
Ali Alfamia : upah beratur tak salah pun. Janji pembeli bersetuju.
“Bang, kira profit bukan macam tu” – Lelaki kira jualan Chef Ammar RM2.7 juta sebulan, kena ‘sekolah’ dengan netizen
Sebuah video dimuat naik oleh seorang pemuda di TikTok mendapat perhatian ramai warganet baru-baru ini.
Menerusi rakaman berkenaan, pemuda dikenali sebagai Arif itu telah membuat ‘kira-kira’ jumlah jualan kedua-dua jenis nasi arab dijual oleh Chef Ammar.
Difahamkan, Arif sendiri telah bertanya kepada salah seorang staf Chef Ammar jumlah bungkusan yang berjaya terjual dalam sehari.
1,200 untuk ayam, 1,200 untuk kambing.”
Arif kemudian membuat kiraan jumlah jualan diperolehi chef itu dalam sehari. Jika mengikut kiraannya, Chef Ammar mendapat jumlah jualan sebanyak RM90,000 sehari dan dalam tempoh 30 hari iaitu sepanjang bulan Ramadan, jumlahnya mencecah RM2.7 juta!
Bagaimanapun, video Arif itu mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada netizen di mana rata-ratanya mengatakan bukan begitu caranya untuk membuat perkiraan.
Menurut mereka, kiraan Arif itu adalah jumlah jualan bukanlah keuntungan seperti yang dikatakan oleh pemuda berkenaan.
Bukan hanya netizen tetapi video itu turut mendapat perhatian Chef Ammar sendiri yang meninggalkan komen.
Chef Ammar itu meminta agar Arif tidak membuat ‘content’ sewenang-wenang memandangkan keuntungan bukannya dapat secara maksima.
Sebaliknya banyak perkara perlu diambil kira seperti gaji pekerja, bayaran sewa premis beberapa restoran miliknya, kos bahan-bahan serta macam-macam lagi.
SUMBER:Tiktok – ezzuchang, redaksi via
إرسال تعليق