Peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz tampil bersuara selepas diminta oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memintanya untuk meninggalkan Malaysia.
“Saya Dilahirkan Di Sini”
ARTIKEL MENARIK:“Nak Buat Apa 200k Tu..”- Zulin Aziz Persoal Saman 200k Siti Nordiana. Sekali Dijelaskan, Mmg Mkn Dalam
Menerusi laman Twitter, Yazmin turut mempersoalkan pihak terlibat mengapa dirinya harus berpindah sedangkan dia dilahirkan di Malaysia. Malah, ahli keluarganya turut tinggal di sini.
“Tidak perlu menyuruh seseorang untuk meninggalkan negara. Ya, saya boleh berpindah keluar tetapi kenapa saya patut pindah?
Saya dilahirkan di sini. Keluarga saya tinggal di sini jadi ini adalah rumah kami. Lagipun saya adalah rakyat Malaysia.”-Yazmin Aziz
Persoal Adakah Hidupnya Akan Berbeza Jika Ibu Bapa Tidak Berpisah
Tambahnya, Yazmin turut meluahkan persoalan dalam dirinya adakah hidupnya akan berbeza jika ibubapanya tidak berpisah ketika dia masih muda suatu ketika dahulu.
“Saya tertanya-tanya jika hidup saya akan menjadi berbeza jika ibu bapa saya tidak berpisah semasa saya masih muda.
Mungkin hidup saya akan menjadi lebih kekal. Sekurang-kurangnya tidak akan menjadi keperluan untuk berpindah negara.”-Yazmin Aziz
Pelbagai Reaksi Netizen
Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta penyanyi berdarah kacukan Melayu dan Filipina ini agar terus bersabar dan mengabaikan kata-kata negatif yang dilemparkan padanya.
“Abaikan. Those who harp on that have entitlement issues.”
“Duduk je kat sini, we love Malaysia.”
“Sabar Bespren jangan layan sangat mulut-mulut puaka tu.”
“Warna warni dalam kerjaya anak seni. Be Strong.”
Sekadar info, ibu Yazmin adalah berbangsa Melayu. Manakala bapa dan bapa tirinya berasal dari Filipina. Yazmin juga pernah tingga di Filipa selama 5 tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber : murai.myvia
إرسال تعليق