Selamba isi angin dalam ayam untuk nampak gemuk, sekali tak pasal pasal mak cik penjual dikritik ramai

Adat jika anda berkunjung ke pasar basah untuk membeli bahan mentah seperti ayam dan ikan pastinya akan memilih yang terbaik dan segar untuk dibuat hidangan seisi keluarga.

Selamba isi angin dalam ayam untuk nampak gemuk, sekali tak pasal pasal mak cik penjual dikritik ramai



Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah video yang menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab peniaga ayam yang dilihat ‘curi-curi’ menipu timbangan dengan ‘mengepam’ ayam menggunakan pam angin.

ARTIKEL MENARIK:Kedai Nasi Arab Chef Ammar mula Tak Ramai Orang, Netizan Bqgitahu Sebabnya


Tindakan seorang peniaga yang dipercayai ‘mengepam’ ayam mentah jualannya di sebuah pasar, tular di media sosial dan meraih perhatian wargamaya. Menerusi video pendek dikongsi Fakta.Indo di laman Instagram, memaparkan seorang wanita yang bertindak ‘mengepam’ beberapa ekor ayam mentah sebelum ayam tersebut disusun rapi di atas meja.


Bagaimanapun, tindakannya ketika itu berjaya dirakam oleh seorang individu dan menerusi kapsyen video tersebut tindakan berkenaan dibuat supaya ayam tersebut nampak ‘gemuk’ dan secara tidak langsung dapat menarik minat pembeli yang berkunjung. Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info lanjut di mana dan bila kejadian ini berlaku dan menerusi ruangan komen rata-rata warganet kurang bersetuju dengan mekanisma yang diambil oleh peniaga ini. Sumber: Fakta.Indo via Oh Bulan

Lapor KPDNHEP jika pemborong jual ayam melebihi harga siling

Saharuddin bertanya mengenai harga dan bekalan ayam segar kepada peniaga ayam bakar di bazar Ramadan Batu Burok, pada Khamis. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu meminta peniaga ayam segar membuat laporan rasmi sekiranya ada pembekal dan pemborong menjual bahan mentah itu melebihi RM7.60.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, laporan rasmi dan bukti resit pembelian itu perlu untuk membolehkan siasatan dibuat serta mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti wujud kesalahan di peringkat pemborong. Menurutnya, peniaga ayam mendakwa terpaksa menjual ayam segar melebihi harga siling iaitu RM8.90 kerana mendapat bekalan daripada pemborong dengan harga tinggi namun mereka tidak dapat kemukakan bukti selain tiada laporan dibuat.



“Sepatutnya buat laporan dan kemukakan bukti. Macam mana kami mahu ambil tindakan di peringkat pemborong jika peniaga melindungi maklumat sedemikian,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga di bazar Ramadan Batu Burokmdi sini, pada Khamis. Beliau berkata demikian mengulas klip video mengenai rungutan beberapa peniaga ayam segar di Pasar Cabang Tiga, di sini yang dikenakan kompaun serta merta sebanyak RM500 kerana menjual ayam melebihi harga ditetapkan pada Khamis.

Mereka mendakwa nasib penjual ayam tidak terbela apabila mendapat bekalan ayam segar antara RM8.70 hingga RM8.90 sekilogram tapi tidak boleh menjual melebihi RM8.90. Saharuddin berkata, KPDNHEP mengeluarkan kompaun sebanyak RM500 kepada beberapa peniaga ayam di pasar tersebut kerana menjual bahan mentah itu melebihi harga ditetapkan selain mengelirukan pembeli.

Katanya, tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu diambil menerusi Ops Pantau 2022 selepas pihaknya menerima aduan pengguna berhubung penjualan melebihi harga maksimum tersebut. Bagaimanapun menurutnya, kompaun dikenakan kepada peniaga ayam segar berkenaan adalah paling minimum berbanding kesalahan dilakukan mereka.

“Kalau ikutkan boleh ambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna sebab mengelirukan pembeli dengan mempamerkan harga lain tapi bila bayar kenakan harga lain. Kita tidak mahu ada penipuan kepada pengguna. Peniaga memberi alasan terpaksa jual lebih RM8.90 kerana mendapat bekalan ayam segar dengan harga tinggi daripada pemborong dan pembekal namun tidak dapat membuktikan dakwaan tersebut,” katanya.

Tambah Saharuddin, melalui Ops Pantau 2022 yang diadakan bermula 3 April lalu, seramai 17 peniaga ayam dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk menjual melebihi harga maksimum. “Selain itu, kami turut mengambil tindakan terhadap seorang pemborong ayam kerana melanggar harga siling. Jadi saya harap peruncit ayam dapat memberi kerjasama membuat laporan rasmi kepada kami jika ada pemborong membekalkan ayam melebihi harga maksimum,” katanya.


Kredit -Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم