“masyallah..” Ini Reaksi Shuib Bila Ada Gadis Iras Arwah Siti Sarah yg Mengejutkan Ramai

Seorang gadis jadi tumpuan ramai apabila video dia menyanyikan lagu popular Siti Sarah Raissuddin berjudul Kesetiaan menjadi tular.

“masyallah..” Ini Reaksi Shuib Bila Ada Gadis Iras Arwah Siti Sarah yg Mengejutkan Ramai



Rakaman di sebuah majlis perkahwinan itu tular kerana wajahnya dikatakan mirip dengan penyanyi berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Saya tidak kahwin senyap-senyap dengan jutawan sebelum puasa, baru dalam fasa kenal hati budi, kata Mawar Karim


Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat komen segelintir warganet yang membandingkan suaranya dengan Siti Sarah.

“Muka ada iras tapi suara tak. Wow sekali pandang memang sama. Dua kali pandang masih sama. Tapi terperanjat sebab suara lain,” demikian antara komen netizen.

Gadis berkenaan, Nurul Amera Sulaiman mengakui dia amat terkejut apabila wajahnya dikatakan iras dengan Siti Sarah.

Jelasnya, video yang tular dirakamkan ketika dia menyanyikan beberapa lagu di majlis perkahwinan seorang rakannya di Puchong, Selangor pada akhir Mac lalu.

“Saya merupakan salah seorang pengiring pengantin, jadi pada hari tu saya berada sehingga selesai majlis. Masa tu nak dekat pukul 4 petang dan ramai tetamu dah balik.

“Jadi, saya luangkan masa untuk menyanyikan beberapa lagu termasuk Kesetiaan yang dipopularkan oleh Siti Sarah,” kata gadis berusia 21 tahun itu.

Amera yang lebih mesra disapa Meyy bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa wajahnya tidak seiras dengan Siti Sarah seperti yang diperkatakan warganet.

“Rakaman tu daripada sudut sisi saya menyanyi. Masa tu saya pakai bulu mata palsu, termasuk memakai tudung gaya seperti Sarah.

“Jadi, sekali pandang mungkin saya nampak macam Sarah. Sebenarnya tak seiras dan ini pertama kali saya disamakan dengan Sarah,” ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

Menurut pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Raudhah College di Cyberjaya itu lagi, walaupun tidak seiras tetapi persamaan yang diperkatakan itu dianggap sebagai penghargaan.

“Memang tak sama, tapi apabila pandangan orang luar menyamakan dengan Sarah sudah tentu saya terharu. Siti Sarah merupakan seorang penyanyi yang begitu disegani.

“Mengikuti perkembangan Siti Sarah semasa hayatnya, saya suka dengan keperibadian Sarah yang merendah diri,” katanya yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah tadika.

Menjadikan karya Siti Sarah seperti Kesetiaan dan Semakin sebagai lagu wajib dinyanyikan ketika berkaraoke, Amera akur personalitinya yang ceria merupakan satu-satunya persamaan dengan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Amera menyedari beberapa komen membandingkan suaranya dengan Siti Sarah, namun dia tidak berkecil hati.

“Sudah tentu tak sama, orang lain menyanyi mesti ada perbezaan.

Janganlah bandingkan suara sayan macam Siti Sarah yang hebat dan mempunyai aura tersendiri.

“Saya menyanyi sebagai Amera, bukan dibuat-buat untuk menyanyi seperti Siti Sarah. Biarlah saya menyanyi apa saja lagu dengan cara tersendiri.

“Cuma satu yang saya mahu seperti Siti Sarah, iaitu persembahannya yang begitu berkeyakinan dan memukau,” katanya.

Reaksi Dari Shuib


Setiap kali menjelang Ramadhan atau sambutan hari raya, air tangan isteri merupakan sesuatu yang paling dirindui oleh suami dan anak-anak.




Juadah kegemaran yang dihidangkan oleh isteri kita mungkin tidak sama dengan air tangan orang lain.

Begitulah apa yang dirasai oleh Pelawak Shuib yang terpaksa menjalani Ramadhan pertama tanpa bidadari di sisi.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan isterinya.

“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,”

Dalam pada itu, Shuib berkata, selera makan yang masih tidak menentu menyebabkan berat badannya semakin menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini.

“Saya jumpa pajeri nanas masakannya… Apabila ternampak saya jadi sebak, 10 tahun saya makan masakan itu”.

Selain itu, Shuib turut berkongsi rasa sebak apabila terjumpa pajeri nenas kesukaan yang dibuat oleh Allahyarhamah ketika membersihkan peti sejuk beberapa bulan lalu.

Menurutnya lagi, dia tidak menyangka tidak dapat merasai lagi juadah tersebut selepas 10 tahun bersama.

Namun, demi anak-anak, Shuib berkata, dia cuba memaksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas.

“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sakit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.

Memetik temubual Portal Murai.my kepada Siti Sarah ketika hayatnya, bekas penyanyi itu memberitahu menu kegemaran suaminya semasa di bulan Ramadhan.

“Suami Sarah ni agak demanding sikit jadi ada specifik lauk yang dia nak especially Pajeri Nenas. Sama ada beli atau masak sendiri menu tersebut mesti ada di bulan Ramadan. Untuk anak-anak pula, Sarah akan pastikan ada ganjaran untuk mereka seperti bertanyakan menu yang mereka inginkan sebagai ganjaran buat mereka”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Kredit -Mstar 
viaROSE MERAH

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم