Muat naik fesyen OOTD terbaru siap pakai singlet ketat, sekali ramai rindu sesuatu pada Emma Maembong

Emma tampil memakai singlet dan kongsi di IG. Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial apabila memuat naik video dengan penampilan yang dikatakan seksi dan mencolok mata.

Muat naik fesyen OOTD terbaru siap pakai singlet ketat, sekali ramai rindu sesuatu pada Emma Maembong



Menerusi perkongsian video di Instagram, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat menggayakan singlet putih ketat dan berseluar merah.

ARTIKEL MENARIK:Dedah bakal terima menantu, rupanya Nourul Depp bakal berbesan dengan pelakon terkenal


Dia juga dilihat tampil mengubah gaya rambut dengan bertocang panjang dan mewarnakan biru. Rata-rata pengikut meninggalkan komen menegur penampilan Emma yang dilihat semakin seksi dan membandingkan dengan penampilannya semasa berhijab dahulu. Selain itu, peminat juga mendoakan supaya Emma diberikan hidayah dapat menutup aurat dengan sempurna.


Antara komen warganet di IG.

“Semakin seksi sekarang! Kalau bertutup litup macam dulu balik kan lagi lawa. Simpanlah auratmu Emma! Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak. Semoga dapat hidayah, rindu Emma yang dulu. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Emma,” antara komen warganet.


Warganet rindu imej bertudung Emma dahulu.

Difahamkan Emma kini bersama keluarga dan kenalannya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Sebelum ini, Emma pernah beberapa kali menerima kritikan berhubung isu pemakaiannya. Nama Emma pernah menjadi kontroversi pada tahun 2019 selepas mengambil keputusan membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab bersama seorang lelaki tular dalam media sosial. Sumber, Mstar

Kongsi Rakaman Tangkap Ayam, Rupanya Ini Yang Warganet Perasan Pada Emma Maembong

Siapa tak kenal akn pelakon kacukan cantik ini. Pelakon wanita dikenali dengan nama Emma Maembong ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat lakonannya sesuatu yang luarbiasa dan sudah tentunya wanita ini memiliki pakej lengkap sebagai seorang selebriti. Wajahnya manis dipandang dan bila berlakon, tidak kira apa juga watak yang diberikan mampu dibawa dengan baik sekali. Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan pelakon jelita ini telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan Emma Maembong bersama dua ekor ayam. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat Emma Maembong berani tangkap ayam. Caranya perlahan dan pada awalnya nampak macam takut, tapi dengan selamba dia berjaya menangkap haiwan dua kaki tersebut. Cayalah Emma Maembong!

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan gelagat Emma Maembong berani tangkap ayam ini yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mochirachel. Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 7 ribu likes dan 147 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut. “Behave betul ehhh ayam tuu.. Kalau ayam rumah aku, lari tak cukup tanah dah”,“Ayam serama jinak macam tu mudah la kena ayam kampung yang tak ada kasih sayang belemoi hang tertomoih kat tanah”,“Eee takut, comelnya macam beby emma ni. 



Sape yang takut. Emma yang takut ke atau ayam tu yang takut”,“Ayam pun mentang2 Emma Maembong nak tangkap dia redo je hmm kemahenn”



Terbawa Bawa Karekter Sehingga Termarah Pembantu Peribadi, Emma Maembong Dedah Apa Berlaku Selepas Bawa Ganas

Siapa tak kenal dengan artis kacukan dan jelita Emma Maembong. Baru baru ini dia bimbang terbawa-bawa karakter seorang wanita garang, Emma Maembong akan cuba berehat seorang diri sebelum pulang ke rumah selepas penggambaran. Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, watak dalam drama terbaharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta benar-benar mengubah dia menjadi seorang yang berbeza. Katanya lagi“Saya takut terbawa-terbawa watak ini sehingga memberi kesan kepada keluarga. “Jadi apabila tiba di rumah saya akan terus berehat dan jauhkan diri dari keluarga. Saya akan ambil masa bersendirian dahulu. “Ada masanya saya dapat rasakan diri saya menjadi seorang yang cepat marah sehingga pernah tinggikan suara dengan pembantu peribadi,” ujarnya kepada mStar.


Emma bimbang watak dalam drama memberi kesan ke atas hubungan dia dan suami

Emma yang mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazril Azhar pada Februari 2020 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang berusia setahun. Dalam pada itu, Emma memberitahu dia sentiasa mengingatkan diri agar tidak terus melayan emosi cepat marah seperti yang dilakukan di set penggambaran. Katanya lagi “Saya akan ingatkan diri saya ini hanyalah lakonan dan sikap baran itu bukan diri seorang Emma Maembong. Saya perlu cepat-cepat tukar karakter apabila tamat satu babak. “Selain itu saya sentiasa cuba untuk jadi seorang yang periang dan kacau orang di set penggambaran. Kalau saya terus diam bersendirian bimbang watak yang dibawakan akan kekal dalam diri saya,” katanya. Pertama kali membawa watak sebegini, Emma akui agak sukar untuk mendalaminya ketika awal penggambaran. “Sepanjang bergelar pelakon, ini pertama kali saya bawa watak g4nas sebegini sehingga perlu mend3ra suami sendiri.


Fikry menjadi sasaran keg4nasan rumahtangga dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta

Katanya lagi, “Memang susah nak bawakannya dan saya juga gementar setiap kali di set penggambaran. “Selalunya saya akan pandang muka pengarah untuk melihat reaksi dia selepas saya melakonkan satu babak. “Ada masa saya juga kecewa dengan diri sendiri kerana merasakan satu babak itu boleh dilakukan lebih baik lagi,” jelasnya. Menerusi drama arahan Hadith Omar ini, Emma bergandingan dengan Fikry Ibrahim yang membawa membawa watak seorang suami yang menjadi mangsa dera isteri. Nusyuz Berkiblat Cinta ditayangkan setiap Ahad di saluran Astro Ria pada pukul 9 malam bermula 3 April ini. Sumber, rose merah


Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post