Mummy Dah Happy! Mas Idayu Nikah September Ini. Pekerjaan Bakal Suami Di Beritahu

Penyanyi dangdut Mas Idayu mendedahkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seseorang, namun masih belum bersedia untuk berkongsi siapakah gerangan lelaki berkenaan.

Mummy Dah Happy! Mas Idayu Nikah September Ini. Pekerjaan Bakal Suami Di Beritahu



Namun Mas Idayu memberi bayangan individu tersebut juga dikatakan turut bekerja dalam industri hiburan.

ARTIKEL MENARIK:Lama menghilang lepas teruk kena kritik, kali ni Zul Ariffin mula muat naik sesuatu buat ramai yang terkedu


Sedang mengenali seseorang

Ujarnya lagi, dia tidak menyangka selama 15 tahun hidup sendiri, akhirnya ada yang ‘mengetuk’ pintu hatinya dan tidak menolak kemungkinan akan membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil nak jawab soalan ini. Selama ini saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru walaupun banyak lelaki cuba mendekati. Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat tetapi jika saya okey, anak pula sebaliknya.

Sebenarnya saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab sudah tiba masanya untuk saya ada teman.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 50 tahun ini tidak menyangka bahawa doa yang dipohonnya itu membuahkan hasil dan dipertemukan dengan seseorang yang turut bekerja dalam industri hiburan.

Saya tak sangka dia hadir dalam hidup saya walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama. Tahun lalu ada yang cuba usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh saya katakan dia bukanlah selebriti.

Dah keluar bersama beberapa kali

Tambahnya lagi, dia bersama individu berkenaan sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan mereka berjalan dengan baik.

Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja, InsyaAllah.

Mas Idayu Nikah Penerbit Eksekutif September Ini!

Penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya juga penerbit eksekutif di sebuah stesen televisyen, Muhammad Sufian Che Isa pada September depan.




Kata Mas Idayu, dia dan Sufian sudah saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 dan baru menjalin hubungan serius sejak beberapa bulan lalu.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Apatah lagi selepas 15 tahun hidup sendiri. Cuma dua tahun kebelakangan ini saya memang berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.

“Dalam diam siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Dari hanya usikan rakan-rakan pada program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu membawa kepada hubungan yang serius.

“Peserta LCK yang tak kahwin, akhirnya kami pula yang bakal berkahwin. Inilah yang dikatakan jodoh. Doakan semoga perancangan kami dipermudahkan,” katanya.

Mas Idayu ditemui pada majlis berbuka puasa dan infaq Ramadan Dapur Pasak & Amaris di Heritage Chicken Rice, Taiping, Perak pada Sabtu.

Berkongsi lanjut mengenai hubungan mereka, Mas Idayu juga juri tetap program TV berkata Sufian sudah datang berjumpa kakak sulungnya.

“Tidak ada istilah dia melamar saya pun. Kami masing-masing faham isi hati. Dia terus cakap nak jumpa keluarga saya yang kebetulan datang dari kampung.

“Tentu saja saya gembira. Bukan kerana nak kahwin, tapi lebih pada saya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaga saya. Malah, anak saya juga yang aturkan tempat untuk kami berjumpa empat kali.

“Kalau nak bercakap soal persiapan, sekarang ini sudah 30 peratus siap. Tempat pula ada beberapa, tinggal nak pilih saja,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu juga penyanyi lagu Robek Hatiku pernah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

kredit: astro gempak 

viaTrending Sangat

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم