SEJAK kontroversi adegan panas lakonannya bersama Siti Hariesa tercetus, Zul Ariffin mengambil keputusan untuk menyepi seketika dalam Instagramnya. Mungkin kerana terlalu banyak kritikan yang mnkm dada dan menjauhkan diri seketika adalah jalan terbaik baginya.
Namun, seperti sudah reda, Zul menarik perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto bersama kapsyen berbaur motivasi, sempena awal Ramadan beberapa hari lalu. “Apabila keadaan semakin sukar berlaku, individu yang kuat akan mengharunginya. Salam Ramadan semua,” tulinya ringkas.
ARTIKEL MENARIK:Aisar Khaled kali ni teruk dikritik oleh warganet lepas muat naik content tayang duit, sekali komen Wak Doyok paling win
KOMEN KOMEN WARGANET:
“Tiada satu manusia pun yang terlepas dari membuat kesilapan… Yang penting tabah and get back on track. Inshaallah segalanya dipermudahkan. Ramadhan Kareem” “Allah takkan duga diluar kemampuan kita…diduga bermaksud Allah sygkan kita…i know u r storng man handsome..keep moving ya..xoxo” “Amboi temenung tu.. lama tak jumpa kat set” Harap pelakon kesayangan ramai itu akan terus teguh dan tidak sesekali ‘tumbang’ selepas dirinya dilanda kontroversi seperti sebelum ini. Kritik pun, tipulah kalau Zul muncul dengan drama baharu, kalian semua tukar saluran televisyen kan. Sumber, Kosmo Online / IG Zul Ariffin
Ramai Lagi Yang Masih Kritik Zul Ariffin, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Respon Dari Rozita Che Wan.
BERFIKIRAN matang dan rasional merupakan cara terbaik untuk seseorang pelakon itu memilih watak bagi mengelak berlaku sebarang kontroversi. Menurut pelakon Rozita Che Wan, 49, sebagai pelakon mereka berhak untuk mendapatkan penjelasan daripada pengarah drama atau filem jika diminta melakukan aksi yang sensitif. “Mereka perlu lebih matang. Kepada pelakon baharu, apabila pengarah suruh buat sesuatu (yang sensitif). “Anda kena tanya kenapa dan kena fikir juga akibatnya nanti. Jangan membta tuli buat,” katanya kepada mStar. Rozita ditemui pada majlis Woman of Excellence Awards 2021/2022 yang berlangsung pada Khamis malam.
KOMEN WARGANET:
“Ini bru btul bgi teguran,bukan macam sorang tu backup membe dikatanya warganet hati iblis” “Sepatutnya pengarah tu yg kena pikir ok x buat flum mcm ni bukan nk cari duit jar apa pun alasan hukum nya tetap berdosa sb byk orang yg lihat pasti salah paham baik tak baik kita pula dapat dosa kering” “Tpi klau dulu silap sikit artis d gam, tpi yg ini dh melampau batas, dh prnh buat silap minta maaf tpi buat lgi mungkin bayaran tinggi kot” Sumber, MSTAR ONLINE
Teruk Kena Kritik Dengan Warganet, Sekali Ada Sumber Dedahkan Ini Keadaan Terkini Zul Ariffin Buat Ramai Yang Terkedu. Kuala Lumpur: Tidak adil untuk heret Zul Ariffin saja ke mahkamah, sepatutnya semua yang terbabit dalam penggambaran itu perlu diheret bersama. Pandangan itu disuarakan Penasihat Undang-Undang Prof Madya Dr Salawati Mat Basir daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mengulas kes pelakon popular itu berkongsi babak panas lakonannya di media sosial. Zul akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Salawati berkata, tindakan pendakwaan ke atas aktor itu adalah wajar kerana jelas tak patuhi peruntukan, namun kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas bahu pelakon itu sahaja.
“Pada saya, (adegan) sudah tak senonoh tu, kalau ada pendakwaan kepada dia, dia kena jawab jika tak patuh akta dan peruntukan. “Memang wajar dikenakan tindakan, tetapi sebenarnya semua yang terbabit perlu diheret ke mahkamah, bukan pelakon sahaja sebab pelakon tidak akan buat kalau tiada skrip. “Memang jelas dia (Zul) buat (adegan panas itu) tetapi ada ke pelakon itu yang rakam sendiri, konon untuk tayangan kedua ke, ketiga ke… tetapi salah tetap salah dan tak patuh akta,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Dr Salawati menegaskan semua pihak yang berkaitan drama lakonan panas Zul perlu bertanggungjawab.
“Tidak adil jika aktor dan aktres sahaja kena… yang lain tidak kena, sedangkan yang merakam, mengarah semua ada di situ. “Kalau nak heret dia (ke mahkamah), jangan heret dia seorang, yang lain kena juga sebab saya tidak rasa dia buat berseorangan… dia pun tahu benda ini salah,” katanya. Ditanya sama ada tindakan mengheret pelakon itu ke mahkamah boleh memberi pengajaran kepada anak seni lain, Salawati berkata, ia pengajaran yang sewajarnya untuk semua pihak, agar tidak sesekali menyentuh isu sensitif. “Masyarakat kita sebenarnya sedang berada dalam keterbukaan, cuma adat dan budaya kita tidak membenarkan lagi, tetapi kalau dia (Zul) dikenakan tindakan, memang boleh menjadi pengajaran kepada syarikat produksi lain yang nak buat filem atau drama, kena berhati-hati dan jangan sentuh isu sebegini,” katanya.
Menurutnya, semua pihak tahu apa yang dipaparkan dalam drama atau filem berlaku dalam realiti kehidupan, namun ia tidak manis untuk ditunjukkan dalam lakon layar. “Jangan kita nak bandingkan dengan drama Indonesia yang sangat terbuka dengan adegan sebegini, kita kat (di) Malaysia tidak sesuai macam ini,” katanya. Menjawab sama ada persaingan dengan drama luar negara menyebabkan pengarah tempatan semakin berani, Salawati berkata, tidak timbul isu itu sekiranya jalan cerita yang dipaparkan menarik dan sesuai untuk tontonan. “Kalau cerita bagus, ‘rating’ tinggi juga, macam (contoh) drama Nur… siap tutup aurat, elok saja diterima penonton. Jalan cerita yang masyarakat nak, bukan aksi sebegitu,” katanya.
Setakat ini dia nampak okey. Zul Ariffin dalam keadaan baik, jalani penggambaran seperti biasa. Menurut sumber, keadaan pelakon tersebut baik dan dia masih hadir menjalani penggambaran mengikut jadual ditetapkan. “Keadaan dia biasa sahaja, okey. Dia pun selamba, tak ada apa-apa.Tak adalah nak kata terkesan. Bagi saya, mungkin dia sudah banyak kali kena kritik. “Setakat ini dia nampak okey, tak ada apa pun,” katanya. Dalam pada itu, sumber tersebut juga mengesahkan buat masa ini pelakon terbabit tidak merancang untuk tampil memberikan penjelasan tentang kontroversi yang melanda dirinya. “Saya tidak pasti tentang itu. Dia senyap, tidak update apa-apa. Semalam pun dia habis shooting agak lewat,” katanya lagi. Semalam, pelakon filem Penunggang Agama itu mengesahkan telah hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM bagi membantu siasatan berhubung kontroversi drama berjudul Perempuan Itu. Kredit, UN/HM/IG
Kredit - Era Kini.
إرسال تعليق