Upload’ hubvngan svlit suami di medi4 sosial, isteri dipukvl hingga meningg4l duni4

Gara-gara mendedahkan hubungan sulit suami, seorang wanita maut dipukul sehari sebelum menjelang Aidilfitri tempoh hari.

Upload’ hubvngan svlit suami di medi4 sosial, isteri dipukvl hingga meningg4l duni4



Kejadian yang berlaku di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang dilaporkan pada jam 9 pagi ketika mangsa yang dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Kajang.


ARTIKEL MENARIK:Selamba isi angin dalam ayam untuk nampak gemuk, sekali tak pasal pasal mak cik penjual dikritik ramai




Suami sendiri hantar isteri, doktor dapati kecederaan mencurigakan

Menurut Utusan, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kajang berkata, mangsa yang berumur 28 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dihantar suaminya untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdapat kesan lebam pada beberapa anggota mangsa dan didapati kematian yang berlaku sangat mencurigakan hingga pegawai perubatan memutuskan untuk melaporkannya pada pihak polis.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.”

“Siasatan dijalankan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.” 





Suami memang panas baran, tak terima isteri upload hubungan sulit di media sosial


Kata Zaid lagi, suami mangsa yang berusia 38 tahun ditahan atas pertuduhan bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Motif pembunvh4n dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa disebabkan mangsa memuat naik dalam media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit.

“Kes telah dirujuk ke Kamar Timbalan Pendakwaraya Selangor dan suspek akan dituduh pada 9 Mei ini di Mahkamah Majisret Kajang.”


Sumber:Redaksi viaBulletin 50 Times

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

أحدث أقدم