Pemandu CRV halang laluan ambulans ditahan. Alasan dia beri memang tak sangka

KAMPAR – Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV yang disyaki menghalang laluan ambulans di Kilometer 292 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini ditahan hari ini.

Pemandu CRV halang laluan ambulans ditahan. Alasan dia beri memang tak sangka



Polis sebelumnya memanggil pemandu dan pemilik SUV itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL MENARIK:Jasad anak masih belum lagi boleh dituntut, bapa tampil jelaskan sesuatu buat ramai sebak


Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kenderaan terlibat berjaya dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kampar.

Masalah Pendengaran



Katanya, hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan berusia 62 tahun itu mengalami masalah pendengaran ‘Tinnitus-Acoustic Neuroma’ sejak tiga tahun lalu.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit berkenaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Siasatan lanjut kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan

Sebelum ini, video berdurasi 37 saat itu tular selepas dimuat naik pengguna media sosial di laman Facebook semalam memaparkan SUV itu enggan memberi laluan kepada ambulans hingga memaksa pemandu ambulans ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.

Pengarah KKM Dr Hisham juga ada melahirkan kekesalan di laman facebook rasmi beliau

“Astaghfirullah masih ada pemandu yg pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak Ambulans walaupun siren ambulans sudah lama dibunyikan di belakang kereta Ini” – Nasihat Dr Hisham

KOSMO! ONLINE viaTrending Sangat



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post