Tudung tercabut ketika betanding, Pesilat Malaysia sanggup tutup rambut atlet Indonesia sampai raih pujian ramai

Tindakan pantas atlet silat negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya dari Indonesia Selly Andriani sewaktu berlawan meraih pujian wargamaya.

Tudung tercabut ketika betanding, Pesilat Malaysia sanggup tutup rambut atlet Indonesia sampai raih pujian ramai



Menerusi platform TikTok, tular video sewaktu momen tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @_alice_harun_shim.

ARTIKEL MENARIK:Nak luangkan masa dengan anak tanpa anak tahu dia tengah sakit, terkejut ini keadaan terkini Datuk Azizul




Menerusi perkongsian tersebut, pesilat Malaysia berentap dengan pesilat Indonesia dalam kategori wanita dan sewaktu terj4tuh, dia tertarik tudung pihak lawan. Siti bergegas bangun bagi melindungi kepala Selly dan membolehkan pesilat tersebut membetulkan semula tudung yang dipakai sebelum kembali meneruskan perlawanan. Sementara itu di ruangan komen, tindakan Siti dihujani dengan pujian daripada kedua-kedua belah negara.

Tanpa mengira kalah atau menang, dia tetap menjaga apa yang perlu ditutup disamping mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga TikTok. Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia menang dan layak ke peringkat seterusnya setelah mengalahkan Selly Adriani dalam kelas E (65-70kg).

Komen warganet:



Sumber, Gempak

20 atlet olahraga dijangka ke Sukan SEA berdasarkan merit

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjangkakan 20 atlet balapan dan padang layak secara merit ke Sukan SEA ke-31 di Vietnam yang dijadual berlangsung pada 12 hingga 23 Mei ini. Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-97 pada 4 hingga 6 Mac ini bakal menjadi platform terakhir kepada atlet merebut tempat ke Hanoi selepas hanya 10 atlet yang berjaya melepasi kelayakan ke temasya dwitahunan itu.




“Saya harap semua atlet akan memberi persembahan terbaik mereka untuk meraih tempat ke Hanoi. Kami mahu seramai yang boleh, atlet yang layak berdasarkan merit ke Sukan SEA,” katanya ketika dihubungi. Syarat kelayakan ke Sukan SEA sekurang-kurangnya kedudukan di tiga tempat teratas (masa, jarak atau ketinggian) pada edisi sebelum ini.

Atlet yang layak ialah atlet baling tukul besi Jackie Wong Siew Cheer; Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera); Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi); Mohd Iskandar Alwi (lompat bergalah); Mohammad Amirul Arif Mohd Azri (1,500 meter) serta Muhammad Zulfiqar Ismail dan Russel Alexander Nasir Taib (pelari pecut). Bagi kategori wanita pula, atlet baling tukul, besi Grace Wong Xiu Mei serta atlet lempar cakera Queenie Ting dan Choo Kang Ni juga telah melepasi had kelayakan menerusi kejohanan baru-baru ini.

Bagaimanapun, juara bertahan 100m Muhammad Haiqal Hanafi; juara lompat tinggi Lee Hup Wei; pemenang pingat perak lompat jauh, Andre Anura Anuar; raja pecut edisi 2017, Khairul Hafiz Jantan dan juara dua kali 110m lagi berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian masih belum melayakkan diri ke temasya itu. Sementara itu, Muthu berkata selain Terbuka Malaysia, KOM turut menyediakan enam kejohanan peringkat tempatan lain sepanjang tahun ini iaitu Grand Prix Malaysia ke-3 pada Jun, Kejohanan Olahraga Remaja Kebangsaan (Julai), Relay Kebangsaan (September) dan Rentas Desa Kebangsaan (November). KOM juga mahu menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara dijadual pada 22 hingga 23 Oktober ini. Sumber, BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم