Ramai tertanya wajah bekas isteri Halim Othman yang bernikah di Thailand, sekali anak perempuan tampil dedahkan sesuatu

“Raya paling bermakna”. Itu keterangan yang ditulis pengacara dan pelakon baharu, Myra Natasya Abdullah, 27, pada gambar dia bersama bapanya, pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 57, serta ibunya Yusnita Omar, 47, yang dimuat naik di Instagram.



Ramai tertanya wajah bekas isteri Halim Othman yang bernikah di Thailand, sekali anak perempuan tampil dedahkan sesuatu



Myra ketika dihubungi berkata, buat pertama kali dalam hidupnya, baru sekarang dapat merakamkan gambar bertiga bersama ibu bapanya itu.

ARTIKEL MENARIK:Puteri Sarah akhirnya bongkarkan ini yang Kazar pernah bagi tahu buat dia menyesal sekarang


“Inilah wajah ‘mommy’ saya yang juga bekas isteri, Halim Othman yang selama ini ramai orang tidak pernah tahu. Saya gembira dan bersyukur kerana Aidilfitri baru-baru ini, akhirnya dapat menyatukan kami bertiga serta bergambar bersama-sama. Susah juga pada mulanya untuk saya pujuk ‘mommy’ bergambar bertiga. Sebabnya bagi ‘mommy’ dia hanya orang biasa manakala, saya dan ayah pula memang terbabit dalam industri seni serta dikenali masyarakat,” katanya.


Myra berkata, tujuan dia berkongsi foto berkenaan kerana segala kemelut yang berlaku selama 27 tahun mereka sekeluarga sudah pun selesai dan tiada rahsia lagi. Malah, katanya hubungan bapa dan ‘mommy’ juga semakin baik. Mengulas penerimaan keluarga ibunya, Myra berkata, dia bertuah dikurniakan seorang ibu yang kuat, cekal dan sabar dalam menempuhi ujian kehidupan. Katanya, ibunya juga adalah ibu tunggal kepada lima orang anak.

“Mommy saya, orangnya hebat dan sudah 15 tahun menjadi ibu tunggal yang berjaya membesarkan kami lima beradik sendiri. Alhamdulillah, sekarang ‘mommy’ saya sibuk berniaga kek secara dalam talian. Dalam keluarga bahagia saya, seorang adik lelaki berusia 24 tahun sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata.

Cuma, saya dan tiga lagi adik berusia 23, 22 dan 20 tahun masih solo. Apapun, kami masing-masing sudah besar,” katanya. Ditanya juga mengenai ‘privacy’ ibunya yang mungkin akan menjadi perhatian media selepas ini, Myra berkata, ibunya seorang yang pemalu dan sudah menolak untuk ditemubual oleh beberapa wakil media kerana masih belum bersedia. Turut ditanya harapannya jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali, Myra berkata, sebagai anak tak dinafikan dia adalah insan paling gembira sekiranya masih ada rezeki jodoh mereka bersatu semula. Tetapi, takdir hidup manusia hanya Allah yang tentukan.






“Dalam hal jodoh ini, terserah kepada mereka berdua. Untuk saya sendiri, sudah sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana segala rahsia yang disimpan kemas selama ini sudah terlerai. Kini, kami sekeluarga dapat memulakan kehidupan baharu. Kami sudah boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa merahsiakan identiti lagi. Malah, saya juga dapat mengatur kerjaya seni dengan baik di atas segala peluang dan sokongan positif yang diberikan oleh semua pihak dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, pada awal April lalu media mendedahkan Myra juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan pelakon drama Republik Gombak di TV3 adalah anak Halim Othman selepas 27 tahun ‘dirahsiakan’. Walaupun ‘berbintikan Abdullah’, namun Myra adalah anak kandung Halim yang sah, hasil daripada perkahwinannya dengan bekas isteri, Yusnita pada 1994 di Thailand, namun tidak didaftarkan di Malaysia. Myra pula lahir pada 1995 dan dibesarkan sepenuhnya oleh ibunya, serta urusan perpisahan dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 ketika Myra berusia tiga tahun. Semasa berusia 10 tahun pula, barulah pertama kali Myra dipertemukan dengan bapanya, Halim. Sumber, Hmetro Online


Kredit -
Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم