Kuala Lumpur – Ramadhan tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib apabila menjalaninya tanpa isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan arwah.
ARTIKEL MENARIK:Berkawan Dengan Sk@nd4l Shuk? Bekas Sahabat Dedah Semua Cerita Ira Kaza
“Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap.
“Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwah masih bersama.
“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwah. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujar Shuib.
Dalam pada itu, Shuib berkata, selera makan yang masih tidak menentu menyebabkan berat ba.dannya semakin menurun.
Namun, demi anak-anak, Shuib berkata, dia cuba mem.aksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas.
“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak s.akit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.
“Berat badan saya menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. Kalau hitung-hitung dan ikutkan selera sekarang ini, boleh turun lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” ujarnya.
Nampak tenang saat dikerumun media bercakap tentang tentang perjalanan Ramadan dan persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri tahun ini, bapa tunggal kepada empat cahaya mata itu tidak dapat menahan sebak.
Air matanya bukan setakat berlinanangan bahkan bercucuran jatuh disaksikan semua orang. Sembilan bulan selepas kehilangan isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, dia tidak kisah andai orang ramai terus mengk.ritik dirinya masih berduka dengan semangat hidup yang belum pulih sepenuhnya.
“Saya tak kisah pun orang nak cakap apa. Banyak benda yang saya dah lalui. Bermacam-macam. Selagi kita berpegang dengan apa yang kita tahu dan apa kita rasa, kita jalan sahajalah.
“Sebab yang merasakan adalah kita. Sembilan bulan, rasa macam semalam baru berlaku.
“Kalau nak fikirkan sangat pasal orang, nak buat apa pun saya tak boleh. Saya tert.onggeng di rumah, tahan menangis di depan anak-anak, netizen tak datang rumah ketuk pintu beri pertolongan.
“Mereka hanya boleh beri sokongan di media sosial tapi realitinya, tiada siapa tawar nak buat kaunseling percuma buat saya,” ujarnya.
Shuib, 38, ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Indigital Music di Hotel Royal Kuala Lumpur, malam tadi.
Tidak mahu bersikap pentingkan diri sendiri, Shuib bagaimanapun menegaskan bahawa kehidupan harus diteruskan demi anak-anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan.
“T.ipulah kalau saya cakap semua yang sedang berlaku senang. Puasa dan raya tanpa dia. Tapi, nak tak nak, kita kena lalui. Saya percaya, ada benda baik akan berlaku pada masa hadapan. Cuma nak lalui fasa ke arah itu mungkin agak berat sedikit. Sedih memang sedih.
“Hari pertama puasa, semua keluarga rapat datang rumah berbuka sama. Dalam pada nak tunggu waktu berbuka itu, saya perasan sebelah kiri saya, meja empat segi, memang tempat Sarah pun, ada satu pinggan kosong tapi berisi nasi.
“Abang ipar tanya, nasi untuk siapa?. Saya jawab tak tahu dan semua pun berpandangan antara satu sama lain. Dalam hati saya, nasi ada tapi kerusi itu yang kebiasaannya jadi tempat Sarah duduk kosong,” jelas Shuib.
Tabah berpegang kepada prinsip kehidupan harus diteruskan, pelantun lagu Sampai Tua itu memberitahu, buat masa sekarang, tidak banyak persiapan menyambut hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi.
“Belum ada persediaan. Belum bincang atau fikir nak pakai baju warna apa. Tapi bila fikir balik, tak boleh layan perasaan kita saya sebab anak-anak mereka sangat bersemangat.
“Cuma, saya rancang nak balik kampung tapi mungkin lama sedikit dan selepas itu, nak bawa anak-anak pergi bercuti. Maknanya raya tahun ini tiada di rumah sangat, tiada nak beli juadah apa semua. Baju raya tengok nanti dua tiga hari lagi kita cari,” katanya.
Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia PPUKM a.kibat C.vid19.
Allahyarham menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Kredit : Mstar/via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
إرسال تعليق