Baru saja menerima hadiah kereta daripada isterinya, Wawa Zainal bulan lalu, pelakon Aeril Zafrel berkata dia tidak bercadang untuk menggunakan kereta Lamborghini Aventador dalam tempoh yang lama.
Memetik Harian Metro, Aeril berkata dia sudah memaklumkan perkara itu kepada Wawa selepas mencuba membawa kereta berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Terkejut Nabil, Elly Mazlein! Ustaz Kazim Tiba2 Buang ‘Makeup’ di Meletop
“Sebelum ini saya ada kereta Mustang tapi bertahan selama setahun saja kerana kereta itu berada di rumah saja sehingga saya nekad menjualnya kepada kawan.
“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta baru ini dan selepas mencubanya beberapa kali kemungkinan kereta ini juga tak lama saya gunakan,” katanya.
Kata Aeril lagi, isterinya juga tidak berkecil hati mahupun marah kerana memahaminya yang hanya mahu mencuba kereta yang diidamkan.
“Dia sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga ceritanya. Saya sekadar nak cuba memandu dan ‘feel’ kereta itu. Sejenis pakai nak rasa sekejap.
“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video di Instagram,” katanya.
Dalam pada itu, melalui posting yang di muat naik oleh halaman Roti Kaya, pelbagai reaksi di berikan oleh netizan
Aeiril Zafrel Masuk Komen
Tidak berdiam diri, tuan punya badan sendiri masuk komen menegur tindakan sesetengah netizan yang mengata
“amboi.. yg mengata dalam ni pun. mcm tahu semua benda. takpela kita maafkan jelah” komen Aeiril Zafrel
setakat artikal ini ditulis, komen dari Aeril tersebut telah mendapat 924 tanda suka dan ketawa dari netizan
Lagi reaksi dari netizan
“Rezeki masing2.. Yg lain2 pon suka bergambar.. Yg sibuk pasal org lain buat apa.. Dah ada penerangan.. Pon nak buat andaian sendiri.. “”Saya sekadar nak cuba memandu dan ‘feel’ kereta itu, bukan nak menunjuk” mudah faham kan ayat tu.. Jgn hitamkan hati tu klu komen… Semoga murah rezeki..” komen Samsiah
“Kau Punya Kereta”-Wawa Zainal hadiahkan Aeril Lamborghini
Terdahulu USAHAWAN dan pelakon cantik, Wawa Zainal memberi kejutan istimewa buat suaminya Aeril Zafrel dengan menghadiahkan sebuah kereta Lamborghini berwarna kuning.
Baru-baru ini Wawa Zainal, 31 atau nama sebenarnya Nur Hawa Binti Zainal Abidin telah berkongsikan di laman Instagramnya satu video di mana dia menghadiahkan sebuah “lambo” untuk suaminya.
Wawa memberitahu dalam kongsian tersebut, kereta berkenaan adalah hadiah atas pengorbanan suaminya yang juga menyifatkannya sebagai tulang belakang sepanjang dia mengharungi liku dalam membina perniagaan sehingga berjaya.
“Sayang hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk family kita selama ini.
“Hampir 6 tahun bisnes, wawa rasa this is the time to reward @aeril_zafrel benda yang dia idamkan selama ini.
“Dia la tulang belakang di setiap kejayaan Wawa. Thank you sayang for everything,” ujar wawa di kapsyen.
Wawa sempat bergurau mengatakan bahawa kereta itu disewa dan jangan sampai tercalar.
Bagaimanapun, air mata Aeril tiba-tiba mengalir selepas wawa memberi kejutan buat dirinya dengan menyerahkan geran kereta idamannya itu.
“Sewa satu hari hati-hati tercalar.
“Kau punya kereta!,” kata wawa sambil dipeluk oleh suaminya.
Kongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet di ruangan komen yang mengucapkan tahniah dan seronok melihat gelagat pasangan suami isteri itu.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya,3, dan Muhammad Fahri yang kini mencecah usia enam bulan.
SUMBER HARIAN METRO, UTUSAN
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
kredit via
إرسال تعليق