Tular di aplikasi TikTok, satu perkongsian video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa sedih dengan layanan yang diberikan oleh suaminya setiap kali pulang ke rumah.
Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Aisa Prihatini itu menceritakan apabila walaupun tinggal sebumbung selepas berkahwin, suaminya sering bermain telefon dan tidur sepanjang waktu berada di rumah.
ARTIKEL MENARIK:Sampai Hati Ayah”- Anak Naz4k Tunggu Ayah, Hmbus Nafas Terakhir Tanpa Ayah Buat Ramai Sebak
Lama kelamaan, wanita itu merasakan dirinya seperti tidak dihargai dengan layanan yang diberikan suaminya itu yang jarang bergurau senda bersama dan merasakan dirinya seperti hanya ‘isteri simpanan’.
Isteri sah rasa macam isteri simpanan, tinggal seatap dengan suami, tapi suami balik hanya tidur, main phone, dan pergi lagi.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 722.7K tontonan, 17.9K tanda suka, 1.0K komen di laman TikTok.
@aisaprihatiniisaya kuat#rumahtanggatoxic#fypdongggggggg
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan malah ada yang mengakui turut mengalami masalah rumah tangga yang hampir sama dengan wanita itu.
Sama, saya ingatkan saya je. – Netizen.
“Sama macam keadaan saya di saat saya hamilkan anak kedua,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Kredit - Beautifulnara
إرسال تعليق