PENGASAS produk kontroversi Cik Non dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi Selasa.
Khabar duka kematian pemilik nama Nor Shahadah Aisyah itu dimaklumkan oleh suaminya menerusi satu video di laman TikTok.
ARTIKEL MENARIK:Pernah Viral, Tapi Ramai Tersentuh Lihat Video Cik Non Sebelum Dijemput Ilahi
“Assalamualaikum kepada semua yang mengenali saya dan isteri saya Nor Shahadah Aisyah yang selalu menjadi watak Cik Non telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.45 pagi tadi,” ujarnya dalam nada tenang.
Dalam video sama, suaminya turut memohon maaf jika Cik Non ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang hayatnya.
Warganet hari ini dikejutkan dengan pemergian pengasas produk, Cik Non yang disahkan meninggal dunia oleh suaminya akibat komplikasi kesihatan di Hospital Kajang, awal pagi tadi.
Sekiranya dulu Cik Non atau nama lengkapnya Nor Shahada Aisyah Mohd Yasin ditularkan dengan cerita negatif, kali ini arwah mengundang sebak menerusi perkongsian orang ramai di laman Facebook.
Seorang pengguna Facebook, Anis Farhana memuat naik dua video daripada TikTok suami arwah memaparkan Allahyarham menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dengan mengerjakan solat.
Sebuah video memperlihatkan Cik Non mengajar anak perempuannya untuk bersolat, manakala satu lagi video menunjukkan arwah menjadi makmum sebelum bersalaman dengan suaminya setelah selesai menunaikan solat.
“Allah tak pandang permulaan perjalanan hambaNya tapi Allah pandang pengakhiran hambaNya.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman disisiNya. Amin,” tulis Anis.
Ternyata meskipun sering menerima cacian dan makian segelintir individu, ibu seorang cahaya mata itu sentiasa cuba memperbaiki diri secara perlahan-lahan sehingga ditakdirkan ‘pergi’ buat selama-lamanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan berita pemergian arwah selain menyifatkan ia adalah pengakhiran terbaik buat Allahyarham Cik Non.
Ini yang berlaku dengan arwah Cik non sebelum menigga dunia..
Difahamkan, allahyarham dikatakan mengalami jangkitan kuman di otak selepas dimasukan ke Hospital Kajang setelah tiga ke empat hari mengalami cirit birit sehingga doktor terpaksa menidurkannya.
Ramai yang zahirkan dukacita
Walau bagaimanapun, rata-rata mendoakan agar allahyarham Ciknon ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan berada dalam keadaan sabar mengharungi berita duka ini.
Antara komen netizen:
Innalillahiwainnailaihirojiun .. setiap yang bernyawa bila sampai masanya akan pergi juga ..baca komen,ramai yg alert dan sygkan arwah..masing2 suruh menjaga aib arwah…Semoga Allah mengampunkan dosa2 arwah dan kita semua
pengkahiran dia inshaaAllah yang baik baik.. dah lama dia tk buat live dan suami isteri sedang belajar istiqomah..
kita tak tahu pengakhiran kita nanti mcm mana ,nampak mcm kita baik,tapi rupanya kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita.sedangkn kita tahu apa aib kita..
tapi dia hasil kecaman netizen,mereka cuba jadi baik,Allah sayang dia ,Allah ambil dia dalam keadaan yang baik baik,kita ? jadi hati hati dlm penulisan..
Alfatihah buatmu Norshadah aisyah dan pada yang masih diberi kesempatan untuk teruskan kehidupan,masih diberi nyawa untuk harini,berusahalah jadi yg terbaik
Padam pic dia yg x menutup aurat tu ye…kita jaga aib org Allah jaga aib kita… untuk pengakhiran kita nanti. doakan saya jugak
Lihat Video:
Sumber: OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Kredit -
إرسال تعليق